AKHIRNYA SAYA MENDAPAT KETENANGAN SETELAH PELBAGAI UJIAN..

“Sepanjang 7 tahun perkahwinan saya rasa diri saya ni kosong.  ”

 

Nama saya Fatimah (nama samaran), bekerja sebagai seorang doktor. Sepanjang 7 tahun perkahwinan, saya rasa diri saya ni kosong.Sampaikan saya dah tak pasti sama ada saya ni cintakan dia atau pun tidak. Adakala saya fikir, adakah saya benar-benar sayangkan dia atau tidak, saya sendiri dah tidak tahu. Yang pasti, saya rasakan hidup saya ini semakin serabut.

Pada awal-awal perkahwinan ini tak timbul apa-apa pun masalah. Semuanya manis macam madu. Namun bermulanya dari anak saya yang kedua, saya dah mulai rasa perkahwinan saya ini macam tidak ada apa-apa erti. Rasa lebih kepada kami ini duduk sebumbung saja. Bila “oncall” memang tak berhubung sesama kami. Langsung tidak bertanya khabar.

Suami saya pula jenis yang panas baran. Perkara kecil pun dia mudah naik angin. Masa marah, dia akan mencarut, memanggil kita “bangang” dan selalu angkat tangan dan kaki. Saya pun naik sekalilah suara saya. Sampai ke satu tahap tu, bila kami bergaduh di rumah depan anak-anak, saya baling handphone dan laptop tanpa menghiraukan anak-anak pun.


Masa itu pula “ex” saya pula dah mula menghbungi saya. Bila rumah tangga ni dah rasa kosong, saya pun melayan juga si “ex” saya itu. Namun saya menghentikan perbuatan saya ini, setelah tersedar dan rasa bersalah. Rasa tidak sepatutnya buat perkara ini kerana berdosa.Lain pula dengan suami saya. Pada hujung tahun 2019, saya menerima mesej dari seorang perempuan.

Dia bertanya “boleh tak tanya dekat suami saya, ada tak kunci rumah dia di dalam beg kerja suami saya”. Saya rasa macam peliklah tapi saya tunggu suami saya balik barulah saya akan tanya dia. Saya macam buat tak tahu, tak ambil tahu apa semua tu. Namun pada masa itulah, suami saya memberitahu saya apa yang berlaku. Sebenarnya dia sudah lama menduakan saya dengan perempuan itu. Perempuan itu rakan sekerja denggn dia.

Selepas pada itu, saya menjadi sangat stress. Sampaikan satu tahap, saya pernah lari dari rumah sebab tidak tahan dengan perbuatan perempuan itu yang asyik hantar banyak tangkap layar yang  menunjukkan kemesraannya bersama suami saya.Keadaan saya menjadi lebih teruk. Saya sudah tak boleh fokus di tempat kerja, sampaikan saya dirujuk pada pakar psikitri. Ada suatu ketika, bila kemarahan saya tidak terkawal dan saya mengalami depresi, lalu saya menumbuk suami saya.

 

Keadaan saya mula bertambah baik sedikit setelah beberapa bulan mengambil ubat. Saya rasa lebih baik dari sebelumnya, namun saya rasakan saya perlu melakukan sesuatu untuk memperbaiki perkahwinan saya ini.Semua ini saya sanggup lakukan demi anak. Sebab yang kedua adalah diri saya sendiri. Saya nak rasa gembira semula. Masa ini saya terjumpa satu program Kembali Bahagia yang dikendalikan oleh Pn. Diyana dan En. Rahim, dan mula menyertainya.

Perkara pertama yang dibincangkan dalam modul tu buat saya rasa macam, “Ya Allah, kesiannya pada diri aku selama ini. Kenapa aku buat macam tu ya Allah. Kenapa baru sekarang dah sedar betapa bodohnya saya dulu.”Sebenarnya dalam perkahwinan ini, kita nak ada perkara dimana pasangan kita menggalakkan kita. Kita nak disayangi dan buat kita rasa selamat. Jadi tak adalah rasa kosong sangat dalam perkahwinan ini.

Apabila mengikuti kelas Pn. Diyana, saya buat semua latihan yang diberikan itu. Lama kelamaan ada perubahan, suami saya mulalah peluk dari belakang dengan tiba-tiba apabila saya sedang masak. Dulu tak pernah begitu. Bagaikan mimpi indah, tetapi kini menjadi realiti.Saya buat dan berlatih berulang berulangkali teknik-teknik dalam program Kembali Bahagia. Suami pun semakin berubah. Dulu tak pernah sebut “terima kasih”, “I miss you” dan tak pernah cakap “I am sorry”.  Semua perkara kecil ini dia tak pernah buat, tapi sekarang dia pula tiru teknik saya.

 

Bila saya puji dia, saya tak mengharapkan pun yang suami saya akan puji semula. Bila macam ni, dari marah-marah pun hati cair baliklah. Saya rasa dia sendiri pun nak orang puji dia.Sekarang ni, komunikasi kami pun dah bertambah baik. Pn. Diyana ada mengajarkan cara nak bercakap dengan suami.  Ada latihannya supaya cara percakapan kita ni tak membuatkan suami rasa tersinggung.

Saya pula dah mula jaga diri saya sendiri. Sekarang ini, lepas saya marah dan tersedar, saya berhenti seketika dan saya lepaskan stress dengan cara yang sihat.  Selepas tu barulah rasa lega semula. Kalau dulu bukan mainlah perangai saya nak campak barang sana sini. Padahal sebenarnya mudah saja nak rasa tenang kembali.Kawan-kawan saya pun dah semakin rapat dengan saya.

Semua org kata keadaan saya lebih baik sekarang. Mereka pun kagum melihat perubahan pada pelajar-pelajar program Kembali Bahagia ini kerana mereka sendiri dapat melihat perubahan mereka. Terkejut juga melihat mereka gembira dan mereka lagi suka berdamping dengan saya sebab saya lebih positif.

 

“Inner journey” yang pertama saya dah “melalak”.

“Inner journey” yang kedua tu saya berasa okay lagi. 

“Inner journey” yang ketiga tu, saya rasa terharulah, rasa macam “Ya Allah, inilah selama ini yg aku cari!”

Saya sebenarnya mencari ketenangan. Saya nak diri ini tenang supaya orang lain pun boleh tenang.

 

Kepada mereka yang berasa ragu untuk sertai program Kembali Bahagia ini, pesanan saya sertailah kelas ini. Memang perlu! Kalau nak “sabotaj” diri sendiri, teruskanlah dengan depresi tu. Itu namanya sabotaj diri sendiri, padahal kita boleh jadi lebih baik daripada itu jadi sertailah program Kembali Bahagia ini. Terima kasih pada team Kembali Bahagia yg sangat membantu saya. Saya  berasa sangat lega kerana akhirnya dapat mencari ketenangan pada diri ini.

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1