Assalamualaikum semua nama sis Safa (bukan nama sebenar) berusia dalam lingkungan 40-an. Perkahwinan sis dengan suami dah masuk tahun ke 15 tahun ini. Alhamdulillah syukur dengan nikmat Allah kerana masih bersama walaupun pelbagai dugaan melanda. Sis direzekikan Allah berkahwin dengan seorang suami yang sangat pendiam.
Dalam rumahtangga ni nak berkomunikasi pun sis rasa payah bukan apa, sis cakap dah habis satu lagu pun dia cuma jawab satu dua ayat sahaja. Jangan pula tanya kenapa sis kahwin dengan dia kalau dah tak berkenan dengan orang pendiam ya. Al kisahnya perkahwinan kami ini ditetapkan oleh orang tua, waktu itu sis sebenarnya tengah bercinta dengan lelaki lain.
Bagaimanapun, keluarga suami sis masuk meminang, mak ayah sis pula setuju. Maka kami pun berkahwin dalam majlis yang meriah sama macam pasangan lain. Apabila kita bercinta selepas kahwin ini memang banyak perkara yang kita tidak tahu, senang cerita perlu mengenali pasangan dari mula lah. Pada asasnya Abang Isma (bukan nama sebenar) memang seorang lelaki yang baik, pendiam dan memang tak pernah sekali pun berkasar dengan sis.
Masalah pertama yang sis hadapi dalam perkahwinan ini adalah selepas 5 bulan sis berkahwin. Ketika itu sis baru ditugaskan ‘posting’ guru di negeri lain dan terpaksa berpindah demi tugas. Perkara ini sepatutnya tak dijadikan isu pun, kerana sis ditugaskan atas arahan Kementerian Pendidikan Malaysia kan, bukan sis suka-suka rancang. Malangnya mak mentua sis tak berpuas hati kerana terpaksa berjauhan dengan anak kesayangannya. Bermacam-macam fitnah yang ditaburkan pasal sis di kampung.
Sebagai seorang anak dan menantu yang baik sis sebenarnya tak ambil pusing dan mengabaikan sahaja sebarang kata-kata buruk yang dilemparkan mak mentua sis. Cuma pada waktu itu sis sedikit terasa dengan suami kerana dia hanya diam seribu bicara. Tidak pernah sekalipun dia berusaha menjelaskan perkara sebenar atau membela sis sebagai isteri di hadapan ibunya. Ekoran perkara itu sis langsung tidak pulang ke kampong selama empat tahun kerana mak mentua sis melarang sis pulang.
Suami sahajalah yang pulang menziarah keluarganya.Kita sebagai manusia, walau cuba bersabar dan bertenang ketika dibenci dan dicaci pasti hati kecil ini terluka jua. Namun itulah yang menjadi masalah apabila suami sis ni memang terlalu kurang bercakap, nak mengadu apa pun tak boleh kerana dia memang tidak akan respond pun. Ibarat bercakap dengan dinding ajelah. Bayangkan 15 tahun sis hidup dalam rumahtangga dengan situasi tiada komunikasi yang baik ni.
Memang tertekan sebenarnya, adakalanya bila sis marah atau tak puas hati sis Cuma bermasam muka atau marah anak-anak dengan harapan suami dengar dan faham sebenarnya sis nak bahasakan dia. Dalam rumahtangga kami ini boleh dikatakan hampir 90 peratus urusan rumahtangga dan keluarga sis yang pikul sendiri, suami sis macam itu sahajalah, nak cakap pun susah.
Tetapi, dalam diam-diam dia tu siapa sangka pada tahun 2014 Abang is ni kantoi curang dengan perempuan lain ya. Hebat tak?, dengan isteri sendiri dah macam Mr Bean cakap sikit-sikit aje tetapi pandai pula dia bermain cinta dengan ayat-manis di mesej, siap bersayang-sayang lagi tu.Sewaktu sis mengetahui berkenaan kecurangan dia, sis memang amat terkejut dan memang tak boleh terima. Mak engkau hijaulah jawabnya kan.
Masalahnya sekarang adalah kami tak pernah bergaduh sekali pun selama ini. Jadi bila berlaku perkara begini nak bergaduh pun sis tak tahu macam mana. Sebab suami sis memang pendiam mengadu pun tidak, bergaduh pun tidak, bersembang pun tidak juga, susah sis nak jelaskan. Waktu awal-awal kahwin sis pernah juga cuba nak berkongsi cerita nak mengadu tetapi memang tiada respon dari dia. Sudahlah waktu itu mak sis sakit kanser dan kemudiannya meninggal dunia.
Walaupun bersuami tapi sis memang rasa keseorangan tiada tempat nak mengadu kesedihan. Akhirnya sis putus asa untuk berkomunikasi dengan dia sis layankan sahaja cara dia. Bayangkanlah kehidupan kami berlalu begitu sahaja sehingga sis rasa tiada perkara yang special pun. Ok berbalik semula pada kisah curang suami sis tadi.
Pada waktu dia kantoi ada hubungan sulit dengan perempuan lain itu, dia masih bekerja “offshore”. Jadi perhubungan mereka sekadar di telefon sahaja tak lebih dari itu kerana sepanjang dua minggu dia bercuti dia menghabiskan sepenuh masa di rumah bersama sis dan anak-anak.Sis mengamuk sakan waktu itu, sampai sis halau dia keluar rumah, seingat sis dua kali juga sis halau dia keluar rumah.
Mungkin disebabkan dia seorang yang pendiam dan tenang jadi dia tidak mudah melatah. Dia pujuk sis kembali sehingga sis tenang, sedangkan sebenarnya waktu itu sis memang dah nekad nak berpisah sahaja. Hati wanita ni kan sering diibaratkan seperti kerak nasi, keras dan marah macam mana pun akhirnya sis maafkan dia dan minta dia berjanji tidak buat lagi perkara sama.
Alhamdulillah keadaan tenang dan aman seperti biasa sehingga bulan Julai 2020, kali ni taktik dia lebih hebat ya. Tiada hujan tiada ribut dia minta kebenaran nak kahwin lagi satu. Waktu itu sis blur tak tahu nak bagi reaksi apa, sis jawab ‘TAK BOLEH. Ringkas dan padat sebab sis memang tak sangka kes curang ni akan berulang.
Sebab pada waktu pertama kali dia curang sis dah cakap kalau berlaku sekali lagi perkara ini kami akan terus berpisah sahaja, tiada maaf dan tiada sebarang perbincangan lagi. Pada malam itu baru otak sis boleh hadam permintaan mengejut Abang Is.
Sis kata pada diri sis “suami aku nak kahwin lain lah”, ketika itu barulah perasaan kecewa, rasa dikhianati, rasa sedih hadir membuak-buak di dalam dada. Air mata ini bercucuran mengalir bak empangan pecah, memang tak dapat ditahan lagi. Disebabkan rasa tidak puas hati sis dah mula selongkar mesej-mesej dia di telefon setiap hari. Rasa marah dan tak percaya sedang beraja di dalam hati.
Namun perbuatan itu bukan melegakan perasaan pun malah menambah rasa sakit, tak ubah seperti luka yang disimbah cuka. Pedihnya tak dapat digambarkan. Pada tahun 2020 suami sis dah berhenti keje ‘offshore’ hanya bekerja sebagai seorang pemandu sahaja.
Gaji pula dalam lingkungan RM1500 sahaja. Sis jadi pelik macam mana dia boleh terfikir nak kahwin sedangkan anak kami sahaja sudah lima orang. Perbelanjaan membina rumah baru kami sepenuhnya duit sis, kereta dan segala perbelanjaan lain pun sis yang tanggung. Calon isteri baru pula seorang balu kematian suami yang punya anak dua orang. Bayangkan bagaimana agaknya suami sis nak menyara semua orang. Memang tak masuk akal.
Tekanan kali ini benar-benar hebat buat sis sehingga tak tertanggung rasanya. Kasihan dengan anak-anak sis yang sentiasa dimarahi disebabkan jiwa sis yang bercelaru. Sis selalu menangis dan anak-anak selalu tengok. Mereka faham namun tidak pernah bertanya apa-apa. Cuma mereka jadi lebih memahami, sekiranya sis tegur atau marah mereka akan patuh tanpa banyak soal.
Kemuncak tekanan ini sis akhirnya failkan cerai di mahkamah syariah. Prosiding berjalan sehingga perbicaraan pertama. Bagaimanapun ketika hakim bertanyakan keputusan abang Is, dia menyatakan dia tidak bersetuju untuk bercerai. Menyebabkan hakim menjadualkan semula perbicaraan kali kedua, untuk memberi ruang kami berbincang dan membuat keputusan .
Sis rasa sebak dan amat sedih memikirkan diri sendiri, disebabkan masalah komunikasi yang teruk antara kami membuatkan sis sendiri tak pernah tahu adakah suami sis menyayangi sis atau tidak. Sis rasa looser sangat, perkara paling asas dalam rumahtangga dan perkahwinan ini pun sis tidak tahu. Disebabkan isu ini akhirnya suami sis mengaku dia menyayangi sis, katanya kalau dia berkahwin lain sekalipun sis tetap nombor satu dihatinya.
Siapa kata sis gembira dengan kata-katanya itu,sis bukan nak jadi nombor satu sahaja sebaliknya sis nak jadi satu-satunya isteri dia sampai bila-bila. Krisis ini buat sis murung dan tertekan, sis sentiasa menangis sampai kadangkala anak-anak datang dan pujuk.Pernah juga anak-anak memberitahu papanya ketika mereka tengok mama menangis.
Kali pertama sepanjang 14 tahun barulah Abang Is pujuk sis. Cara dia pujuk sis dengan peluk sis dari belakang waktu cici pinggan dan peluk sis waktu tidur membuatkan sis rasa bahagia seketika. Inilah layanan yang sis inginkan selama ini, layanan yang sis tak pernah bagitahu dia sis ingin dan layanan yang dia sendiri tidak pernah beri.
Sewaktu dalam dilema ini sis terjumpa video Ehati di laman facebook, sis rasa macam banyak pula perkongsian dalam video-video pendek itu yang sama dengan keadaan sis. Sis seakan tersedar dari lamunan yang panjang. Kebanyakkan video testimoni yang sis dengar suami mereka semua memilih orang ketiga dan meninggalkan mereka. Sis sepatutnya bersyukur kerana suami sis masih memilih sis.
Kesedaran yang hadir membuat sis terpanggil menyertai Kelas Kembali Bahagia untuk sis ubah diri sis dan keadaan rumahtangga kami. Ada ramai orang lain yang cabarannya lebih hebat namun mereka bahagia akhirnya. Tak salah sis mencuba kan, siapa tahu Allah berikan sis rezeki kebahagiaan selepas ini. Ada tiga teknik yang sis fokus buat dengan konsisten.
Pertama adalah terapi syukur, sis buat setiap hari selepas subuh untuk mensyukuri setiap rahmat yang Allah berikan dalam hidup kami selama ini. Sis tahu banyak juga perkara yang buat sis kurang bersyukur dan lebih banyak fokus kepada perkara-perkara yang sis tidak ada. Terapi syukur ini buat sis rasa hubungan dengan Allah itu lebih mendalam dan lama kelamaan membuatkan hati sis lebih tenang.
Dalam pada itu sis amalkan 13 jampi, teknik yang paling mudah diamalkan dan mempunyai impak yang sangat hebat. Sis pastikan sis sentiasa ucap terima kasih pada suami walaupun untuk perkara-perkara kecil yang dia lakukan. Hasilnya memang menakjubkan apabila suami sis jadi lebih responsive, dan dah mula ingin melayan sis berbual walaupun tidaklah banyak. Sekurang-kurangnya kami dah mula berkomunikasi lebih baik dari sebelumnya.
Ketiga sis amalkan teknik Telling The Truth-TTT. Memang rasa macam orang baru berkahwin, kerana terlalu banyak yang sis nak tanya dan nak tahu berkaitan suami sis. Terlalu banyak yang kami tidak tahu berkaitan antara satu sama lain.Hasil praktis yang konsisten ketiga-tiga teknik ini hubungan kami berubah menjadi lebih baik. Sis sendiri pun tak sangka kami boleh capai perubahan in.
Sebelum ini urusan ke pasar sis yang uruskan sepenuhnya, suami memang tidak pernah ambil kisah. Sekarang dah lain, apabila sis bersiap-siap untuk ke pasar suami sis pun akan sama-sama bersiap untuk ikut ke pasar. Dah jadi pemandu peribadi dah sekarang. Syukur Ya Allah bahagianya sis rasa bayangkan sudah 15 tahun berkahwin baru sekarang suami teman ke pasar. Selain itu perubahan suami juga semakin ketara, dia kini dah pandai update lokasi dia berada.
Dia akan ambil gambar dan hantar kepada sis. Mungkin dia ingin mendapatkan semula kepercayaan sis terhadapnya. Layanan dia terhadap anak-anak amat baik Alhamdulillah. Waktu TTT sis tanyakan kepadanya apa yang perlu sis buat untuk membahagiakannya, tapi dia masih malu-malu dan tak mahu jawab. Tidak mengapa sis maklumkan dia sis suka dilayan dengan penuh kasih sayang dan dipeluk.
Itulah perkara yang sis inginkan darinya, sis tak mahu lagi mengharapkan sesuatu dari suami secara diam-diam. Puan Diyana Tahir, mentor sis kata kalau tak bagitahu perkara yang kita inginkan, bagaimana suami nak tahu apa kita suka. Jadi sis bagitahu dengan jelas supaya dia faham.
Hasilnya, Abang Is hadiahkan sis bunga you alls memang sis rasa teruja dan pergak sedikit ya selama 15 tahun kahwin tak pernah dapat bunga. Apabila dapat rasa gembira dan bahagianya lain macam. Terasa bagai berada di awang-awangan. Mungkin kisah bahagia sis tak sehebat rakan-rakan lain di luar sana, tetapi bagi sis yang hidup di dalam teka-teki akibat suami yang amat pendiam ini,sis rasa amat bersyukur dah.
Sis yakin semakin lama sis amalkan ilmu Ehati yang banyak lagi sis belajar tu hubungan kami akan jadi bahagia dan gembira sama macam yang sis idamkan selama ini, insyaallah. Kalaulah sis jumpa Ehati lebih awal pasti dah lama sis bahagia kan . Owh satu lagi perkara paling penting. Si balu anak dua yang menjadi orang ketiga dalam rumahtangga kami dah berkahwin dengan orang lain. Makanya tiada lagi orang ketiga antara kami. Syukur Alhamdulillah.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved