Lumrah kehidupan manusia sentiasa suka dan tertarik pada sesuatu yang indah. Begitu juga aku ,suamiku serta sesiapa sahaja aku fikir sama sahaja. Tetapi tiada siapa pernah terfikir kecantikkan juga boleh mendatangkan kelukaan pada insan lain. Sebagai seorang guru Bahasa Inggeris kehidupan harian aku adalah mengajar di sekolah serta menguruskan anak-anak di rumah.
Menjaga tiga anak lelaki yang sedang membesar dan lasak ketika itu memang memenatkan sehingga aku mengabaikan penampilan diriku sendiri. Berat badan naik bagai di pam pam sehingga mencecah 78 kilogram dan berpenampilan sangat sederhana. Bagi aku ketika itu definisi seorang isteri dan ibu yang baik adalah dengan menjaga makan pakai mereka dengan sempurna dan sentiasa memberikan perhatian serta kasih sayang secukupnya buat mereka
Tragedi dalam kehidupan aku bermula begini. Aku kenalkan nama aku Hezra (bukan nama sebenar) berusia lewat 30-an seorang isteri yang cukup setia dan bertanggungjawab. Segalanya dalam perkahwinan aku bersama suamiku Hilmi ( bukan nama sebenar) berjalan lancar sehingga krisis kecurangan pertama Hilmi berlaku pada tahun 2008 yang lalu. Suamiku kantoi punya skandal dengan seorang janda. Sewaktu menerima berita kecurangan Hilmi, Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya hatiku.
Aku sebenarnya terperangkap diantara drama percintaan suamiku dengan kekasihnya sehingga kekasih Hilmi yang aku namakan disini sebagai Emelia ( bukan nama sebenar) mengupah orang untuk menghubungiku dan memaklumkan aku berkenaan dengan hubungan cinta terlarang mereka berdua .
Emelia bertindak demikian apabila Hilmi membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengannya kerana Emelia menyebar fitnah kononnya aku mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Meskipun ketika itu Hilmi mempunyai hubungan cinta dengannya tetapi sebagai suami Hilmi memang tidak boleh menerima malah sama sekali tidak akan percaya tuduhan Emelia terhadap aku. Kerana Hilmi cukup faham dengan kehidupan aku sebagai seorang guru yang hanya dikelilingi oleh pelajar-pelajarku serta rakan-rakan guru sahaja.
Bagaimanapun krisis antara mereka itu benar-benar melukakan aku dan meragut segala percaya aku pada Hilmi. Tidak mampu menanggung tekanan kecewa yang teramat sangat aku meminta Hilmi untuk menceraikanku. Namun sudah pasti Hilmi bermati-matian enggan menceraikanku, dia menangis memohon maaf sehingga mengehentak-hentak kepalanya ke dinding.
Isteri mana yang tidak sayangkan suaminya, aku memutuskan untuk memaafkan Hilmi dan memperbaiki semula hubungan kami. Aku juga melihat kesungguhannya untuk berubah dan kembali bahagia bersama aku dan anak-anak kami. Hatiku lega sejak krisis itu berlaku Hilmi sudah rajin ke masjid menunaikan solat berjemaah. Segalanya kembali seperti sedia kala.
Jauh di sudut hatiku aku amat bersyukur dengan perubahan yang Hilmi dan dengan izin Allah keluarga kami kembali bahagia semula. Semoga bencana rumahtangga ini tidak lagi berlaku kepada kami. Bagaimanapun panas yang di harap sampai ke petang rupanya hujan jua di tengah hari.
Pada tahun 2014 kami mula menjalani Perhubungan Jarak Jauh—PJJ kerana Hilmi terpaksa bertugas di Sarawak ketika itu. Hilmi akan pulang ke Kuala Lumpur setiap dua minggu sekali. Secara zahirnya semua nampak biasa sahaja, tidak ada perkara pelik yang aku perhatikan melainkan telefon pintar Hilmi sentiasa locked.
Pernah ketika kami bergaduh aku mempertikai tindakan Hilmi itu dan jawapannya mudah “itu privacy saya, jangan campur”. Rupanya Hilmi cuba menyembunyikan kecurangannya daripada pengetahuan aku. Dibelakang aku Hilmi sekali lagi bermain cinta dengan seorang pelajar UNIMAS dan juga seorang janda. Setiap kali aku bergaduh dengannya berkenaan dengan orang ketiga pelbagai kata-kata-kata kesat dilemparkan pada aku sehingga buat aku rasa betul-betul terhina.
Pernah sekali Hilmi berkata “ Awak carilah jantan lain juga, itu pun kalau ada orang lah nak kat awak tu!”. Demi Allah hati aku hancur. Episod cinta Hilmi di Sarawak berakhir apabila dia kembali ditugaskan ke Kuala Lumpur.Pada waktu itu Hilmi pulang dahulu ke Kuala Lumpur dan aku terpaksa pulang enam bulan lewat disebabkan proses pertukaran sekolah di tempat aku mengajar mengambil sedikit masa.
Masa itu digunakan oleh Hilmi untuk berkenalan dengan janda-janda lain lagi di Kuala Lumpur. Kali ini pula kekasih Hilmi adalah janda anak tiga yang merupakan seorang eksekutif berusia dua tahun lebih tua dari aku. Aku kenalkan orang ketiga ini sebagai Ema (bukan nama sebenar) Sebagai isteri pasti aku punya instinc yang boleh merasai perbezaan tingkah laku suamiku, apatah lagi ini bukan kali pertama.
Kali ini Hilmi kantoi apabila aku tiba-tiba masuk kedalam kereta selepas selesai urusan di bank. Ekoran panic aku tiba-tiba muncul Hilmi memutuskan talian serta merta. Menyebabkan hatiku terdetik rasa curiga. Apatah lagi selepas itu telefon bimbit Hilmi tidak berhenti berbunyi, namun diabaikan sahaja. Bimbang aku mendengar perbualan mereka. Sumpah ketika itu hatiku berdebar-debar tidak keruan.
Aku cuba bertenang dan berlagak biasa sehingga kami tiba di rumah . Aku berkata kepada Hilmi “saya tahu itu skandal abang”. Tekaan aku itu diiyakan oleh Hilmi. Dia mengaku punya hubungan cinta dengan Ema dan menyimpan hasrat untuk berkahwin dengannya. Pengakuan Hilmi itu benar-benar merobek hatiku, bukan sekali atau dua kali malah ini sudah kali ketiga Hilmi curang denganku .
Tidak dapat ku tahan lagi air mata dari mengalir. Terasa begitu sakit dan seksa sekali,sehingga aku menjerit-jerit minta Hilmi menceraikan aku saat itu juga. Aku ugut Hilmi sekiranya dia tidak memberikan aku nombor telefon wanita itu kepadaku, malam itu juga aku akan tinggalkan Hilmi. Aku cuba merampas telefon bimbit Hilmi namun gagal dan dia kemudiannya terus keluar dari rumah. Bimbang aku lari dari rumah Hilmi memberikan aku nombor telefon wanita itu melalui mesej whats Apps.
Tanpa membuang masa aku terus menghubungi Ema, selepas memperkenalkan diriku sebagai isteri Hilmi aku menyatakan hasrat ingin bertemu empat mata dengannya. Ema bersetuju dan pada jam 10 malam aku akhirnya bersua dengan teman wanita suamiku. Aku memerhatikan Ema keluar dari kereta, seorang wanita yang seksi, cantik, berkasut tumit tinggi dan bermake up tebal. Terdetik di hatiku “owh patutlah Hilmi tergila-gilakan wanita ini” jauh berbeza dengan aku yang ketika itu cukup selekeh dan langsung tidak menjaga penampilan.
Terasa diri ini serba kekurangan dan rasa rendah diri terus menerpa selepas melihat Ema. Seolah-olah aku mengerti menagapa suamiku memilih dia berbanding aku. Ketika itu juga Hilmi sibuk menelefonku untuk memujuk aku, dalam masa yang sama dia juga menelefon dan memujuk rayu Ema untuk memaafkannya kerana dia memberikan nombor telefon Ema kepadaku. Aku sekadar menyaksikan drama Hilmi yang sudah seperti orang gila aku kira, bersungguh-sungguh memenangi hati aku dan Ema.
Sewaktu pertemuan aku dengan Ema, Ema berjanji untuk memutuskan hubungan dengan Hilmi kerana kononnya dia tahu dan faham perasaanku sebagai isteri dan pernah melalui perkara lebih teruk bersama suaminya dahulu. Kerana terlalu tertekan dan sedih aku percaya dengan kata-kata Ema. Sebaik pulang ke rumah aku memberitahu Hilmi aku bertemu dengan Ema untuk membincangkan berkenaan hubungan mereka.
Hilmi kelihatan tidak keruan dan meminta aku memberikannya masa untuk memutuskan hubungan dengan Ema. Aku menarik nafas lega walau sebenarnya sukar untuk aku percaya. Aku beri syarat kepada Hilmi untuk tidak lagi locked telefon bimbitnya dan dilarang sama sekali berhubung dengan Ema lagi.
Pada awalnya kelihatan semua berjalan lancar. Tetapi biasalah orang mabuk bercinta takkan semudah itu melepaskan. Kisah kecewa ini seolah-olah tidak berkesudahan. Hilmi mengaku dia keliru dan tidak tahu ingin memilih aku atau Ema. Dia minta sedikit masa untuk berubah dan sekiranya selepas kami mengerjakan umrah pada 10 Disember 2019 aku masih lagi tetap dengan pendirian aku untuk bercerai dia akan melepaskan aku.
Perjalanan umrah kami lancar Alhamdulillah. Aku beroleh sedikit ketenangan dan aku juga membuat keputusan untuk memberi tumpuan pada diriku sendiri, merawat hati yang kecewa serta ingin kembali merasai ketenangan hidup. Ketika itu aku temui Group Kembali Bahagia di Facebook. Banyak yang aku pelajari dan sedari daripada perkongsian-perkongsian ilmu di Group Kembali Bahagia.
Perkara pertama yang aku lakukan adalah aku nekad untuk mengubah penampilan fizikal diri aku terlebih dahulu. Aku ketepikan segala perkara negatif dan mula konsisten mengawal pemakanan, bersenam serta lebih banyak meluangkan masa untuk “me time”. Alhamdulillah perubahan besar berlaku hanya dalam tempoh tiga bulan sahaja. Berat badan aku yang dahulunya mencecah 78 kg kini sudah turun sehingga 61 kg.
Penampilan yang dahulu selekeh aku rapikan agar sentiasa kelihatan segar dan manis. Perubahan baik ini disedari oleh orang-orang sekeliling. Ibu mertua aku cakap “ kau ni kalau nak cantik sekejap aje kan”. Aku anggap komen itu sebagai pujian yang membina. Lebih mengujakan apabila aku menjadi magnet kepada rakan-rakan. Jika dahulu hubungan bersama rakan-rakan mesra tapi biasa-biasa sahaja. Kini rakan-rakan lebih menghargai aku ,sehingga seorang rakan aku di Sarawak sanggup membelikan sebuah handbag berjenama sebagai hadiah hari jadiku.
Hilmi suamiku juga banyak berubah, selepas aku mengubah diriku Hilmi juga 100 peratus berubah. Kebiasaannya urusan rumah seperti membeli barangan keperluan rumah, urusan anak-anak aku uruskan seorang diri sahaja. Kini tidak lagi, Hilmi sudah tidak boleh berenggang denganku. Semua perkara kami lakukan bersama daripada urusan mengurus rumah hingga urusan anak-anak.
Syukur Allahamdulillah masih berpeluang merasai tenang dan bahagia begini. Hilmi seorang peminat superbike dan dia selalu berkonvoi bersama geng-geng motor. Sebelum ini Hilmi akan berkumpul dan konvoi bersama gengnya seorang diri sahaja memang tidak pernah sekalipun mempelawa aku ikut bersama. Namun baru-baru ini untuk pertama kalinya Hilmi mempelawa dan membawa aku sama-sama berkonvoi dengan rakan-rakannya. Dia juga tidak malu-malu memperkenalkan aku kepada rakan-rakannya.
Lebih membuatkan aku terharu adalah Hilmi memberikan aku duit untuk membeli sebentuk cincin berlian untuk pertama kalinya. Lebih manis Hilmi meminta aku menempah sebentuk cincin perak dengan design yang sepadan dengan cincinku. Kemanisan saat awal pernikahan kami dahulu kini dapat kurasai kembali walau hati ini telah remuk terluka akibat kecurangan suamiku.
Sungguh aku rasa bertuah dengan ilmu perhubungan yang aku pelajari dalam Kelas Kembali Bahagia aku telah berjaya mengubah diriku menjadi seorang wanita bahagia penuh cinta. Aku jadi lebih positif dan tidak lagi marah-marah, tidak lagi mengungkit kesilapan suami. Semudah aku fokus kepada diriku dan menyuburkan ‘self love’ dalam diriku. Dahulu aku benar-benar struggle meminta Hilmi berubah namun semuanya gagal sama sekali.
Kini aku faham kita tidak akan boleh mengubah sesiapa, walaupun dia adalah pasangan kita. Perkara yang perlu dan betul untuk dilakukan adalah ubah diri kita sendiri menjadi lebih baik. Perkara lain juga akan jadi lebih baik. Aku lepaskan dan maafkan segala perkara yang menyakitiku, aku fokus kepada perkara-perkara indah dan positif yang aku inginkan. Aku pernah bersembang ‘heart to heart “ dengan anak keduaku,“
Apa yang dekwan rasa bila mama dan babah bergaduh?”. Jawapannya cukup meruntun hatiku. Katanya dia tak selesa berada di rumah, rasa stress malah meminta kebenaran aku untuk tinggal bersama nenek mereka di kampung. Kini selepas segalanya berubah anak-anak kembali ceria, mereka semakin rapat dan gemar bermanja dengan aku.
Terima kasih untuk peluang bahagia ini, aku kini lebih menjaga diriku, menyayangi diriku dan mencintai diriku lebih dari segalanya demi menjaga amanah nyawa yang paling berharga Allah berikan.Kepada wanita diluar sana satu sahaja pesanku, jangan pernah give up, cari ilmu untuk kembali bahagia bersama pasangan,kerana ilmu yang betul akan mengubah hidup kita sama seperti aku.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved