Apakah DILEMA wanita first class?

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (QS. Al-Baqarah: 115)

Cabaran yang hadir dalam hidup kita sebenarnya cara Allah mendewasakan hambaNya. Dengan ujian lah kita dapat belajar untuk perbaiki diri, belajar dari kesilapan dan dapat mematangkan kita. 

 

Sesungguhnya Allah Maha Adil, Allah menguji anda sesuai dengan kadar kemampuan anda. Jadi takda satu orang pun dalam dunia ni terlepas dari masalah atau ujian hidup.

Hidup ni mustahil tak ada cabaran. MUSTAHIL! 

IMPOSSIBLE! Hidup tanpa masalah.

Sebenarnya semakin anda meningkat dewasa, semakin besar ujian yang datang. 

 

Bila dah dewasa ni tak masalah kerja, masalah hubungan atau masalah kewangan dan masalah diri yang paling anda tak boleh elak. Semua benda nak kena fikir, kalau sebelum ni semua mak ayah tanggung tapi sekarang dah kena mula fikir nak bayar itu ini.

 

Persoalannya sekarang,

Macam mana nak bahagia walaupun ada masalah? Dan macam mana nak tetap tenang walaupun ada cabaran.

 

First, anda kena terima hakikat yang hidup ni mustahil tanpa masalah dan cabaran. Semua orang akan diuji sesuai dengan kemampuan. Takda orang akan terlepas baik sekarang atau masa hadapan.

 

Tak kesahlah cabaran dalam rumah tangga atau cabaran dengan diri sendiri atau cabaran mencari pasangan atau cabaran dengan hubungan sekalipun. Semua cabaran ni Allah hantar pada anda sebab Allah nak jentik anda untuk sedar. Sedar yang hidup tak selamanya bahagia. Akan ada masa anda kena lakukan perubahan dalam hidup.

 

Cabaran utama masa kini yang selalu jadi bualan ramai adalah ‘bila nak kahwin’. Betul tak? Dan wanita yang selalu dikaitkan dengan isu kahwin ni. Pantang jumpa orang mesti akan tanya ‘bila nak kahwin’ ‘tak rasa ke nak ada keluarga’.. Kalau ikutkan siapa je tak nak kahwin tapi jodoh, ajal dan maut tu kan semua di tangan Allah.

 

Ramai sebenarnya wanita first class yang kadang masih bujang. Sebab susah sangat untuk mereka mencari pasangan yang benar-benar sesuai dengan mereka. Kalau tersalah pilih nanti, kahwin dengan lelaki orang pula. Timbul masalah baru nanti orang kata perampas suami orang pula. Tapi hanya mereka je yang setaraf dengan wanita first class ni. Sebab lelaki yang berjaya kebanyakkan lelaki orang. 

Ini adalah dilema kebanyakkan wanita first class, wanita yang belum berkahwin lagi. Mungkin luarannya mereka nampak hebat dan berduit tapi yang nak dekat mereka selalunya lelaki orang dan hanya lelaki orang yang mampu untuk penuhi kehendak mereka berbanding lelaki bujang yang belum tentu mampu tanggung perbelanjaan diri.

 

Dilemma antara maruah dan cinta. 

 

Ada wanita-wanita yang memang hebat, berjaya, buat bisnes sendiri, berdiri di kaki sendiri tapi berjuma dengan lelaki-lelaki yang rendah dari dia. Rendah dari segi pendidikan dan  pekerjaan. Wanita ini pula yang kena tanggung suami dan perbelanjaan rumah. 

 

Mula-mula memang boleh sebab cinta tapi lama-lama akan hadir rasa penat dan tak larat. Jadi inilah dilema-dilema wanita first class yang akhirnya bila takda ilmu kebanyakkan memilih untuk rela membujang selama-lamanya. 

 

Sebab itu ramai wanita-wanita first class tak berkahwin. Tapi ada juga yang walaupun tak kahwin tapi hidupnya penuh rasa bersalah sebab ada skandal. Fitrah manusia ni tak kira la anda alim ke tak, kita manusia biasa yang ada nafsu. Jadi bila tak ada suami nak tak nak energi tu tetap ada. 

 

Macam mana anda cuba elak pun mesti akan terjebak dengan hubungan terlarang dan skandal. Akhirnya rasa berdosa dan bersalah yang menyebabkan rasa sengsara dalaman ni.

 

Jadi sampai bila anda nak terus hidup derita saat hadapi cabaran? Apa nak buat? Hidup ni indah kalau ada ilmu.. Carilah ilmu supaya anda boleh kekal tenang dan bahagia walau saat diuji..

 

Kalau anda NAK DIBANTU..

Izinkan kami bantu anda melalui kelas online.

Klik link di bawah kalau nak tahu next step apa patut anda buat

 

Share On Your Social Media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

Takut dengan air, takut dengan kucing, takut dengan badut, takut dengan tempat tinggi, gelap, sempit dan macam-macam lagi.

Setiap orang ada ketakutan masing-masing dan setiap orang pernah merasakan ketakutan tu.

Rasa takut itu biasa tapi fobia yang luar biasa dimana perasaan takut yang berlebihan sehingga dengan memikirkan pun boleh buat anda rasa seram sejuk. 

.

Contoh perasaan takut yang biasa bila anda pernah dicurangi pasangan TAPI bila dah selalu sangat dicurangi pasangan perasaan takut tu boleh berubah jadi fobia sehingga anda takut dengan namanya perkahwinan.

Nak lawan perasaan takut ni mudah sahaja dengan cari tahu apa yang boleh membuatkan anda tak takut.

Kesilapan ramai orang ingat nak lawan perasaan takut ni adalah dengan beranikan diri.

.

Tapi sebenarnya opposite fear bukannya beranikan diri. Berani tu hanyalah action atau tindakan anda sahaja.

So opposite fear yang sebenar adalah CINTA.

Cinta lah yang menyebabkan anda berani, kalau anda takda cinta anda takkan berani untuk melakukan perkara yang anda takut.

.

Cubalah macam mana sekalipun kalau takda perasaan suka dan cinta, takkan mampu anda hadapinya.

Dengan cinta, anda takut macam mana sekalipun pun anda tetap akan buat. Betul tak?

Contoh rumah anda terbakar, dan anda tahu anak anda terperangkap dalam bilik. Oleh kerana anda terlalu sayangkan anak anda, cinta anda sangat kuat pada anak anda, anda sanggup korbankan perasaan takut. 

.

Bayangkan lah nyawa anda dalam bahaya dengan semarak api tu dan anda berisiko untuk mati..

Tetapi kerana cinta anda lebih besar dari ketakutan anda. Itu yang menyebabkan anda berani untuk selamatkan anak anda. .

Dan kematian adalah ketakutan terbesar semua manusia. Setuju? 

Sama juga seperti pasangan, suami anda. Anda takkan boleh nak dapatkan balik cinta suami anda kalau anda penuh dengan trauma, penuh dengan ketakutan-ketakutan dan tidak yakin dengan diri anda.

.

Sebab itu sangat penting langkah pertama untuk anda faham tentang trauma dulu.

Bila dah faham tentang trauma dalam diri baru ke langkah seterusnya iaitu RELEASE.

Tapi nak release trauma ni bukan dengan biasa-biasa je. Tak cukup sekadar “oh, fikir yang baik-baik” TAK..

.

Tak cukup..

.

Perlu di release kan trauma tu, perlu berdamai dengan masa lalu.

Bila trauma dah release baru perasaan suka, sayang, cinta akan datang bersahabat di hati anda dengan sendirinya. 

Baru boleh anda nak jampi hati suami..

UA-139074358-1