BELAJAR TERIMA KESALAHAN DAN BELAJAR UNTUK BERUBAH DEMI BAHAGIA BERSAMA

Assalamualaikum dan salam perkenalan buat pembaca di laman Ehati. Mohon izin untuk berkongsi sedikit kisah suka-duka yang aku lalui selama ini buat tatapan kalian. Sebelum bermula lebih lanjut aku perkenalkan terlebih dahulu, nama aku Hara (bukan nama sebenar). Aku kini berusia lewat 30-an. Aku sudah berkahwin selama 10 tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata yang comel dan bijak. Alhamdulillah di awal perkahwinan rumahtangga aku bersama suami, Muhammad Amri (bukan nama sebenar) baik-baik sahaja.

Tiada sebarang masalah yang tidak dapat kami harungi dan slesaikan bersama. Alah bias tegal biasa orang kata, sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri kan. Bagaimanapun semakin lama usia perkahwinan kami, aku  mula perasan wujud perubahan dalam rumahtangga kami. Apabila aku semakin hari semakin panas baran, pantang ada kesilapan sedikit aku mula melenting sehingga kadang kala kemarahan aku itu melampau. Meskipun aku sedar dengan perubahan diriku namun aku tetap juga begitu, tidak pernah terdetik di hati ini rasa untuk berubah.

Perubahan sikap aku juga membawa kepada perubahan sikap suami. Layanan dari suami semakin dingin sehingga komunikasi antara kami tidak lagi berada pada tahap baik. Kami kurang berbual dan berkongsi cerita lagi. Masing-masing seolah-olah meletakkan kesalahan di bahu antara satu sama lain. Aku salahkan suami dan suami aku pula menyalahkan aku. Hubungan yang dingin antara kami ini agak memberi kesan kepada aku sehingga aku rasa diri ini sudah tidak lagi disayangi dan diperlukan.

 

 

Setiap kali kami bertengkar pasti suami aku menyatakan perubahan dirinya adalah disebabkan oleh aku. Aku yang berubah dan aku yang membuatkan dia rasa tawar hati. Hati yang terluka ini aku pendamkan sendiri, aku cuba mencari tips-tips dan nasihat-nasihat dari internet. Ketika itu Allah SWT pertemukan aku dengan dengan video perkongsian Puan Diyana Tahir, Pakar Perhubungan dan Keintiman Ehati. Seingat aku tajuk video itu adalah “tenang Kunci Menang”.

Aku amat tertarik dengan perkongsian Puan Diyana seolah-olah perkara yang diperkatakan itu terkena batang hidung aku sendiri yang setiap waktu MARAH, MARAH,MARAH. Manalah si suami tak meragam sama. Nak dijadikan cerita dalam waktu “perang dingin” aku bersama suami, muncul pula orang ketiga antara kami. Tak tahu nak bagi reaksi macam mana, nak marah ke nak sedih ke. Paling penting perkara ini perlu diselesaikan!.

Aku tidak lagi membuang masa, aku hubungi team Ehati untuk mendapatkan nasihat dan kemudian aku dimasukkan ke dalam Group Kembali Bercinta supaya aku sentiasa berada dalam suasana ilmu yang positif. Lebih menarik ramai wanita-wanita senasib dengan aku yang nekad ingin menimba ilmu, berubah menjadi lebih baik dan mencipta semula bahagia dalam hidup mereka berada dalam group ini. Pelbagai informasi dan tips dikongsi setiap hari, termasuk juga perkongsian testimoni-testimoni alumni Ehati di dalam group ini. Wah !sangat menarik dan memberikan aku inspirasi untuk menjadi wanita penuh cinta dan bahagia. 

 

 

Selama dua bulan berada dalam kelas kembali bercinta aku mendaftar ke Kelas kembali Bahagia yang dijalankan selama tiga hari secara atas talian. Tinggi harapan aku untuk menimba ilmu dan memulakan perubahan seelpas aku membaca sedikit sebanyak deskripsi Kelas kembali Bahagia. Kelas Kembali Bahagia memang amat sesuai untuk orang seperti aku yang “STUCK” dalam masalah yang tidak berkesudahan. Aku jadi buntu tidak tahu apa yang harus aku lakukan untuk memperbaiki hubungan dan juga kehidupan aku. Semua yang aku lakukan tidak berkesan dan segalanya berbalik kepada perkara sama.

Tindakan aku mendaftar ke Kelas Kembali Bahagia memang satu keputusan yang tepat. Tindakan selepas dua bulan mendedahkan diri dengan ilmu-ilmu Ehati juga aku anggap tindakan yang pantas. Biasa dengar kan “Fast Action Fast Result”. Jadi tindakan pantas aku kali ini benar-benar membuahkan hasil yang pantas. Pertama sekali fasa yang aku lalui adalah fasa menerima hakikat dan mengenali diri aku sendiri. 

Mesti korang perasan kan di awal perkongsian aku tadi aku ada sebutkan bahawasanya suami aku mengatakan dia berubah menjadi dingin adalah disebabkan perubahan negatif aku. Waktu tu sumpah aku akui memang berdesing telinga ni, hati ni rasa ngilu menikam kalbu. Minda aku penuh penafian “mana mungkin silap aku! Itu semua alasan dia untuk curang dan menduakan aku!”. Inilah yang dikatakan oleh Puan Diyana sebagai orang tak sedar diri hehehe….. tidak menyedari tindakan sendiri dan sentiasa menyalahkan orang lain.

 

 

Sentiasa menganggap diri sendiri adalah mangsa. Mentaliti “mangsa” ini memang membuatkan banyak hati merana kerana kemarahan, kesedihan dan kekecewaan yang tidak berpenghujung. Perangai kita yang sering MARAH, MARAH, MARAH memang akan membuatkan kita sebagai isteri “menghantar” suami kita kepada orang ketiga. Haaaa inilah kepahitan kenyataan yang perlu ditelan dan diperbetulkan segera.

Aku tidak akan menghuraikan satu per satu pembelajaran kami di dalam Kelas Kembali Bahagia kerana aku bukanlah guru yang layak untuk mengulas satu per satu. Kepada sesiapa yang mempunyai masalah dan rasa diri anda perlukan bantuan bergurulah dengan guru yang sebenar ya.  Cuma ada beberapa teknik yang aku pelajari, amalkan secara konsisten begitu berkesan dalam membantu pemulihan hubungan antara aku dan suami. 

Yang pertama adalah terapi maaf. Terapi maaf ini amat penting untuk kita memaafkan segala kesalahan diri sendiri dan orang lain yang pernah menyakiti kita. Kemaafan yang tulus dari hati akan membantu kita menyingkirkan pemikiran dan perasaan negatif dalam diri kita. Bagaimanapun pelaksanaannya itu bukan mudah, kerana adakalanya kita “self sabotage” diri kita dengan sikap malas dan ambil mudah. Jangan panik dan jangan putus asa ya teruskan berusaha buat latihan dengan konsisten insyaallah perubahan baik akan berlaku. 

 

 

Jangan pernah putus asa kerana perubahan perlukan masa. Sedari setiap tindakan kita dan kemudian “react accordingly” ha macam tu. Selepas dua bulan mengamalkan terapi maaf ni Alhamdulillah perubahan baik mula berlaku, hati aku dah boleh merasai semula ketenangan. Walau ada ketikanya aku culas dalam  membuat latihan namun aku akan teruskan juga latihan selepas itu, aku niat untuk konsisten dan berubah. 

Selepas dua bulan itu juga aku sedari bahawa aku sudah kurang marah-marah. Aku lebih bertoleransi dengan suami dan lebih berlembut dengan diri sendiri. Jika ada perkara yang buat aku ‘trigger’ aku cepat-cepat sedari perkara itu dan ‘switch’ energy negatif aku kepada pemikiran yang positif. Alhamdulillah berkesan.

Teknik kedua yang aku amalkan adalah Jampi Hati Suami. Teknik jampi ini memang amat berkesan kepada aku. Bukan  sekadar bertujuan untuk memenangi hati suami sebenarnya tetapi aku anggap sebagai satu latihan dan mindset untuk aku sentiasa bercakap perkara-perkara kebaikan dengan cara yang baik. Aku didik diri aku untuk berkata perkara yang baik-baik. Aku fikirkan perkara-perkara yang baik-baik juga. Diawal proses aku mengamalkan Jampi Hati ini aku mulakan dengan jampi paling mudah iaitu sentiasa ucapkan terima kasih dan maaf pada suami.

 

 

Aku hargai dia dengan ucapan terima kasih walau untuk sekecil- kecil perkara contohnya “ terima kasih abang balik awal hari ini” berbanding sebelum ini aku memang buat tak tahu sahaja kalau dia balik awal. Kalau dia balik lambat pula bukan main aku soal siasat dia dah macam penjenayah sahaja lagaknya tu. Sikap menghargai pasangan ini juga sebenarnya bukan sahaja memberikan impak positif kepada pasangan kita, tetapi juga sebenarnya meberikan saya satu perasaan positif yang amat membahagiakan. Mudahnya bahagia dengan ilmu kan?.

Terasa rugi selama ini membiarkan diri tanpa ilmu, banyak perkara yang terlepas pandang padahal amat mudah untuk kita amalkan.Jangan malu berubah dan mencuba kearah kebaikan. Hasilnya amat manis untuk dinikmati. Selepas dua bulan dan masuk bulan ketiga suami mula perasan dengan perubahan aku. Paling mengujakan dan amat aku syukuri adalah suami juga mula berubah, selama berbulan-bulan hubungan kami sedingin salju kini segalanya berubah.

Kami mula berkomunikasi semula dan kehangatan hubungan antara kami mula dirasai semula. Syukur Alhamdulillah dengan perubahan yang berlaku. Siapa sangka satu masa dahulu waktu suami sedang mabuk cinta dengan orang ketiga pernah juga terlintas di minda ini untuk kami akhiri sahaja hubungan rumahtangga ini dengan perceraian. Rasa seperti sudah tidak ada lagi peluang untuk bahagia kembali bersama pasangan. Sesungguhnya sabar itu indah, dan Allah akan sentiasa bersama orang yang sabar. 

 

 

Allah lorongkan aku untuk menemui ilmu Ehati dan beramal dengan ilmu ini akhirnya mengubah sedikit demi sedikit keadaan hubungan kami. Suami dah mula bergurau semula dan kadang-kala dia datang peluk aku dari belakang. Perasaan dan kemesraan yang aku rindui setelkah sekian lama. “maafkan aku suamiku atas segala kesukaran yang kita lalui selama ini”.Banyak lagi sebenarnya ilmu yang aku pelajari dan aku usaha amalkan setiap hari tetapi cukuplah setakat ini untuk aku kongsikan bersama kalian.

Semoga perkongsian aku yang serba sederhana ini mampu menjentik hati kalian untuk berusaha mencari bahagia seperti aku. Masih banyak untuk aku usahakan agar kemanisan hubungan kami ini seperti dulu-dulu. Tidak mengapa aku sanggup berusaha selama itu asal hubungan ini dapat aku kekalkan dengan bahagia sehingga ke akhir hayat. Ambil masa masing-masing kerana proses ini mungkin berbeza antara individu.

Bagi aku sendiri aku pastikan aku sentiasa bersama dengan Ehati kerana aku mahukan suasana ilmu itu kekal bersama aku. Supaya ilmu dan semangat itu akan jadi pedoman kepada perubahan aku seterusnya, tidak lupa juga peribadi mentorku Puan Diyana yang penuh aura kebahagiaan dan kebersamaan yang membuatkan aku rasa cukup kuat untuk terus fight mengembalikan bahagia dalam hidup ini. Jom Kembali Bahagia bersama pasangan

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1