BELAJAR TERIMA KESALAHAN DAN BELAJAR UNTUK BERUBAH DEMI BAHAGIA BERSAMA

Assalamualaikum dan salam perkenalan buat pembaca di laman Ehati. Mohon izin untuk berkongsi sedikit kisah suka-duka yang aku lalui selama ini buat tatapan kalian. Sebelum bermula lebih lanjut aku perkenalkan terlebih dahulu, nama aku Hara (bukan nama sebenar). Aku kini berusia lewat 30-an. Aku sudah berkahwin selama 10 tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata yang comel dan bijak. Alhamdulillah di awal perkahwinan rumahtangga aku bersama suami, Muhammad Amri (bukan nama sebenar) baik-baik sahaja. Tiada sebarang masalah yang tidak dapat kami harungi dan slesaikan bersama. Alah bias tegal biasa orang kata, sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri kan. Bagaimanapun semakin lama usia perkahwinan kami, aku  mula perasan wujud perubahan dalam rumahtangga kami. Apabila aku semakin hari semakin panas baran, pantang ada kesilapan sedikit aku mula melenting sehingga kadang kala kemarahan aku itu melampau. Meskipun aku sedar dengan perubahan diriku namun aku tetap juga begitu, tidak pernah terdetik di hati ini rasa untuk berubah.

Share On Your Social Media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1