Lumrah kehidupan manusia sentiasa suka dan tertarik pada sesuatu yang indah. Begitu juga aku ,suamiku serta sesiapa sahaja aku fikir sama sahaja. Tetapi tiada siapa pernah terfikir kecantikkan juga boleh mendatangkan kelukaan pada insan lain. Sebagai seorang guru Bahasa Inggeris kehidupan harian aku adalah mengajar di sekolah serta menguruskan anak-anak di rumah.
Menjaga tiga anak lelaki yang sedang membesar dan lasak ketika itu memang memenatkan sehingga aku mengabaikan penampilan diriku sendiri. Berat badan naik bagai di pam pam sehingga mencecah 78 kilogram dan berpenampilan sangat sederhana. Bagi aku ketika itu definisi seorang isteri dan ibu yang baik adalah dengan menjaga makan pakai mereka dengan sempurna dan sentiasa memberikan perhatian serta kasih sayang secukupnya buat mereka.
Tragedi dalam kehidupan aku bermula begini. Aku kenalkan nama aku Hezra (bukan nama sebenar) berusia lewat 30-an seorang isteri yang cukup setia dan bertanggungjawab. Segalanya dalam perkahwinan aku bersama suamiku Hilmi ( bukan nama sebenar) berjalan lancar sehingga krisis kecurangan pertama Hilmi berlaku pada tahun 2008 yang lalu.
Suamiku kantoi punya skandal dengan seorang janda. Sewaktu menerima berita kecurangan Hilmi, Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya hatiku.