BANGKITLAH SAYANG, KESAKITAN INI UNTUK KITA MENGENAL DIRI SENDIRI BUKAN HUKUMAN

Masyarakat barat  selalu menyifatkan hubungan perkahwinan ini sebagai “love hate relationship”. Pada saat kita sayang yang teramat sangat ada juga kebencian yang tidak dapat dijelaskan. Segalanya seolah-olah satu misteri hati yang sukar untuk diungkapkan dengan jelas maksud sebenarnya. Sama juga seperti aku, mengharungi saat perkahwinan bersama suamiku sejak 11 tahun yang lalu pelbagai dugaan yang dilalui.  Ada saat-saat manis seperti kita tidak mahu melangkah dari moment indah itu dan juga saat-saat kebencian dimana hati ini begitu terseksa dan sakit dek pelbagai perbuatan suami yang melukakan hati. Sinonim dengan permasalahan keretakan rumahtangga sudah pasti akibat kewujudan orang ketiga, yang menjadi batu penghalang meretakkan hubungan suami isteri. Demikian jugalah dengan rumahtangga kami. Nama aku Siti (bukan nama sebenar) aku dan suami bekerja bersama di syarikat perniagaan milik suami. Pendek kata selama ini perkembangan perniagaan suami turut disumbangkan oleh aku sebagai pembantu kanannya yang menguruskan pelbagai perkara-perkara penting. Bagaimanapun hati ini benar-benar hancur saat aku mengetahui kisah kecurangannya dengan orang ketiga.

Share On Your Social Media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1