Apa yang anda perlu BERHENTI buat pada pasangan?

Budaya cepat sentap atau pencetus kepada perasaan tidak puas hati ini jika tidak di bendung akan menjadi racun dalam hubungan. 

Bila pasangan anda trigger anda sebenarnya dia sedang terluka, dan itu adalah caranya untuk memberitahu tapi jika anda tak sedar maka anda terlepas peluang untuk kunci hati dia. 

Sebab itu penting cara komunikasi yang betul supaya pasangan boleh menerima dengan hati terbuka dan melakukan perubahan.

“dulu saya buat macam ni” 

“asyik saya je” 

“saya je yang selalu kena buat macam ni”

MENGUNGKIT-UNGKIT kebaikan atau kesalahan boleh triggered keegoan suami tanpa sedar. Ini adalah triggering point yang paling utama yang ramai isteri selalu buat. Sebenarnya ada benda yang anda nak dari suami di sebalik mengungkit-ungkit ni tapi melalui cara dan tindakan yang salah.

Pantang larang seorang lelaki juga adalah bila isteri MENGAJAR-AJAR mereka seperti seorang guru. Ramai isteri rajin cari ilmu dan tanpa sedar mengajar-ajar suami. Seorang suami akan merasa hina, rendah diri, kecewa dan malu bila diri mereka diajar-ajar oleh isteri sedangkan seorang lelaki ingin rasa dihormati dan menjadi hero dalam hubungan.

Niat anda dah betul kerana ingin suami menjadi versi yang lebih baik tapi cara anda yang salah. Anda kena ingat yang seorang suami ingin menjadi hero dalam hubungan jadi elakkan dari mencalarkan keegoannya. 

Hal yang semua pasangan mesti pernah buat tapi tak sedar yang ianya boleh mencederakan emosi adalah MEMBANDING-BANDING. Betul tak? Contohnya, membandingkan apa yang orang lain ada dan anda tak ada, mengapa orang lain boleh tapi suami tak boleh.. Kalau anda pernah membandingkan suami dengan orang lain tolong berhenti lakukannya. Sebab apa?

 

Sebab bila anda membuat perbandingan secara tidak langsung suami akan merasa kecil hati dan rendah diri. Bayangkan kalau suami bandingkan anda dengan seseorang yang lebih baik. Mesti tak suka kan? Jadi berhenti lakukan kalau nak hubungan dengan suami kekal harmoni.

Baik suami mahupun isteri elakkan budaya membanding-bandingkan kerana ianya akan membuatkan hubungan makin memburuk. Bila anda ataupun suami  membanding-bandingkan pasangan ianya adalah tanda bahawa diri merasa tidak disayangi. Ingat, seorang suami akan rasa HERO bila diri mereka dihormati. 

Sebab tu penting sangat ilmu rumah tangga, ilmu mengenali pasangan ni. Cari tahu bahasa cinta suami kalau anda nak hubungan terus mesra dan bahagia. Berhenti lakukan hal yang boleh membuatkan suami lari pada orang ketiga. 

Kalau anda NAK DIBANTU..

Izinkan kami bantu anda secara PERCUMA sahaja melalui kelas online.

Klik link di bawah kalau nak tahu next step apa patut anda buat

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1