AWAS! RAWAT TRAUMA DEMI BAHAGIA

Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2022. Semoga Kau Selamat, Semoga Kau Bahagia, Semoga Kau Disayangi. Saya doakan tahun 2022 ini adalah tahun penuh kebahagiaan buat kita semua, para wanita bidadari syurga insyaallah. Saya rasa teruja diberi peluang untuk berkongsi secebis pengalaman di hari pertama tahun baru, semoga perkongsian ini memberi manfaat dan merintis jalan bahagia buat semua.

Nama saya Lily (bukan nama sebenar) bekerja sebagai seorang jururawat di salah sebuah hospital kerajaan. Saya berusia awal 30-an dan merupakan seorang ibu tunggal. Saya berpisah dengan bekas suami kira-kira setahun yang lalu. Bukan sahaja kerana tiada persefahaman antara kami tetapi rumahtangga kami memang bukan suatu perkara yang baik untuk diperjuang dan dipertahankan. 

Saya dan bekas suami berkahwin pada 2015 yang lalu atas dasar cinta. Bagaimanapun panas yang disangka sampai ke petang, tsunami pula di tengahari. Siapa sangka lelaki yang saya kahwini dan mengharap bahagia sampai akhir hayat rupanya seorang kaki pukul. Pantang ada yang tidak kena pasti lebam-lebam badan ini dipukulnya. 

 

 

 

 

Pada awalnya saya bertahan atas alasan sayang dan saya perlu sabar. Dalam hati kecil saya ini sentiasa berharap dia berubah. Setiap kali kami berbalah dan saya dipukul, setiap kali itu juga saya akan memaafkannya kembali dan kami berbaik semula. Sedangkan kesakitan yang saya alami ketika itu bukan kaleng-kaleng. Bayangkan saya terpaksa menahan penampar lelaki  dewasa, memang amat sakit. Perasaan saya ketika itu jangan cakaplah memang sedih, takut, kecewa dan segala macam perasan lagi bercampur baur. 

Setiap kali solat pasti saya tidak pernah lupa memohon pada Allah supaya keluarga kecil kami ini dikurniakan bahagia sama seperti keluarga-keluarga lain. Namun hari berganti hari dan tahun berganti tahun, tidak banyak yang berubah. Tabiat dia memukul saya itu seperti sudah jadi kebiasaan pula pada dia. Akhirnya saya berjaya kuatkan hati untuk berpisah dengannya dan saya failkan permohonan cerai. 

Walau pada asalnya dia enggan melepaskan tetapi disebabkan perbuatan dia yang mendera mental dan fizikal saya mahkamah memutuskan membenarkan kami bercerai. Syukur Alhamdulillah, itulah kelegaan yang saya nantikan selama bertahun-tahun.Selepas kami bercerai saya amat berharap dapat mencari semula ketenangan dan kebahagiaan hidup dengan anak-anak. Tanpa saya sedari selepas kami bercerai saya pula yang berubah menjadi pemarah, kehidupan jadi bertambah stress dan banyak perkara buruk yang berlaku dalam hidup saya. 

 

 

Allahuakhbar sungguh saya tidak kuat melalui semua ini, saya tidak menyangka trauma akibat menjadi mangsa dera suami ini menyebabkan saya akhirnya berkelakuan sama seperti dia. Sedangkan ketika kami bersama saya begitu bencikan sikapnya, namun kini trauma yang saya lalui menjadikan saya seperti dia.Saya paling kasihan dengan anak-anak kerana meraka sentiasa menjadi mangsa kemarahan saya. Tingkahlaku saya kasar dengan mereka sedangkan sebelum ini saya amat rapat dengan anak-anak. 

Pada suatu hari entah macam mana anak sulung saya meluahkan perasaannya “mama, abang tak suka mama marah-marah, abang kecil hati dengan mama”. Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu, betapa hancur hati seorang ibu apabila anaknya mengadu penuh kesedihan. Satu tamparan yang hebat pada saya supaya tidak terus tenggelam dalam kehidupan yang tidak tenteram dan penuh kemarahan yang tidak pernah selesai. Kesedaran itu yang membawa saya kepada usaha untuk memperbaiki diri. Tidak mengapa saya ibu tunggal dan hidup tanpa suami, namun saya dan anak-anak perlu cari bahagia sendiri.

Ketika itu saya berfikir bagaimana jalan terbaik untuk saya ubah diri saya. Saya cari segala informasi berkaitan trauma, kemurungan, bagaimana mencari bahagia dan sebagainya. Saat ini saya bertemu dengan iklan program Ehati di laman facebook. Saya berpendapat program ini pasti dapat membantu saya berubah. Saya tanamkan azam dalam hati untuk saya baiki kualiti diri agar saya menjadi seorang wanita yang bahagia, penuh kelembutan dan belas kasih terhadap diri sendiri dan anak-anak. Saya mendaftar ke Kelas Kembali Bahagia dengan harapan untuk saya bahagia semula.

 

 

 

 

Kelas tiga hari itu memberikan satu turning point kepada saya untuk benar-benar berubah. Saya ucapkan selamat tinggal kepada Lily yang dahulu dan embrace Lily yang sekarang. Terlalu banyak perubahan yang berlaku selepas saya menyertai Kelas kembali Bahagia. Pertama sekali saya jadi seorang wanita yang amat positif, jika dahulu saya pantang dengar orang mengata saya di belakang pasti perasaan saya jadi berkecamuk dan sentap. Kini selepas saya beri tumpuan pad “self Love” saya tidak lagi mudah terkesan dengan cakap-cakap buruk orang lain.

Saya jadi yakin diri dan begitu positif. Biarlah apa orang nak kata kerana itu bukan masalah saya, biarkan mereka berkata apa sahaja yang penting hati saya tenang dan bahagia.Selepas saya amalkan terapi syukur dan terapi maaf secara konsisten sikap amarah saya dahulu semakin lama semakin menghilang. Sebelum ini kalau saya balik kerja dan rumah kelihatan tidak terurus pasti saya akan melenting dan marahkan anak-anak. 

Kasihan mereka sudahlah seharian saya meninggalkan mereka kerana bekerja, pulang sahaja ke rumah bukan kasih sayang yang mereka dapat sebaliknya dimarah dan dibentak-bentak pula. Maafkan mama anakku. Terima kasih Allah untuk kesedaran ini. Sekarang saya menjadi seorang ibu yang tenang, balik sahaja dari kerja saya akan ambil masa berehat terlebih dahulu, berbual-bual dengan anak-anak sehingga penat lelah bekerja hilang. 

 

 

 

 

Kemudian saya akan mula mengemas bersama anak-anak. Syukur Alhamdulillah perubahan sikap saya menjadi seorang yang lebih tenang dan penyayang semakin mengeratkan ikatan kasih sayang antara saya dengan anak-anak. Mereka jadi amat manja dan mesra, Kedua-dua anak saya gemar berbual dengan saya dan sentiasa berkongsi cerita tentang kehidupan yang mereka lalui setiap hari, dari cerita kawan-kawan di taska,cerita kartun di tv, permainan game dan macam-macam lagi. Terasa damai hati ini mendengar keceriaan suara mereka dan senyuman manis yang menghiasi wajah mereka. Saya bahagia ya Allah.

Selain itu kehidupan seharian saya di tempat kerja juga menjadi bertambah baik. Sewaktu saya berdepan masalah rumahtangga ada waktunya masalah peribadi di rumah saya bawa ke tempat kerja. Mood saya yang sentiasa tak menentu membuatkan saya  sentiasa jadi mangsa kutukan orang dibelakang. Saya selalu marah-marah lepas tu sentiasa sibuk nak jaga hati orang lain sampai melukakan hati sendiri. 

Bagi orang ambil kesempatan pada saya, pendek kata sibuk nak menyenangkan hati orang lain, walau hati sendiri tak gembira. Bagi mengatasi perkara ini saya fokus pada “self love” dan sentiasa ulangi latihan inner journey serta terapi maaf untuk memastikan saya lepaskan segala bebanan perasaan dan perasaan-perasaan negatif yang melukakan hati saya sendiri.

 

 

 

 

 

Semakin lama saya amalkan secara konsisten keyakinan diri saya bertambah dan saya jadi ‘emotionally independent” iaitu kebahagiaan dan ketenangan saya tidak berkaitan dan tidak bergantung kepada cara orang lain melayan saya. Tak sangka perubahan ini menjadikan saya seorang yang periang dan ceria sentiasa tersenyum dan bergurau dengan  rakan-rakan  sehingga saya digelar pak lawak pula di tempat kerja.

Pesan saya cuma satu, sedari setiap tindakan dan perihal diri anda. Ketahui jika anda menghidapi trauma, depresi, anxiety atau sebarang masalah lain, kerana ini penting supaya anda boleh berusaha mencari jalan penyelesaian kepada setiap permasalahan ini. Kuat bertahan dan berpura-pura senyum di hadapan orang lain hanya akan membuatkan anda terus terseksa dan terluka. Tanpa anda sedari juga, diri anda menyebabkan kelukaan pada insan-insan yang anda sayangi di sekeliling anda. 

Mungkin ramai ambil mudah kerana mereka tidak pernah mengalami masalah seperti yang kita alami, tidak mengapa yang penting diri kita sendiri menyedari setiap perkara yang berlaku.Cari ilmu dan cara untuk mengubati diri, upgrade diri kita sendiri, upgrade emosi supaya tidak selamanya meminta-minta untuk dilayan dan disayangi oleh orang lain.

Kebergantungan kepada orang lain hanya akan membuatkan kita terus terluka apabila keinginan kita tidak dipenuhi.Berani untuk berubah menjadi the best version of ourself. Hidup ini terlalu indah untuk dibazirkan dengan kesedihan dan kesakitan. Jika besok ajal menjemput sekurang-kurangnya kita kembali kepada Allah dengan hati, jiwa dan diri yang terpaling luhur, insyaallah. Cari bantuan, saya boleh berubah anda juga pasti boleh. Salam sayang buat semua di tahun baru. Tahun ini tahun terbahagia insyaallah

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1