“ni semua salah awak”
“apa lagi tak cukup”
“awak ceraikan saya”
Semua kata-kata keramat ni selalu diungkapkan kalau pasangan sedang marah, stress atau penat. Betul tak?
Ramai orang gagal urus emosi bila sedang marah sebab beberapa faktor. Mungkin kerana penat, sedih atau marah yang telah menguasai diri dan fikiran dan wanita lah yang selalu dikaitkan dengan makhluk emosi ni.
Tetapi itu bukan alasan untuk anda sesuka hati melemparkan kata-kata atau bertindak sesuka hati kerana jika anda gagal mengawal api kemarahan itu, maka akan terjadi lah pelbagai perkara buruk yang tidak diingini.
Sebenarnya orang yang gagal mengurus emosi ni adalah orang-orang yang rasa tak selamat. Ramai orang ingat orang yang marah ni adalah orang yang abusive, membahayakan, in control dan jahat.
Tapi secara psikologi mereka sebenarnya ada insecurity dalam diri. Mereka ada sesuatu yang mereka cuba nak lindungi. Tak kira lah anda yang tengah marah atau suami yang tengah marah.
Jadi bagaimana nak mengurus, nak faham dan nak sedar bahawa bila sedang di pengaruhi oleh rasa nak selamat, risau dan resah yang keluar dalam bentuk kemarahan ni. Ramai orang tahu kena urus emosi tetapi ramai orang tak tahu bagaimana nak kawal emosi sakit, terluka dan stress yang sedang menguasai diri ni.
Bila takda ilmu dan kesedaran yang betul nak mengurus emosi ini yang menyebabkan ramai wanita dan lelaki akan terus REACT! Memberi reaksi dengan terus ATTACK! Bergaduh..
Bila bergaduh itu yang dari masalah kecil terus jadi besar. Dari satu masalah bawa ke masalah lain. Dari satu masalah jadi sepuluh masalah. Semua sebab takda ilmu nak mengurus emosi.
Ramai orang buat apa yang mereka rasa nak buat dan bukan apa yang sepatutnya DIBUAT. Contohnya, bila sedang marah, react dengan kemarahan. Salah! Bukan macam tu caranya.
Mungkin anda tak sedar tapi dengan hanya kata-kata dah cukup mencederakan emosi suami anda.
Bila anda cederakan emosi suami itu yang suami tak dapat rasa ketenangan bila bersama anda. Sebab apa? Sebab suami hanya akan melekat dengan isteri yang tenang.
Itu yang bila tak dapat telah mendorong suami mencari ketenangan di tempat lain dengan orang lain. Ada orang react dengan kata-kata. Ada orang react dengan raut wajah yang membatu dan paling menakutkan bila react dengan silent treatment.
Ramai tak sedar silent treatment sebenarnya pencetus pada kemarahan pasangan. Apabila tiada respon, pasangan merasakan anda tidak berminat dan diri mereka tidak penting. Terdapat juga di antara anda memilih untuk membatu kerana tidak mahu membesar-besarkan sesebuah isu.
Ramai yang mengadu cakap penat dengan konflik yang hadir dalam rumahtangga, sampai timbul rasa putus asa. Sabar dulu! Sebenarnya konflik hadir sebab nak beri peluang untuk anda dan pasangan lebih mengenali dengan cara berkomunikasi.
Berbincanglah sebaiknya! Mungkin ada antara anda yang akan ‘cepat sentap’ dan selalunya isteri. Betul tak? Boleh merajuk tapi jangan terlalu kerap atau lama sangat sebab boleh menjadi racun dalam hubungan. Dan bila suami dah pujuk tu cuba belajar rendahkan ego kerana bukan senang ye suami nak rendahkan ego mereka.
Bila sama-sama dah rendahkan ego, ubah cara komunikasi kepada yang lebih sopan supaya masing-masing dapat terima dengan hati yang terbuka dan seterusnya berubah menjadi versi diri yang lebih baik.
Kalau anda NAK DIBANTU..
Izinkan kami bantu anda secara PERCUMA sahaja melalui kelas online.
Klik link di bawah kalau nak tahu next step apa patut anda buat
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved