BELAJAR TERIMA KESALAHAN DAN BELAJAR UNTUK BERUBAH DEMI BAHAGIA BERSAMA
Assalamualaikum dan salam perkenalan buat pembaca di laman Ehati. Mohon izin untuk berkongsi sedikit kisah suka-duka yang aku lalui selama ini buat tatapan kalian. Sebelum bermula lebih lanjut aku perkenalkan terlebih dahulu, nama aku Hara (bukan nama sebenar). Aku kini berusia lewat 30-an. Aku sudah berkahwin selama 10 tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata yang comel dan bijak. Alhamdulillah di awal perkahwinan rumahtangga aku bersama suami, Muhammad Amri (bukan nama sebenar) baik-baik sahaja. Tiada sebarang masalah yang tidak dapat kami harungi dan slesaikan bersama. Alah bias tegal biasa orang kata, sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri kan. Bagaimanapun semakin lama usia perkahwinan kami, aku mula perasan wujud perubahan dalam rumahtangga kami. Apabila aku semakin hari semakin panas baran, pantang ada kesilapan sedikit aku mula melenting sehingga kadang kala kemarahan aku itu melampau. Meskipun aku sedar dengan perubahan diriku namun aku tetap juga begitu, tidak pernah terdetik di hati ini rasa untuk berubah.