Dalam dunia ini semua orang ada bahagian ujian masing-masing. Jadi aku rasa ada baiknya kita jangan menjadi hakim penilai dugaan siapa yang berat dan dugaan siapa yang tidak kerana Allah memberikan dugaan dan ujian sesuai kemampuan hambanya. Macam kisah aku mungkin ada orang yang cakap aku pelik dan mengada-ngada. Tapi aku tak kisah apa orang nak cakap sebab aku yang hadapi dugaan itu semua kan.
Kisahnya begini aku menerima tamparan hebat apabila suami aku tiada angin tiada ribut tiba-tiba minta nak berpoligami. Isteri mana yang tak terkejut apabila suami tiba-tiba sahaja minta nak berkahwin lagi kan. Mungkin ada orang cakap alahai dia bergurau je tu. Ikut logik akal mungkin jugalah dia bergurau kerana sewaktu dia minta izin bulan 8 tahun 2020 memang dia sekadar mintak izin nak kahwin lagi satu tetapi dia memang belum ada calon isteri barunya tu.
Aku pun tak faham apa yang membuatkan dirinya tiba-tiba berhajat untuk menambah isteri, adakah dia bosan dengan aku? Atau adakah dia bersama rakan-rakannya main game wakenabeb ke kan . Itu cerita lain, yang paling penting sekarang adalah aku sebagai isteri mestilah hati aku ini terluka, remuk redam memikirkan suami yang berhajat benar beralih kasih. Sudahlah aku ini suri rumah dan suri hati dia semata-mata maka kehidupan aku saban hari saban waktu itu adalah untuk suamiku dan anak-anak.
Sebelum aku sambung aku perkenalkan dahulu nama aku Afia (bukan nama sebenar). Aku dah pun lapan tahun berkahwin dengan suamiku Khairul (bukan nama sebenar) . Alhamdulillah kami dikurniakan tiga orang cahaya mata masing-masing berumur 7 tahun , 5 tahun dan satu tahun. Sebenarnya rumahtangga kami ok sahaja tiada masalah yang pelik-pelik pun selama ini dan Khairul pun setia orangnya tidak pernah pula dia kantoi bermain cinta dengan mana-mana perempuan.
Tapi kali ini lain benar permintaan dia. Permintaan yang buat aku tak lena tidur malam, sehinggakan kadangkala aku merenung wajah Khairul sewaktu dia tidur. Apakah sebenarnya yang bermain di fikiran dia? Aku benar-benar buntu dan kecewa. Adakalanya sewaktu sibuk menguruskan rumahtangga air mataku mengalir sendiri mengenangkan apa yang mungkin terjadi jika suami yang ku cintai benar-benar punya isteri lain. Sampai bila aku akan bertahan dengan kelukaan ini semua.
Aku takut, sumpah aku sangat takut hendak memikirkan segala kemungkinan yang bakal berlaku. Persoalan yang tak berkesudahan dan kebimbangan aku yang melampau membuat mood aku jadi tidak menentu, sentiasa moody apatah lagi apabila aku berdepan dengan Khairul. Kami selalu bertengkar walau hanya perkara kecik. Soal anak-anak jangan cakaplah memang kebanyakkan waktu aku tidak lagi melayan dan membelai mereka seperti biasa kerana aku hanyut dengan perasaan duka hati sendiri. Keadaan ini berlarutan sehingga bulan 12 tahun 2020.
Ditakdirkan Allah kami sekeluarga disahkan positif virus covid 19 pula. Aku, suami dan anak-anak ditempatkan di isolation ward covid 19. Waktu ini aku banyak berehat dan ada banyak masa untuk aku membelek handphone, Aku manfaatkan masa yang ada untuk aku google tips-tips dan apa sahaja cara yang boleh membantu aku untuk menyelesaikan masalah rumahtangga aku ketika ini.
Owh lupa, waktu bulan 12 tu sebenarnya aku dah pun bagi izin untuk suami aku kahwin lain. Bukan kerana hati aku tiba-tiba didatangi keredhaan level para wali-wali , cuma aku sendiri dah jadi penat dengan tekanan yang aku lalui setiap hari. Aku tanya diri aku sendiri sampai bila aku nak marah-marah dan bersedih hati macam ni. Suasana yang negatif membuatkan aku terlalu penat, tambahan pula aku kasihan dengan anak-anak yang terpaksa berdepan dengan masalah kami bertengkar.
Lebih kasihan apabila aku tidak dapat memberi perhatian dan kasih sayang sepenuhnya pada anak-anak. Jadi aku bagitahu Khairul aku izinkan dia berkahwin lain kalau itu yang dia mahukan. Berbalik semula kepada sesi google menggoogle aku tadi, aku terjumpa dengan video perkongsian Puan Diyana Tahir, Pakar Perhubungan dan Keintiman , Ehati International Sdn Bhd. Banyak perkongsian Puan Diyana yang buat aku temui AHA aku. Banyak manfaat yang aku peroleh membuatkan aku rasa perlu untuk mendalami lebih banyak ilmu yang dikongsikan oleh Puan Diyana Tahir.
Aku hubungi team Ehati dan dipendekkan cerita aku pun join kelas Kembali Bahagia. Selama tiga hari kami diberi bimbingan cara untuk menjadi wanita yang lebih baik dalam mengurus diri dan emosi. Paling penting bagaimana caranya untuk keluar dari masalah yang kami hadapi dan kembali menikmati bahagia dalam hidup.
Kalau nak diceritakan memang banyak sangat topik dan teknik-teknik menarik yang aku belajar dan selama ini memang aku tak pernah tahu pun, walaupun aku dah berumahtangga selama lapan tahun rupanya aku masih terlalu cetek ilmu rumahtangga. Aku malas nak cerita setiap satu ilmu yang aku belajar ni sebab banyak dan panjang, kalau siapa nak tahu aku cadangkan masuk kelas ok.
Aku kongsikan beberapa tips dan teknik yang aku betul-betul fokus amalkan dan yang memberikan impak terbaik dalam hidup aku. Perkara pertama yang paling penting dalam semua peraturan untuk bahagia adalah Self Love. Sayangi dan cintai diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyayangi dan mencintai orang lain kerana kita kena faham tidak akan ada orang lain yang mampu mengasihi dan mencintai kita sehebat diri kita sendiri.
Dengan Self Love inilah aku mula memanjakan dan memberi perhatian semula kepada diriku. Selama ini jangan cakaplah, segala yang aku lakukan adalah untuk suami dan anak-anak. Apa sahaja yang terbaik pasti untuk mereka kerana pada aku tidak mengapa aku dapat lebihan mereka pun. Pada waktu itu kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan aku. Rupanya selama ini aku silap, sikap aku yang sentiasa setle for less sebenarnya membuatkan diri aku semakin drain daripada aura-aura positif, dari kasih sayang dan kegembiraan sendiri.
Berasaskann ilmu yang ada aku baiki semula kesilapan aku yang lalu, aku akan pastikan aku ada me time untuk diriku setiap minggu. Me time yang ada aku gunakan untuk coffee session dengan kawan-kawan atau sekadar aku duduk di coffee house dan membaca buku. Ada juga aku gunakan masa untuk ke spa, saloon atau shopping serba sedikit. Nampak macam mudah dan simple kan? Kebanyakkan aktiviti ini aku lakukan waktu zaman bujang untuk memanjakan diri dan mencantikkan diri.
Apabila berkahwin sibuk dengan urusan rumahtangga dan anak-anak semuanya aku lupakan sahaja. Ajaibnya dengan mengubah diri memberikan masa untuk diri sendiri, memanjakan diri jiwa aku jadi tenang setenang-tenangnya. Tidak ada lagi kemarahan-kemarahan yang membuak-buak menyebabkan hubungan antara aku dan Khairul juga kembali aman seperti dahulu. Selepas aku beroleh semula ketenangan ini aku praktikkan pula teknik Telling The Truth –TTT yang aku pelajari.
Aku ambil masa kami bersantai bersama untuk bersembang hati ke hati bersama suami aku, agar aku tahu apa sebenarnya kehendak dia dalam perkahwinan kami. Supaya aku boleh membahagiakan dia dengan cara yang dia inginkan. TTT ni penting sebagai satu cara komunikasi berkesan antara suami isteri bagi mengetahui perkara yang membahagiakan pasangan dan ditanyakan dengan cara yang betul tanpa rasa marah atau dengan nada menyindir.
Hasil daripada praktis secara konsisten teknik-teknik ini hubungan aku dengan Khairul dah jauh berubah. Hubungan kami jadi lebih rapat dan berbanding sebelumnya. TTT membuatkan Khairul lebih memahami betapa sakit aku rasa saat dia berhasrat untuk berpoligami. Sebagai seorang suami yang baik Khairul juga tidaklah begitu kejam hingga sanggup melukakan hatiku demi hasratnya itu. Kini dia semakin berlembut dan lebih memahami aku.
Lebih menariknya dahulu dialah yang paling berungguh-sungguh nak berpoligami sekarang dia macam keliru pula dengan kehendak dia sendiri. Pernah Khairul berkata pada aku “ abang ni kompius nak kahwin ke tidak ni?. Apa aku nak jawab kan, gelak je yang mampu. Banyak kali pula dia tanya sedangkan sebelum ini kami memang dah setuju kalau sampai masanya dan dia jumpa calon yang sesuai aku memang dah bagi izin dia kahwin. Tak payah tanya banyak-banyak kali lagi pun.
Dia pernah juga tanya “kalau betul-betul jadi abang kahwin lagi, apa yang abang boleh bantu supaya sayang tak sedih sangat?”. Jawapan saya mudah “ dulu saya letakkan bahagia dekat perkahwinan ini sangat, jadi selepas ni saya akan lebih fokus pada diri saya sendiri. Apabila aku jawab macam tu dia pula yang sentap, katanya “ Kiranya selama ni abang tak buat sayang bahagialah?. Panjang pula soal jawab kan dahulu aku seoranglah yang sering cemburu dengan dia sekarang bila aku dah bahagia dan gembira dia pula yang risau dan cemburu nampaknya. Aku apa lagi berbunga-bungalah hati, terasa diriku begitu berharga.
Ok satu lagi teknik adalah Diet Sentuhan Cinta-DSC, teknik ni memang teknik paling killer dalam ilmu Ehati. Tak percaya ? takpe korang cuba dulu jangan percaya apa yang aku cerita ni. Sebelum tu aku explain sikit ya, DSC ni adalah hubungan intim tanpa PO atau peak orgasme. Aku terus pada kesan dia sahajalah ok. Pasal hubungan intim ni aku faham orang Melayu kita ni cukup menjaga tata susilanya memang payah kalau kita nak dengar ada orang bercerita apatah lagi nak ajar cara yang betul, memang hampir mustahil kan.
Sepanjang aku amalkan DSC hubungan intim dengan suami memang terasa luar biasa, lebih hebat daripada waktu baru kahwin dulu nikmatnya tu. Kalau dahulu aku tanya pada Khairul cara yang dia suka atau mahukan dalam hubungan intim kami, dia hanya akan jawab semuanya ok dan cukup. Tapi selepas amalkan DSC ni barulah dia berterus-terang tentang apa yang dia suka dan tak suka. Sekarang dah tak ada lagi dia nak bercakap soal kahwin lain, semakin melekat lagi ada lah.
Semakin intim dan semakin bahagia. Pada awal waktu aku menerima dugaan ni memang hati tak keruan dan kecewa yang tak dapat nak digambarkan. Sekarang aku sedar Allah bagi dugaan ini adalah sebagai salah satu jalan untuk memberi aku rezeki ilmu dan bahagia yang aku tak pernah miliki sebelum ini. Syukur Alhamdulillah dengan segala rahmatMu ya Allah,ingatlah jangan pernah bersangka buruk dengan Allah kerana Allah Maha Pengasih dan Penyanyang.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved