Anda nak BAHAGIA atau DERITA?

Adakah anda rasa anda dah buat yang terbaik dalam kehidupan anda ATAU anda dah cuba menjadi isteri yang terbaik ATAU dah cuba menjadi ibu yang terbaik ATAU anda dah korbankan hidup anda untuk menjadi ibu, isteri dan macam-macam lagi untuk keluarga.

TAPI.. tiba-tiba anda rasa anda HILANG jati diri anda. Inilah yang dipanggil perubahan pada sistem kepercayaan anda.

Bermula dengan diri anda. Bila anda yang mulakan tindakan dulu, insyaAllah hubungan dengan suami pun akan okay.

Ramai orang fikir suami yang kena berubah dulu. Suami yang kena betulkan keadaan. Of course lah idealnya macam tu tapi realitinya bila kita dah bergaduh masing-masing mesti nak menyalahkan dan akhirnya menjadi konflik yang lebih besar lagi.

Sebab tu bila sedang diuji dengan suami curang atau poligami anda ambil langkah untuk fokus pada diri. The moment anda mula fokus pada diri, perbaiki kelemahan diri dan mula sayangi diri. Anda akan nampak PERUBAHAN. Bukan hanya perubahan pada fizikal dan mental anda je tapi hubungan anda dengan suami pun akan lebih harmoni. Tak nak ke?

Sebab tu selagi anda tak mempersoalkan sistem kepercayaan anda selagi itulah apa sahaja dalam hidup anda tak akan berubah. Sebab apa?

Sebab apa yang anda PERCAYA tentang diri anda, itulah yang menjadi apa yang anda FIKIR. Dan apa yang anda fikir itulah yang membawa kepada apa yang EMOSI anda rasa dan apa sahaja emosi yang anda rasa akan menjadi TINDAKAN dan perbuatan anda untuk hari-hari anda dan dari tindakan anda tu lah yang membawa kepada TAKDIR anda.

Contoh anda percaya yang anda tak layak untuk disayangi atau anda tak layak untuk hidup bahagia. Anda percaya yang anda tak layak. Jadi apa yang anda asyik fikir hari-hari tu..

“ aku tak layak, aku tak bagus, aku tak cantik, suami aku tak sayang aku “

Jika anda berterusan percaya ianya akan menyebabkan anda tak yakin dengan diri anda. Betul tak? Dan mulalah timbul rasa bersangka-sangka yang suami ada orang ketiga yang menyebabkan fikiran-fikiran yang hari-hari asyik sangka, sangka dan sangka akhirnya mendorong ke perasaan yang..

Stress, sedih, marah, risau.. Dan apa tindakan anda? Maki hamun suami, mengadu pada suami, kerap menangis dan akan mula menyalahkan dan menyerang orang ketiga. So, apa akan jadi?

BERGADUH.. Suami semakin jauh, anak jadi mangsa.

 

Persoalanya sekarang,

Macam mana anda boleh ubah takdir hidup anda? Atau anda masih mahu takdir yang sama? Takdir yang menyedihkan, menyakitkan dan memilukan..

Sejujurnya, tak cukup dengan hanya sekadar tukar tindakan anda je. Tak cukup dengan hanya belajar strategi untuk buat itu ini. TAK CUKUP. Perlu ada perubahan pada dasar sistem kepercayaan anda. Apa sebenarnya akar kepercayaan anda tentang diri anda yang menyebabkan anda percaya apa yang anda percaya tu. 

Dan macam mana nak cabut akar tu dan tanam akar benih yang baru supaya dia tumbuh menjadi sistem kepercayaan yang baru dan benar tentang anda dan dari sistem kepercayaan ini barulah membentuk fikiran yang betul. Cara berfikir dan memandang yang betul inilah yang kemudian akan menghasilkan perasaan emosi yang betul dan semestinya akan membawa kepada tindakan yang betul dan akhirnya membawa kepada takdir yang betul yang memang hak anda yang memang dah tertulis untuk anda..

Macam mana dengan perkongsian kami?

Adakah anda dah bersedia nak tukar takdir anda? 

Kalau anda NAK DIBANTU..

Izinkan kami bantu anda secara PERCUMA sahaja melalui kelas online.

Klik link di bawah kalau nak tahu next step apa patut anda buat

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1