Adakah anda wanita Emotionally Independent?

Anda pernah merasa terlalu bergantung pada pasangan atau orang lain untuk buat anda rasa bahagia atau perlukan orang yang sentiasa menyokong anda?

Walaupun dikelilingi orang yang sangat mencintai dan menjaga anda tapi tu tak bermakna anda tak perlu menjaga diri dan menjadi pencipta untuk kebahagiaan anda. Boleh jadi orang yang anda bergantung harap tu pergi meninggalkan anda..

Anda dah bersedia ke untuk melalui saat-saat menyakitkan tu? Sebab tu penting untuk anda belajar cara untuk menjadi seorang yang mampu mengurus emosi saat diuji dan kekal tenang.

Emotional Independence adalah kemampuan seseorang dalam menguruskan kehidupan harian walau sedang diuji dengan dahsyat dan hebat sekalipun tapi masih tetap mampu menjadi tenang. 

Untuk menjadi wanita yang mampu mengurus emosi saat diuji seperti ini dapat dicapai dengan membina jati diri yang kuat dan teguh. Emotional independence adalah tahap ketahanan dalaman yang membolehkan anda mengetahui bahawa anda mampu mengurus konflik dalam keadaan apa pun yang anda hadapi.

Dengan membina jati diri yang teguh tanpa perlu bergantung pada orang lain untuk membuat anda rasa bahagia. Menerima diri anda seadanya dan mengubah persepsi dan tingkah laku yang melumpuhkan kemampuan anda untuk mencari kekuatan diri bagi mewujudkan rasa tenang dalam hati dan jiwa.

Ramai orang bila diuji dalam hidup akan melihat diri sebagai mangsa dan memilih untuk terus stuck dalam kesakitan, kesedihan sehingga membenarkan perasaan tu menguasai diri dan menyekat kebebasan hati untuk merasa tenang dan bahagia.

Mungkin anda tak sedar tapi bila anda terlalu lama membadani rasa sakit, kecewa dan sedih tu sebenarnya tanpa sedar anda push away orang-orang di sekeliling anda. Anda menolak pasangan, keluarga malah kawan anda juga.

Hakikatnya saat seperti ini adalah saat yang anda sangat memerlukan sokongan mereka tapi sebab anda terlalu fokus pada kesakitan anda tak sedar anda membuang mereka jauh dari hidup anda padahal masih ada perasaan sayang dan rindu cuma tak tahu nak minta sebab tak tahu urus emosi dan kehendak hati anda.

Memang wanita Allah jadikan mereka makhluk emosi. Sebab tu la wanita sangat mudah mengalirkan air mata berbanding lelaki. Baik hal yang menggembirakan maupun mendukacitakan akan ada tangisan yang membasahi wajah mereka.

Tapi kesilapan besar yang ramai wanita buat adalah terlalu bergantung harap pada seseorang terutama pasangan mereka untuk memujuk, merawat, membantu dan memahami mereka saat mereka sedang berperang dengan emosi sendiri.

Bila anda tak dapat perhatian dan sokongan suami anda akan mula mengugut suami dengan attack suami dengan menggunakan triggering point atau lebih mudah lagi dengan mengugut untuk dilepaskan. Walaupun cerai terletak pada suami, tapi keegoan mereka pastinya tercabar.

Bila keegoan suami tercabar apa yang akan terjadi? Pastinya mereka akan sakit. Orang yang sakit akan menyakiti orang lain. Suami menyakiti anda dengan hadirkan orang ketiga dalam hubungan. Itu ke yang anda mahukan?

Ramai wanita bila gagal urus emosi, mereka tak sedar impak dari apa yang diungkapkan. Sebab tu ada pepatah ‘mulut badan binasa’. Memang betul bila tengah sakit anda tak sedar apa yang anda cakap atau buat.

Ada sebab kenapa Nabi cakap ‘Kalau marah diam!’ Nabi tak nak kita lukakan hati orang lain kerana lidah orang marah ni setajam pisau. Jadi bersabarlah.. Bayangkan kata-kata anda menikam hati suami, bukan dosa yang anda dapat, orang ketiga pun singgah sama. 

Tapi sampai bila pula anda nak terus bersabar? Membiarkan kesalahan terus berleluasa.. Dan akhirnya perceraian yang menjadi solusi akhir sebuah permasalahan. Mungkin ramai yang merasakan perceraian adalah solusi terbaik tapi anda dah bersediakah?

Tahukah anda, seorang suami akan rasa loser dan tak berguna bila isteri asyik minta cerai. Bagi seorang suami cerai bukanlah isu yang boleh di ambil mudah sebab itu bila isteri mengugut cerai, suami akan berasa sangat down dan gagal.

Sebab seorang lelaki sangat ingin diri mereka dihormati. Bagi mereka kehormatan lebih tinggi dari keegoan mereka. Tapi bila anda selalu marah, merajuk, menyerang dan mengugut cerai mereka merasa anda tidak menghormati mereka. 

Sebab tu mereka mencari orang lain yang mampu memberi mereka kehormatan diri iaitu orang ketiga. Pastinya anda merasa triggered dengan apa yang sedang anda baca sekarang tapi inilah hakikat sebenar yang anda perlu tahu.

Orang ketiga hadir dalam hubungan kerana mereka melihat ruang atau peluang untuk mereka masuk dan ruang itu tercipta kerana anda dan suami tidak menjaga hubunngan itu sendiri. Anda terlalu fokus pada hal-hal yang anda tak nak membuatkan hubungan menjadi jauh.

Bila suami hadirkan orang ketiga dalam hubungan itu adalah cara halus suami ingin memberitahu anda yang dia sedang sakit. Tapi apa yang anda lakukan? Anda menambah lagi kesakitan dengan fokus pada kesalahannya.

Kesilapan ramai wanita tidak nampak atau buat-buat tak nampak rootcause sebenar kenapa suami mencari orang ketiga. Seorang lelaki rasa sangat rendah diri, bila di attack, diherdik, dimarah oleh perempuan yang juga isterinya.

Manusia mahukan kebahagiaan tapi bila anda dah tak memberi kebahagiaan, suami akan cari bahagia di tempat lain melalui orang ketiga. Sebab tu penting sangat untuk anda kuasai emotional independent ni. Bila emosi dah settle baru mudah untuk uruskan masalah yang hadir.

Sebab itu penting sangat dalam hubungan kalau nak berdamai masing-masing perlu ambil tanggungjawab walaupun kesalahan sendiri hanya sedikit. Jangan sebab anda nak menangkan ego, hubungan dengan suami terkandas.

Memang susah dan berat nak memaafkan dan melupakan kesalahan suami pada anda tapi anda kena ingat yang semua orang buat silap. Kita manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan. 

Sebab tu pentingnya ada ilmu. Dengan ilmu anda boleh mengurus emosi, mengubah corak fikiran dan tawan semula hati suami untuk kembali setia pada anda. Tapi yang penting anda kena be present dengan keadaan yang sedang berlaku, ambil tanggungjawab.

Wanita yang emotional independent adalah wanita luar biasa yang mampu kekal tenang saat diuji. Menjadi orang yang tenang saat diuji pastinya dapat memberikan kemenangan pada hati. 

Kalau anda sedang diuji sekarang ni percayalah Allah sedang merindui anda dan mahukan anda melakukan perubahan pada hidup anda. Mulakan langkah pertama dengan niat. Niat yang betul dan baik akan membawakan hasil yang baik dengan izinNya.

Kalau anda NAK DIBANTU..

Izinkan kami bantu anda secara PERCUMA sahaja melalui kelas online.

Klik link di bawah kalau nak tahu next step apa patut anda buat

Share

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

LOGO EHATI-love

Copyright © 2020 eHati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1