BANGKITLAH SAYANG, KESAKITAN INI UNTUK KITA MENGENAL DIRI SENDIRI BUKAN HUKUMAN

Masyarakat barat  selalu menyifatkan hubungan perkahwinan ini sebagai “love hate relationship”. Pada saat kita sayang yang teramat sangat ada juga kebencian yang tidak dapat dijelaskan. Segalanya seolah-olah satu misteri hati yang sukar untuk diungkapkan dengan jelas maksud sebenarnya. 

Sama juga seperti aku, mengharungi saat perkahwinan bersama suamiku sejak 11 tahun yang lalu pelbagai dugaan yang dilalui.  Ada saat-saat manis seperti kita tidak mahu melangkah dari moment indah itu dan juga saat-saat kebencian dimana hati ini begitu terseksa dan sakit dek pelbagai perbuatan suami yang melukakan hati.

Sinonim dengan permasalahan keretakan rumahtangga sudah pasti akibat kewujudan orang ketiga, yang menjadi batu penghalang meretakkan hubungan suami isteri. Demikian jugalah dengan rumahtangga kami. Nama aku Siti (bukan nama sebenar) aku dan suami bekerja bersama di syarikat perniagaan milik suami. Pendek kata selama ini perkembangan perniagaan suami turut disumbangkan oleh aku sebagai pembantu kanannya yang menguruskan pelbagai perkara-perkara penting.

 

 

 

 

 

 

Bagaimanapun hati ini benar-benar hancur saat aku mengetahui kisah kecurangannya dengan orang ketiga.Perasaan ini tidak terbakar, pada waktu aku sedang sibuk menguruskan urusan pejabat dia pula senang-senang keluar dating dengan skandal. Perbuatan yang tidak dapat dimaafkan sama sekali. Apatah lagi memang menjadi pantang larang aku berdepan orang menipu.

Kemarahan aku ketika itu memang tidak ubah seperti gunung berapi yang sedang meledakkan laharnya membuak-buak. Disebabkan tidak ada ilmu pada waktu itu nauzubillah semua orang terkena hamburan kemarahan aku. Bukan setakat suami malah anak-anak juga menanggung nasib yang sama. Waktu nak bergaduh dah tak pandang kiri kanan dah depan anak-anak pun  kami bergaduh, kasihan anak-anak. Kalau nak digambarkan skala kemarahan aku daripada skala 1 hingga 10 kemarahan aku memang 9 hingga 10 setiap waktu. 

Aku memang tak dapat nak tahan langsung perasaan ini. Kemarahan itu bukan sesuatu untuk aku banggakan kerana bersama kemarahan itu hadirnya perasaan sakit tak terperi. Sungguh aku kecewa, aku terluka mengapa suami yang aku cintai tergamak mencurangi aku?. Adakah pengorbanan dan sokongan aku kepadanya selama ini langsung tiada harga. Mengapa dia menduakan aku? Sekiranya aku ada kekurangan dia sewajarnya memberitahu aku dan membimbing aku untuk menjadi lebih baik. Tetapi mengapa dia memilih untuk curang?

 

 

 

 

 

 

 

Sakit ini hanya dibasuh dengan air mata yang sentiasa gugur bagai empangan pecah. Aku hilang fokus, hilang kekuatan untuk meneruskan hidup seperti biasa. Aku seolah-olah hilang arah. Aku benar-benar perlukan pertolongan kerana aku sendiri sudah tidak mampu menampung kesakitan dan kemarahan ini. Kepada siapa hendak aku adukan masalah ini, aku malu untuk menceritakan kepada orang lain perihal rumahtanggaku. 

Buntu dengan segala pilihan tangan ini hanya mampu menaip di google mencari tips penyelesaian kepada masalah yang aku hadapi supaya hatiku kembali tenang. Sesungguhnya kasih sayang Allah itu maha besar, ketika itulah aku bertemu dengan video Ehati dengan tajuk tenang kunci menang. Bait-bait ayat yang dikongsikan Puan Diyana Tahir, Pakar Perhubungan dan keintiman membuatkan serabut di fikiranku ini sedikit sebanyak terungkai. 

Dada yang sesak rasa sedikit lapang, sedikit melegakan. Aku begitu tertarik dengan ilmu yang disampaikan  oleh Puan Diyana. Dari link yang disertakan bersama video itu aku berjaya mengakses promosi Kelas Kembali Bahagia. Mula-mula tengok harga lebih seribu ringgit aku terkejut juga. Bertuahnya , aku kerana aku mendaftar ketika promosi. Hanya RM30 sahaja yuran untuk menyertai kelas selama tiga hari yang dijalankan secara online.

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam kelas Kembali Bahagia aku berjaya mengenalpasti pattern diri aku sendiri dari situ aku mengenali kelebihan dan kekurangan diriku. Kemarahan aku yang membuak-buak ini rupanya kerana hatiku ini penuh dendam malah tidak pernah ada istilah maaf pun dalam hidupku. Sewaktu dalam kelas kembali bahagia kami dibimbing untuk melakukan terapi maaf bagi melahirkan kemaafan yang tulus ikhlas dari hati.

Berbekalkan ilmu yang ada setiap hari aku amalkan terapi maaf. Aku maafkan diriku dan aku maafkan semua orang yang menyakitiku selama ini. Semakin hari aku amalkan terapi maaf ini hatiku semakin tenang dan rasa bahagia mula hadir semula dalam hati. Selain itu setiap malam sebelum tidur aku terlebih dahulu meminta maaf daripada suamiku dan aku juga memaafkan dia seikhlas hati.

Aku sangat terkesan dengan kemampuan aku untuk memaafkan dan meminta maaf. Masih aku ingat dahulu sewaktu sebelum aku belajar ilmu eHati setiap kali ada krisis dalam rumahtangga kami sudah pasti aku lari dari rumah dan pulang ke rumah orang tuaku. Syukur Alhamdulillah selepas perasaan aku jadi tenang aku mampu untuk fokus semula kepada diri aku sendiri di samping kerja-kerja aku yang lain.

 

 

 

 

 

Menurut Puan Diyana masalah rumahtangga lazimnya berlaku disebabkan kita mengabaikan diri kita sendiri. Self love dalam diri kita dah drain. Setiap masa kita sibukkan pelbagai perkara lain, melayan suami, anak-anak, mengurus rumahtangga menyebabkan kita tidak memberi perhatian kepada diri kita sendiri. Kita abaikan waktu rehat kita dengan bertungkus lumus melakukan pelbagai kerja dan sebagainya.

Menyedari kesilapan yang aku lakukan aku mula mengubah cara hidup aku. Aku pastikan diriku terjaga, cukup rehat yang diperlukan, makan minum yang terbaik. Kalau aku berjaya melakukan sebarang task dengan cemerlang aku reward diri aku dengan shopping baju atau handbag kegemaran aku. Ada ketikanya aku bawa bersama anak-anak ke restoran kegemaran mereka untuk makan bersama-sama sambil merapatkan hubungan antara kami. 

Rasa terhutang dengan anak-anak kerana mereka turut terkena tempias apabila aku dan suami sering bergaduh. Syukur Alhamdulillah menjadi seorang yang berilmu benar-benar merubah diriku menjadi versi diriku yang lebih baik.Siti kini bukan lagi seorang naga berapi yang hanya tahu marah, marah, marah sahaja. Hasil panduan ilmu yang ada setiap kali ada perkara yang trigger kemarahan aku, aku sudah boleh mengawal tindakan aku dan bertenang.

 

 

 

 

 

 

 

Selepas jiwaku rasa semakin tenang  fokus aku terhadap kerja dan rumahtangga semakin baik. Tidak lagi timbul masalah aku mengabaikan tanggungjawab kerana tekanan perasaan dan sebagainya. Lebih aku bersyukur adalah suami aku juga sudah mula menunjukkan perubahan baik. Dia juga sudah mula memberi perhatian semula kepada aku, menghargai aku dengan hati yang ikhlas.  Terasa diri ini disayangi sebagai seorang isteri syukur Alhamdulillah.

Selain itu juga hubungan suami dengan orang ketiga telah berakhir. Suami aku membuat keputusan untuk kembali membina rumahtangga kami agar lebih bahagia dan tenang. Aku  being present dengan keadaan ini menyebabkan kehidupan kami menjadi jauh lebih baik. Penerimaan aku terhadap suamiku menjadi semakin baik dan begitu juga sebaliknya. Rahmat Allah itu amat luas selepas keadaan kami semakin baik dan bahagia rezeki perniagaan kami juga semakin melimpah ruah.

Kebaikan demi kebaikan yang berlaku dalam hidup kami menyebabkan aku sedar bahawa sesungguhnya Allah menguji aku dengan setiap perkara yang aku sayang bukan bertujuan untuk menghukumku sebaliknya adalah salah satu asbab untuk Allah menunjukkan kasih sayangnya dan melimpahkan rezekinya kepada aku dan keluargaku. Tanpa dugaan ini pasti aku masih menjadi naga berapi yang tidak tahu rasa manisnya sebuah kesabaran dan kemaafan. Dari situ juga aku lebih mengenali diriku sendiri, buruk baik aku dan bukannya meletakkan kesalahan atas orang lain semata-mata.

 

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1