Terlalu ramai wanita yang mengalami trauma, namun tidak mendapat terapi yang sewajarnya. Ada yang hidup dengan trauma selama bertahun-tahun dalam keadaan yang sangat menyakitkan!
Mereka tak sedar tindakan yang mereka lakukan adalah tanda-tanda mereka sedang dalam trauma. Ada 4 jenis reaksi tanda-tanda bila seseorang itu dalam trauma.
Anda nak tahu apa tanda-tanda trauma yang ramai orang tak tahu?
Anda mesti pernah tengok atau dengar ada wanita yang biasa kena pukul, sepak terajang, maki hamun dan dihina depan orang ramai selalunya akan bertindak membatu dan hanya bersabar sahaja. Sebenarnya itu adalah salah satu tanda orang yang sedang trauma.
Orang yang ada trauma ni sebenarnya adalah orang yang SAKIT. Mereka yang tidak boleh berfikir dengan waras. Sebab apa? Sebab ada sesuatu dalam sistem otak dan badan mereka yang telah melangkaui tahap logik dan rasional sampai mereka tak boleh nak bertindak dengan betul dan sepatutnya. Sebenarnya ada 4 reaksi yang menunjukkan seseorang tu ada trauma..
1. FIGHT
Ada wanita/isteri bila dikejutkan dengan berita suami ada perempuan lain mereka akan bertukar menjadi seorang yang PEMARAH. Asyik nak marah dan mengamuk je padahal sebelum ni okay je, takda apa pun sangat TAPI tiba-tiba tak pasal-pasal pukul anak, tengking suami, mengamuk tak tentu pasal.
Sebenarnya itu adalah tanda anda sedang trauma. Jadi impaknya dari tindakan anda yang melawan ni adalah pertama anda sebenarnya MEMALUKAN diri anda. Kedua suami anda semakin lari dari anda dan mengejar orang ketiga jadi anda akan semakin menjauh dengan suami. Anda nak ke macam tu?
Wanita yang tenang dan gembira ni umpama dadah untuk lelaki. Kalau anda asyik moody dan marah-marah je, jangan kata suami dan anak-anak, silap-silap orang keliling pun takut nak dekat dengan anda. Bila suami tak dapat rasa tenang dengan anda tu yang suami mencari ketenangan di tempat lain dan akhirnya yang masih menderita adalah ANDA.
2. FLY
Selain berubah menjadi monster, MELARIKAN DIRI juga antara tanda-tanda anda sedang trauma. Melarikan diri dengan nak berpisah, mengelak dengan suami dan bawa diri dengan tinggalkan semua hal.
Jadi impaknya anda akan membuat keputusan yang TERBURU-BURU. Anda akan menyesal dengan tindakan yang anda buat. Anda sanggup ke hidup dengan penuh penyesalan sedangkan suami sedang berbahagia dengan orang ketiga?
3. FREEZE
Anda bertindak membatu dengan tak buat apa-apa bila suami ada perempuan lain atau suami berkahwin lain tanpa kerelaan anda. Tindakan kaku sebegini sebenarnya menunjukkan yang wanita itu sedang tak mampu untuk berbuat apa-apa. Nak lari pun tak mampu inikan nak lawan memang tak mampu. Apa yang wanita sebegini hanya mampu lakukan adalah meneruskan hidup.
4. FUCK
Wanita memilih melakukan hubungan intim sama ada bersama pasangan ataupun orang lain ataupun memuaskan nafsu sendiri. Tindakan sebegini berpunca dari perasaan sakit hati, stress atau triggered dengan memori-memori tu yang menyebabkan mereka menjadi seorang wanita yang asyik nak memuaskan nafsu sendiri.
Ramai sebenarnya wanita yang bertindak sebegini bila ada trauma. Sebab tu tak adil sebenarnya untuk anda yang sedang diuji meletakkan kesalahan pada orang ketiga dan tak adil juga sebenarnya untuk menyalahkan suami.
Sebab tu penting sangat untuk anda upgrade ilmu supaya boleh berdamai dengan trauma. Jangan biarkan TRAUMA anda menjadi penyebab suami berpaling arah atau talak dilafaz.
Persoalanya sekarang,
Adakah anda dah bersedia nak berdamai dengan trauma? Atau anda masih nak biarkan trauma mempengaruhi hubungan anda dan suami?
Kalau anda NAK DIBANTU..
Izinkan kami bantu anda secara PERCUMA sahaja melalui kelas online.
Klik link di bawah kalau nak tahu next step apa patut anda buat
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved