BAHAGIA DENGAN ILMU.

Assalamualaikum, perkenalkan dahulu nama saya Juwani (bukan nama sebenar). Bertugas sebagai seorang guru dan telah 19 tahun berkahwin dengan suami saya, Muhammad Ariffin (bukan nama sebenar). Bercakap soal ilmu ni sememangnya persekitaran ilmu itu adalah amat tidak asing kepada saya sebagai seorang pendidik. 

Saya rasa anda semua pun sebenarnya amat biasa dengan suasana ilmu dah satu ketika dahulu kita semua pernah amat percaya dengan kata-kata “ilmu suluh hidup” , “tuntutlah ilmu dari dalam buaian sehingga ke liang lahad” dan pelbagai lagi kata-kata hikmat berkaitan ilmu. Namun semakin meningkatnya usia, semakin lama kita meninggalkan bangku sekolah semakin kita lupa akan budaya ilmu.

Kita anggap ilmu itu hanya untuk pelajar-pelajar sahaja dan kita sendiri sekadar menjalani kehidupan seharian berbekalkan ilmu-ilmu yang pernah kita pelajari suatu ketika dahulu. Sedangkan hari-hari mendatang ini kita lalui dengan bersahaja tanpa sebarang fokus dan ilmu yang betul.

 

 

Keadaan itu sebenarnya berlarutan dan menjadi satu kebiasaan yang amat normal bagi kita semua. Kita sangkakan ilmu hanya diperlukan ketika kita belajar supaya kita lulus cemerlang dalam peperiksaan. Bagaimanapun tidak pernah kita terfikir fasa-fasa yang kita lalui dalam hidup ini amat memerlukan ilmu-ilmu yang sesuai dan berkaitan, khususnya alam rumahtangga.

Kita sering menganggap semua orang akan tahu apa yang perlu dilakukan selepas berkahwin. Contohnya “ lama-lama nanti tahulah masak”, “dah beranak nanti pandailah jaga anak” , “nak jaga hati suami tak susah kau pandai jaga perut dia selamatlah nanti”. Ini adalah beberapa programing yang telah disebarluaskan secara turun temurun sejak zaman nenek moyang kita dahulu.

Menyebabkan perkara-perkara ini dijadikan seperti manual book kepada kita semua untuk diikuti, malah tiada satu pun antara kita yang akan mempersoalkan perkara ini sehinggalah kita berdepan krisis dan masalah rumahtangga. Tidak kisah di peringkat permulaan atau sudah mencapai tahap sehingga tidak boleh diselamatkan lagi. Kita masih percaya kepada semua programing ini tanpa usul periksa. Kalau kita ada sedikit kesedaran pun pasti terlalu ramai orang melarang kita membicarakan isu “dalam kain” kerana ini perkara tabu dalam masyarakat.

 

Percayalah, kepentingan ilmu itu sejak dahulu kita pelajari memang amat penting dan setiap perkara berbeza pula ada disiplin ilmu yang berbeza. Sebelum ini saya pun sama macam semua wanita lain, main agak-agak betul salah sahaja kerana seumur hidup saya belum pernah saya dengar berkaitan dengan ilmu perhubungan dan keintiman. 

Ilmu paling penting yang diperlukan oleh semua orang terutama wanita. Saya bersyukur kerana dengan krisis rumahtangga yang saya lalui akhirnya Allah SWT melorongkan saya untuk bertemu bertemu dengan ilmu perhubungan dan keintiman yang akhirnya berjaya membentuk saya menjadi wanita yang lebih bijak dan tahu mengurus diri dengan cara yang betul.

Ilmu ini saya temui di laman facebook Kembali bercinta yang disampaikan oleh Pakar Perhubungan dan Keintiman, Puan Diyana Tahir. Bayangkanlah selama ini sumpah saya tak pernah tahu ada pakar perhubungan dan keintiman. Disinilah turning point kepada perubahan saya, jalan keluar kepada kesakitan dan kemarahan saya. Kalau tiada ilmu ini pasti sehingga sekarang hidup saya masih penuh dengan sangkaan-sangkaan, kesakitan dan kesengsaraan.

 

 

Ceritanya bermula begini, suami saya Abang Ariffin kantoi punya hubungan sulit dengan wanita lain kira-kira setahun yang lalu. Ketika itu hubungan kami memang agak bermasalah apabila banyak perkara-perkara lalu yang berlaku dalam rumahtangga tidak kami selesaikan dengan baik. Jadi kesakitan itu sebenarnya tidak pernah hilang tetapi sekadar diletakkan di satu sudut kehidupan dengan cara kita tidak mengendahkan permasalahan yang berlaku.

Masalah itu tidak pernah selesai. Kesakitan yang cuba untuk dilupakan  ini sebenarnya semakin hari menjadi semakin berbahaya kepada emosi dan kehidupan seolah-olah barah yang semakin merebak dan semakin serius. Impaknya kepada diri saya adalah, saya jadi seorang yang panas baran. 

Pantang ada perkara yang trigger kemarahan saya, maka lahar gunung berapi akan membuak-buaklah keluar. Pada waktu kemarahan memuncak sudah pastilah  sebarang perbincangan atau usaha komunikasi itu hanya sia-sia sahaja. Kemarahan ini sudah jadi kebiasaan pula seolah-olah saya hanya tahu marah sebagai reaksi kepada sebarang krisis yang kami alami.

 

Lebih memburukkan keadaan apabila kisah kecurangan Abang Ariffin ini terbongkar. Kebetulan petang itu hati ini memang rasa semacam, pelbagai sangkaan buruk berlegar-legar di minda ini berkenaan Abang Ariffin sehingga saya curi-curi cek telefon bimbit Abang Ariffin. Berderau darah dan berdebar-debar hati saya ini apabila melihat sangkaan saya itu rupa-rupanya benar.

Saya temui mesej mesra Abang Ariffin dengan skandal barunya. Ketika itu mereka baru sahaja berkenalan. Bagaimanapun hubungan cinta mereka itu nampak serius sehingga mereka merancang untuk berkahwin. Waktu itu saya tak tahu nak buat apa, segalanya dah jadi gelap buat saya. Mula saya fikirkan tergamak suami saya curang dengan saya selepas 19 tahun kami berkahwin dan membina keluarga bersama. Rasa diri ini sangat tidak dihargai.

Hidup makan hati setiap hari membuatkan hubungan kami semakin renggang. Sepanjang tempoh itu saya sering terlihat video perkongsian Puan Diyana Tahir di facebook. Sampai satu hari hati saya terdetik untuk menyertai program yang dianjurkan oleh Puan Diyana di Platform Ehati. Kira-kira sebulan saya bersama dalam Kelas kembali Bercinta di laman facebook saya membuat keputusan untuk menyertai Kelas Kembali Bahagia dengan harga hanya RM30 sepanjang 3 hari. 

 

 

Dipendekkan cerita Kelas kembali Bahagia memang memberikan satu anjakan paradigma dalam cara pemikiran saya. Terlalu banyak ilmu yang dikongsikan oleh Puan Diyana selama tiga hari itu mengubah sama sekali system kepercayaan saya terhadap hubungan perkahwinan yang saya lalui kini. Sebelum ini fokus saya dalam kehidupan yang paling utama adalah suami saya.

Segala yang saya lakukan pasti akan berpaksikan  suami saya, suami akan diutamakan daripada segala perkara dan saya sering memikirkan bagaimana saya ingin meneruskan kehidupan kalau suami saya tidak ada. Perasaan kehilangan itu pasti amat sakit dan saya memang tidak tahu bagaimana untuk mengendalikannya. 

Sehinggalah dalam Kelas kembali Bahagia itu Puan Diyana nyatakan bahawa “ suami kita bukanlah segala-galanya dan bukan milik mutlak kita” membuatkan saya seakan tersedar dari lena yang panjang. Perkara asas yang kita semua sedia maklum bahawa semua yang ada di muka bumi ini hanyalah pinjaman dari Allah SWT. Selain itu juga kita perlu belajar untuk memahami dan menilai bahawa ada perkara lain di dalam kehidupan ini yang penting selain suami. Kita ada anak-anak, kita ada pekerjaan, ada keluarga yang juga menjadi keutamaan kita. Paling penting adalah diri kita sendiri.    

 

Sewaktu dalam kelas kembali Bahagia barulah saya tahu betapa pentingnya untuk saya jaga dan sayang diri saya sendiri. Sebelum ini saya anggap mengutamakan diri sendiri itu adalah satu perbuatan yang dianggap mementingkan diri sendiri dan tidak baik untuk saya lakukan. 

Namun dengan ilmu ini saya punya pandangan berbeza, menyayangi dan mencintai diri sendiri adalah perkara penting untuk dilakukan jika kita ingin bahagia. Kata Puan Diyana “ Jika kita sendiri tidak dapat menyayangi dan menjaga diri kita sendiri dengan sebaik mungkin, bagaimana pula kita hendak berharap pada orang lain untuk menjaga diri kita?.”  Selain dari self love ini ada dua lagi teknik yang memang saya amalkan sehingga sekarang kerana ianya amat berkesan. 

Teknik pertama adalah terapi syukur dan kedua adalah 13 jampi hati suami. Saya pastikan saya amalkan tiga teknik ini secara konsisten Alhamdulillah, perubahan yang amat besar berlaku pada diri saya. Jika dahulu saya tidak begitu mementingkan diri saya dan lebih cenderung untuk fokus kepada semua orang lain kini saya dah jadi orang berbeza.

 

 

Saya fokus pada diri saya terutama pemakanan dan kesihatan, sehingga akhirnya penampilan saya berubah selepas berjaya menurunkan lebih 6 kg berat badan saya. Saya rajin reward diri, saya beli skincare baru yang berkesan bagi memastikan penampilan wajah sentiasa manis, saya beli juga barang-barang seperti baju, kasut dan sebagainya untuk menghargai kerja keras diri saya selama ini. Kesannya perubahan baru saya ini buat saya rasa amat tenang dan gembira. 

 

Paling penting sikap pemarah saya sebelum ini sudah hilang. Saya jadi lebih tenang dalam menangani kemarahan. Bukan maksudnya saya tidak marah tetapi saya berjaya merasionalkan pemikiran saya ketika marah. Saya mampu bertenang dan tidak cari gaduh. Perubahan baik saya ini juga mempengaruhi perubahan baik suami saya. 

Abang Ariffin akhirnya memberitahu saya bahawa dia sudah berpisah dengan wanita itu dan berjanji tidak akan berhubung lagi dengan wanita itu. Syukur ke hadrad Illahi dengan rahmatnya akhirnya orang ketiga dalam hidup kami telah lenyap. Jadi saya fokus kepada hubungan dan komunikasi antara kami. Saya jadi lebih memahami dan bertolak ansur, saya gunakan sepenuhnya teknik jampi hati suami untuk berkomunikasi dengan suami.

Saya ingat pesanan Puan Diyana, suami memang tak suka diarah-arah. Jadi apabila perlukan pertolongan saya akan minta dengan cara yang berbeza, contohnya pada waktu pagi ketika bersiap untuk kerja, saya memang agak kelam-kabut ditambah lagi dengan keadaan sekarang saya memang ada anak kecil. Jadi saya akan minta suami bantu dengan cara yang lembut dan tidak mengarah, saya beritahu dia “ abang saya sangat perlu bantuan abang untuk buatkan susu anak, saya tak sempat nak buat susu sebab nak siapkan anak-anak yang lain ke sekolah”. 

 

 

Alhamdulillah  suami saya takdelah berubah sekelip mata namun esoknya dia berusaha untuk buat. Walaupun perkara yang dia lakukan itu tidak sempurna seperti yang saya lakukan tapi saya terima ketidaksempurnaan suami saya itu dengan hati yang terbuka. Lebih menarik adalah perbuatan yang dimulakan dengan permintaan itu akhirnya menjadi kebiasaan bagi dia. 

Sekarang dia dah tahu nak buat semua perkara tanpa diminta.  Benarlah kata Puan Diyana , jangan cari salah sesiapa kita cuma perlukan ilmu untuk mencari solusi kepada masalah itu sahaja. Syukur Alhamdulillah dengan ilmu yang saya pelajari dalam Kelas Kembali Bahagia ini akhirnya mengubah hidup kami sekeluarga.

Kemarahan dahulu yang sentiasa membuak-buak apabila trigger akhirnya dapat ditenangkan selamanya dengan ilmu. Kalau diikutkan banyak lagi yang ingin saya kongsikan di sini namun cukuplah dahulu untuk kali ini. Semoga perkongsian saya ini akan memberikan sedikit kesedaran kepada para wanita di luar sana akan peri pentingnya ilmu di dalam rumahtangga jika kita mahu rumahtangga kita bahagia dan bekekalan hingga akhir hayat.

   

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1