Dalam dunia ini semua orang ada bahagian ujian masing-masing. Jadi aku rasa ada baiknya kita jangan menjadi hakim penilai dugaan siapa yang berat dan dugaan siapa yang tidak kerana Allah memberikan dugaan dan ujian sesuai kemampuan hambanya. Macam kisah aku mungkin ada orang yang cakap aku pelik dan mengada-ngada. Tapi aku tak kisah apa orang nak cakap sebab aku yang hadapi dugaan itu semua kan. Kisahnya begini aku menerima tamparan hebat apabila suami aku tiada angin tiada ribut tiba-tiba minta nak berpoligami. Isteri mana yang tak terkejut apabila suami tiba-tiba sahaja minta nak berkahwin lagi kan. Mungkin ada orang cakap alahai dia bergurau je tu. Ikut logik akal mungkin jugalah dia bergurau kerana sewaktu dia minta izin bulan 8 tahun 2020 memang dia sekadar mintak izin nak kahwin lagi satu tetapi dia memang belum ada calon isteri barunya tu. Aku pun tak faham apa yang membuatkan dirinya tiba-tiba berhajat untuk menambah isteri, adakah dia bosan dengan aku? Atau adakah dia bersama rakan-rakannya main game wakenabeb ke kan . Itu cerita lain, yang paling penting sekarang adalah aku sebagai isteri mestilah hati aku ini terluka, remuk redam memikirkan suami yang berhajat benar beralih kasih. Sudahlah aku ini suri rumah dan suri hati dia semata-mata maka kehidupan aku saban hari saban waktu itu adalah untuk suamiku dan anak-anak.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved