ALAHAI SUAMI,ORANG KATA DIAM-DIAM UBI BERISI, DIAM-DIAM ABANG NAK TAMBAH ISTERI PULA
Assalamualaikum semua nama sis Safa (bukan nama sebenar) berusia dalam lingkungan 40-an. Perkahwinan sis dengan suami dah masuk tahun ke 15 tahun ini. Alhamdulillah syukur dengan nikmat Allah kerana masih bersama walaupun pelbagai dugaan melanda. Sis direzekikan Allah berkahwin dengan seorang suami yang sangat pendiam. Dalam rumahtangga ni nak berkomunikasi pun sis rasa payah bukan apa, sis cakap dah habis satu lagu pun dia cuma jawab satu dua ayat sahaja. Jangan pula tanya kenapa sis kahwin dengan dia kalau dah tak berkenan dengan orang pendiam ya. Al kisahnya perkahwinan kami ini ditetapkan oleh orang tua, waktu itu sis sebenarnya tengah bercinta dengan lelaki lain. Bagaimanapun, keluarga suami sis masuk meminang, mak ayah sis pula setuju. Maka kami pun berkahwin dalam majlis yang meriah sama macam pasangan lain. Apabila kita bercinta selepas kahwin ini memang banyak perkara yang kita tidak tahu, senang cerita perlu mengenali pasangan dari mula lah. Pada asasnya Abang Isma (bukan nama sebenar) memang seorang lelaki yang baik, pendiam dan memang tak pernah sekali pun berkasar dengan sis.