Kisah rumahtangga ini ada pelbagai. Ada kisah bahagia sampai syurga, ada kisah jodoh terputus ditengah jalan dan ada juga jodoh yang diuji pelbagai ujian kesetiaan, kasih sayang dan sebagainya. Tiada siapa tahu apa aturan Allah untuk kita bersama pasangan dalam hidup ini. Aku juga manusia biasa yang diuji oleh Allah sebagai tanda kasihNya kepada seorang hamba. Inilah yang ingin aku kongsikan buat semua yang membaca kisah aku ini, walau apa sekalipun yang berlaku jangan cepat mengalah, jangan pernah berputus asa kerana Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
Aku kenalkan nama aku sebagai Syura ( bukan nama sebenar),aku kini berusia 56 tahun seorang surirumah yang punya empat cahaya mata. Aku berkahwin dengan suamiku Jamil (bukan nama sebenar) sejak 36 tahun yang lalu. Iya aku bersyukur dengan jodoh yang Allah berikan selama ini, suatu tempoh yang cukup panjang untuk aku nikmati sebagai seorang isteri dan ibu. Terlalu banyak kemanisan yang aku kecapi sehingga adakalanya aku terlupa dengan kesukaran dan cabaran yang kami telah tempuh bersama.
Sama seperti kebanyakan pasangan lain, kelazimannya selepas puluhan tahun berkahwin rasa cinta tidak lagi bersemarak seperti saat baru berkahwin, kemesraan juga semakin hari semakin pudar. Tapi semua itu dilalui dengan baik kerana aku percaya kasih Jamil kepada aku tetap seperti dulu. Tapi sangkaanku meleset sama sekali apabila perkhabaran Jamil berkahwin lagi dengan seorang janda beranak empat akhirnya sampai ke pengetahuanku
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved