Nama aku Izzah ( bukan nama sebenar) bekerja sebagai seorang guru di sebuah Sekolah Menengah di Negeri Perak. Alhamdulillah tahun ini genap 21 tahun perkahwinanku bersama suamiku Abdul Razak (bukan nama sebenar) yang merupakan seorang pegawai kanan tentera.
Usia perkahwinan kami yang sudahpun mencapai 21 tahun. Ini selayaknya memberikan bahagia dan memori indah buat kami berdua, manakan tidak dalam dunia hari ini kadar perceraian meningkat saban hari. Kehidupan rumah tangga memang terlalu banyak cabarannya, bukan senang untuk mempertahan mahligai perkahwinan sehingga 21 tahun.
Namun aku juga punya dilema sendiri kerana suamiku yang telah ku kahwini selama 21 tahun ini tidak pernah setia. Tempoh 21 tahun ini amatlah menduga ketahanan mental dan fizikal aku yang perlu berdepan kecurangannya saban waktu.
Sedih dan kecewa untuk aku ungkapkan sepanjang 21 tahun ini suamiku sentiasa curang bersama bermacam-macam wanita. Sehingga aku rasakan kasih sayang dan pengorbanan aku selama ini hanyalah sia-sia.
Kemuncak kepada kecurangan ini berlaku pada bulan November 2019 yang lalu. Rahsia yang cuba disembunyikan oleh Razak berkaitan hubungan sulitnya bersama seorang eksekutif wanita yang dua tahun lebih tua dari usiaku akhirnya terbongkar.
Demi Allah aku rasakan bumi ini seperti berhenti berputar, terasa berat sekali beban perasaanku, hati ini terasa disiat-siat sakitnya. Bagi seorang wanita menerima khabar kecurangan suami memang boleh melemahkan seluruh jiwa raga. Itulah yang aku rasakan ketika itu. Lebih mengecewakan apabila Razak kini memasang angan-angan untuk beristeri lain dan dia berani meminta kebenaran untuk berkahwin lagi.
Hati ini sungguh berbelah-bahagi, sejujurnya aku memang tidak rela bermadu. Apatah lagi aku tahu kemampuan Razak dari segi kewangan juga tidaklah begitu stabil.Selama ini kami saling bantu-membantu dalam menyempurnakan tanggungjawab kewangan untuk kehidupan kami sekeluarga.
Bagaimanapun, aku perlu membuat keputusan yang tepat berkaitan perkara ini, sehingga pada satu ketika aku kuatkan diri untuk bertemu empat mata dengan ‘skandal’ Razak.Hasratku untuk berbincang agar dia berpisah dengan Razak dan bina kehidupan lain tanpa mengganggu kami sekeluarga lagi.
Harapanku itu hancur berderai begitu sahaja kerana wanita itu yang aku namakan sebagai Rozie enggan mengalah.Beliau berkeras ingin bersama Razak dan dengan angkuhnya menunjukkan dia mampu bersama Razak memandangkan pendapatannya lebih tinggi berbanding kami berdua.
Sejak hari itu kehidupan aku benar-benar tidak tenang, fikiran sentiasa berkecamuk sehingga raut wajahku yang sugul dan sedih tidak dapat disembunyikan daripada anak muridku di sekolah.
Kemurungan aku berlarutan sehingga beberapa ketika sehingga aku akhirnya memberitahu Razak aku izinkan dia untuk berkahwin dengan Rozie dengan syarat dia perlu melepaskan aku dengan cara baik. Saat ini aku benar-benar tawar hati, biarlah Razak bahagia dengan pilihannya.
Aku sudah terlalu penat dikecewakan dan terlalu penat untuk meneruskan kehidupan bersama tanpa kesetiaan ini. Aku penat sering mencari setiap kesalahan Razak, penat sentiasa memerhati status whats apps Razak “online” dan Rozie juga “online”.
Fikiranku akan memikirkan pelbagai perkara negatif, tentang penipuan dan skandal Razak dan Rozie di belakangku. Hatiku benar-benar tidak tenang dan rasa terseksa.
Segalanya perlu berakhir. Aku ingin hidup tenang dan bahagia. Razak bagaimanapun enggan melepaskanku, katanya walau apapun terjadi dia sama sekali tidak akan menceraikan aku. Bermulalah drama air mata Razak demi memohon maaf dariku.
Ketika aku buntu dan kecewa, aku terjumpa dengan Group Kembali Bercinta di laman facebook. Tertarik dengan namanya dan isi kandungannya seperti sesuai dengan situasi yang aku lalui. Lebih menarik platform ini percuma untuk diikuti, tanpa membuang masa aku mendaftar untuk menyertai pelbagai perkongsian dari Pakar Perhubungan dan Keintiman.
Wow aku teruja sebenarnya kerana tidak pernah terlintas di fikiranku wujud pakar dalam soal hubungan suami isteri apatah lagi keintiman yang dianggap begitu tabu di Malaysia. Iyalah siapa pula yang berani berbincang dan berkongsi soal dalam kain, bimbang nanti digelar tidak tahu malu dan terlalu kebaratan pula kan.
Sesungguhnya Allah itu maha mendengar setiap doa dan rintihan hambanya. Tidak disangka inilah ilmu yang aku perlukan untuk mengembalikan tenang dan bahagia di hatiku.
Matlamat aku jelas, aku ingin membahagiakan diriku ingin menambahbaik kualiti diriku dan hidupku sendiri, soal perkahwinan aku dengan Razak bukan lagi keutamaan aku. Aku berserah pada Allah soal jodoh antara aku dan Razak jika perpisahan terbaik untuk kami, aku redha.
Pelbagai ilmu baru aku pelajari dalam kelas kembali bercinta, pelbagai latihan juga disediakan bagi memastikan ilmu yang dikongsi difahami dengan baik dan dibadani oleh ahli-ahli group.
Ajaibnya proses-proses ini benar-benar mengubah diriku, jika dahulu aku habiskan masa dan tenagaku untuk berfikir tentang kecurangan Razak serta pelbagai perkara negatif lain, kini aku sibuk membahagiakan diriku, memberi masa dan perhatian tidak berbelah bahagi kepada diriku.
Keadaan ini membuat jiwa aku semakin tenang, wajah yang dahulu penuh sugul kini berseri dan sering dihiasi senyuman manis. Baru aku sedari menyayangi, mencintai dan memberi perhatian kepada diri sendiri tanpa berbelah bahagi itu sebenarnya amat membahagiakan.
Jika dahulu aku biarkan diriku tidak terjaga sehingga berat badanku naik mendadak dan rupaku tidak lagi menarik. Kini dengan “self love” dan usaha bersungguh-sungguh aku berjaya menurunkan beratku sehingga 15kg.
Perubahan positif pada diriku ini bukan sahaja disedari Razak malah turut diedari oleh ibu mertua serta iparku. Lebih menarik apabila semakin aku menjadi positif dan semakin aku berlembut dengan diriku sendiri Razak juga turut berubah menjadi lebih positif dan lebih menyayangi aku.
Buktinya, Razak berjanji untuk menghadiahkan aku 1 gram emas untuk setiap 1 kilogram berat badan yang aku berjaya turunkan. Selepas aku berjaya menurunkan berat sebanyak 10 kilogram , Razak menghadiahkan aku sebentuk cincin berlian seberat 10 gram. Bukan itu sahaja Razak juga meminta aku menempah sebentuk cincin perak yang sesuai dengan reka bentuk cincin berlian yang dia hadiahkan kepadaku.
Syukur Ya Allah atas kebahagiaan ini, dengan keikhlasan hati ingin mengubah diri menjadi lebih baik dan lebih menjaga diri sendiri sebagai amanah Allah yang paling indah kebahagiaan aku bersama Razak mula subur kembali.
Jika dahulu Razak sering menghabiskan masanya di luar bersama kawan-kawan dan sering merahsiakan dari aku. Untuk makluman Razak mempunyai sebuah “superbike” dan sering keluar konvoi bersama rakan-rakannya.
Dahulu apabila aku meminta untuk ‘ride’ bersamanya bermacam alasan yang diberi untuk mengelak membawaku bersama. Contohnya “tak boleh bawa laju nanti” dan bermacam alasan lagi. Kini Razak bukan sahaja sering menemankan aku ke pasar membeli barang dapur, menemankan aku membeli-belah dan pelbagai perkara yang dia tak mahu lakukan dulu.
Satu pengalaman yang aku takkan lupakan adalah apabila Razak membawa aku “ride” bersama kawan-kawannya selepas Perintah Kawalan Pergerakan PKP 1 hari tu. Cuma aku sahaja perempuan yang join “ride” tu dan Razak dengan bangganya memperkenalkan aku kepada rakan-rakannya “ini wife saya, dia cikgu”. Inilah penghargaan dan penerimaan paling indah buat aku sebagai seorang isteri
Sekiranya ada perkara yang tidak membahagiakan dan pelbagai cabaran berlaku dalam hidup rumahtangga kita. Jangan putus asa teruskan berusaha untuk mencari bahagia.
Dapatkan bantuan dari pihak yang betul, cari ilmu yang sesuai dan betul. Insyaallah dengan izin Allah bahagia pasti milik kita. Jangan pernah berhenti berusaha dan belajar, Love yourself first.
Izinkan kami bantu anda melalui group Kembali Bercinta yang ditaja 100% oleh eHati
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved