AKU TERIMA DIRIMU SEADANYA DEMI BAHAGIA KITA BERSAMA SAMPAI AKHIR HAYAT

Apakah yang sebenarnya diinginkan oleh seorang isteri dalam perkahwinan? Inilah persoalan yang sentiasa bermain di minda saya satu waktu dahulu. Apakah sebenarnya matlamat seorang wanita di dalam perkahwinan?. Adakah untuk kekal bahagia perlu jadi satu-satunya isteri atau apabila suami beralih arah perlukah isteri terus berpatah arang berkerat rotan dalam hubungan tersebut. 

Pada 2015 yang lalu saya mendapat tahu suami yang saya cintai dan kahwini sejak 29 tahun yang lalu mempunyai seorang lagi isteri. Lebih mengejutkan perkahwinan suami saya bersama isteri barunya itu sudahpun berusia 14 tahun. Jujur saya katakan pada waktu itu fikiran saya jadi buntu, tidak tahu apa yang saya perlu fikir dan rasakan. Semuanya sangat mengejutkan dan juga sangat mengecewakan. Kesemua persoalan diatas berlegar-legar di fikiran saya saban waktu. 

Bagaimanapun tidak pernah saya jumpa jawapannya. Sebelum saya teruskan perkongsian ini, saya perkenalkan dahulu nama saya Salmiah (bukan nama sebenar) kini sudah berusia 50-an. Suami saya pula bernama Rahman (bukan nama sebenar) merupakan seorang kontraktor. Keluarga kami tinggal di Chukai, Terengganu dan disebabkan kerja kebanyakkan waktu saya dan suami akan berada berjauhan atau lebih tepat lagi hubungan kami adalah hubungan jarak jauh- PJJ. 

 

 

Suami sentiasa berada di Kelantan untuk urusan-urusan perniagaan dan saya pula di Terengganu menguruskan anak-anak dan sebuah lagi syarikat  yang merupakan anak syarikat kepada syarikat suami saya.Perkahwinan dan rumahtangga kami boleh saya katakan dalam keadaan baik. Suami saya adalah seorang suami yang baik dan bapa yang amat bertanggungjawab kepada anak-anak dan keluarga. 

Sejak dari awal perkahwinan hubungan kami sentiasa mesra dan Rahman adalah lelaki yang romantik. Saya bahagia bersamanya. Saya pula seorang isteri yang baik, sentiasa taat dan patuh, sentiasa ,membantu dan menyokong setiap perkara yang Rahman lakukan. Kalau hendak dikongsikan urusan rumah dari segi memasak, mengemas, melayan suami semua saya urusakan dengan cemerlang. 

Tidak pernah saya dengar sepatah pun komplen dari Rahman sejak kami berkahwin. Setiap perkara yang saya lakukan juga menjadi contoh teladan anak-anak. Lima anak saya semuanya perempuan, bijak belajar dan tidak pernah kekok juga dirumah. Kalau diikutkan tiada sebab untuk Rahman berkahwin lain. Segala yang kami ada cukup sempurna. Cuma jarak dan masa yang kadangkala memisahkan.

 

Kenyataan itu bukan mudah untuk saya terima. Semua persoalan saya pada awal tadi berlegar-legar di fikiran, membuatkan saya benar-benar rasa kecewa. Saya mula mempersoal apakah kekurangan saya sehingga suami saya sanggup menduakan saya dan menipu saya hidup-hidup selama 14 tahun seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Sejak mengetahui berkaitan dengan keluarga baru suami saya, diri saya tidak lagi seperti dahulu. Saya sentiasa menangis dan bermuram durja. Tiada lagi keriangan dan gurau senda seperti dahulu. Sebenarnya saya tidak pasti lagi kemana arah tuju rumahtangga ini. Idea untuk berpisah sama sekali tidak pernah terlintas difikiran kerana sebelum ini hasrat saya cuma satu iaitu bahagia sehidup semati dengan Rahman. 

Tak sangka pula ini yang terjadi. Saya dapat tahu pun dari kawan-kawan yang terserempak dengan Rahman ketika memandu kereta menuju ke Thailand dari Kelantan bersama seorang wanita. Seorang lagi kawan pula bercerita terjumpa Rahman di pasar malam sambil dukung baby. Amat perit saya rasakan namun saya tetap tenang dan bertanya Rahman setiap kali cerita-cerita itu sampai ke telinga saya. 

 

 

Tapi yang peliknya Rahman pula yang naik angin. Apabila saya tanya dia mesti marah-marah, bertanya saya semula siapa yang buat cerita sebelum akhirnya dia mengaku perkara sebenar. Rupanya isteri itu bukan isteri kedua sebaliknya ketiga. Isteri kedua dinikahi sebelum yang ketiga.  Perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun sahaja sebelum bercerai. 

Benar Rahman madukan saya namun setiap kali saya menangis pasti dipujuknya dengan penuh kasih sayang.Tiada yang kurang dalam kasih sayangnya terhadap saya dan anak-anak. Cuma saya sahaja yang amat terluka dengan perkahwinan itu. Setiap malam saya bangun tahajud dan berdoa memohon ketenangan hati dan kembali bahagia seperti dulu. 

Tapi tak semudah disangka sehingga akhirnya saya bertemu dengan video-video pendek Puan Diyana Tahir, Pakar Perhubungan dan Keintiman di laman facebook.Melalui video-video itu saya tertarik dengan pelbagai perkongsian wanita-wanita lain yang senasib dengan saya.


Lebih mengkagumkan adalah sehebat mana masalah yang mereka hadapi akhirnya dapat diselesaikan dengan ilmu dan teknik-teknik yang diajar puan Diyana di dalam kelas. Ketika itu saya tahu inilah ilmu yang saya perlukan untuk saya kembali tenang dan bahagia. Tanpa membuang masa saya mendaftar ke Kelas Kembali Bahagia. Hasrat saya adalah untuk mendapatkan semula ketenangan hati selepas segala perkara yang berlaku.

Kami diajar ilmu Self Love iaitu menyayangi diri sendiri. Memberi perhatian dan berlembut dengan diri sendiri. Kaedah paling berkesan yang saya amalkan adalah terapi syukur. Saya amalkan setiap hari dengan mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan pada saya dengan kerendahan hati dan sepenuhnya berserah pada Allah. Saya sedari terlalu banyak dan terlalu besar anugerah Allah kepada saya selama ini. 

Adakah dengan dugaan ini saya ingin berputus asa terhadap kasih sayang Allah dan berputus asa terhadap rumahtangga saya. Sudah pastilah tidak. Semakin lama saya amalkan terapi syukur semakin dekat saya rasakan diri saya dengan Allah semakin tawaduk doa-doa saya. Apabila saya kembali menerima dengan penuh kesyukuran Allah hadirkan semula tenang dalam  hati dan minda saya. Allah hadirkan rasa bahagia daripada rasa syukur itu.

 

 

Kesyukuran yang mendalam juga membuatkan saya menerima takdir suami saya yang telah ditentukan Allah. Mungkin sudah ditentukan Allah suami saya jodohnya lebih dari satu. Saya redhakan diri saya dengan penuh kerendahan hati dan kemaafan pada diri saya dan juga pada Rahman. Saya maafkan Rahman atas segala silapnya kerana dia juga manusia yang pasti ada silap. 

Saya layan dan sayangi dia dia dengan penuh belas kasih dan saya terima kesilapan kami adalah kerana kami tiada ilmu rumahtangga yang betul untuk kami layari bahtera rumahtangga selama ini. Kembali Bahagia akhirnya membuka dimensi baru kepada hubungan dalam  keluarga kami. Kasih sayang dan cinta saya kepada Rahman semakin dalam sehingga anak-anak pun perasan. 

Anak kata “cinta umi dekat abah ni memang tebal”. Ya anakku, cinta umi pada abah amat tebal dan kini umi tahu bagaimana cara untuk umi zahirkan dan juga bagaimana untuk umi buat abah juga mencintai umi sedalam umi mencintai dia. Dari sudut lain pula saya syukuri, ibadah saya semakin khusyuk,hubungan dengan Allah rasa begitu nikmat. Syukur Alhamdulillah dengan ilmu Ehati saya kembali bahagia, anak-anak juga sentiasa teguh bersama umi menyokong dan bersama umi menlalui setiap rintangan. Terima kasih Allah untuk anak-anak solehah ini. Kini saya jaga diri dan jaga hati untuk suburkan self love setiap hari agar keberlimpahan cinta itu dapat saya kongsikan dengan insan tersayang. Terima kasih Ehati.

 

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1