Apakah yang sebenarnya diinginkan oleh seorang isteri dalam perkahwinan? Inilah persoalan yang sentiasa bermain di minda saya satu waktu dahulu. Apakah sebenarnya matlamat seorang wanita di dalam perkahwinan?. Adakah untuk kekal bahagia perlu jadi satu-satunya isteri atau apabila suami beralih arah perlukah isteri terus berpatah arang berkerat rotan dalam hubungan tersebut. Pada 2015 yang lalu saya mendapat tahu suami yang saya cintai dan kahwini sejak 29 tahun yang lalu mempunyai seorang lagi isteri. Lebih mengejutkan perkahwinan suami saya bersama isteri barunya itu sudahpun berusia 14 tahun. Jujur saya katakan pada waktu itu fikiran saya jadi buntu, tidak tahu apa yang saya perlu fikir dan rasakan. Semuanya sangat mengejutkan dan juga sangat mengecewakan. Kesemua persoalan diatas berlegar-legar di fikiran saya saban waktu. Bagaimanapun tidak pernah saya jumpa jawapannya. Sebelum saya teruskan perkongsian ini, saya perkenalkan dahulu nama saya Salmiah (bukan nama sebenar) kini sudah berusia 50-an. Suami saya pula bernama Rahman (bukan nama sebenar) merupakan seorang kontraktor. Keluarga kami tinggal di Chukai, Terengganu dan disebabkan kerja kebanyakkan waktu saya dan suami akan berada berjauhan atau lebih tepat lagi hubungan kami adalah hubungan jarak jauh- PJJ. Suami sentiasa berada di Kelantan untuk urusan-urusan perniagaan dan saya pula di Terengganu menguruskan anak-anak dan sebuah lagi syarikat yang merupakan anak syarikat kepada syarikat suami saya.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved