10 TAHUN MENYEMAI CINTA NAMUN BELUM SETAHUN KAHWIN SUDAH FAIL CERAI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih admin memberi peluang kepada aku untuk berkongsi kisah kehidupanku disini dan aku harap kisah ini dijadikan pengajaran agar tidak ada lagi wanita yang menerima nasib sepertiku. Nama aku Noriza (bukan nama sebenar) dan berusia awal 20-an. Untuk pengetahuan semua aku telah selamat bernikah dengan suamiku Amirul (bukan nama sebenar) pada Februari 2020 yang lalu. Aku dan Amirul amat gembira dengan perkahwinan ini kerana ini adalah impian paling membahagiakan kami selepas 10 tahun menyulam cinta bersama. Sepanjang tempoh 10 tahun ini Amirul adalah kehidupanku, kami bersekolah bersama , memulakan alam pekerjaan juga bersama. Aku benar-benar tidak dapat membayangkan kehidupan tanpa Amirul disisiku. Pasti sukar untuk aku meneruskan hidup dengan semua kenangan yang pernah kami bina bersama. 

Pelbagai perancangan yang kami rancang bersama selepas berkahwin, termasuklah merancang pakej honeymoon idaman ke Bali, Indonesia. Rasa amat teruja selepas diijabkabul sebagai suami isteri, aku kini milik Amirul yang sah dan Amirul juga milik aku yang sah. Tidak ada lagi halangan yang boleh memisahkan kami berdua hingga akhir hayat. Setidak-tidaknya itulah yang aku percaya, hubungan cinta sejati sampai mati. Wahhh sweet macam drama pukul 7 kan.

Share On Your Social Media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1