BELAJARLAH SAYANG, SESUNGGUHNYA ILMU MENSYUKURI ITU TERLALU INDAH NIKMATNYA

Aku pasti semua orang biasa dengar kata-kata ini “ tuntutlah ilmu dari dalam buaian sehingga ke liang lahad. Menunjukkan peri pentingnya ilmu itu tanpa mengira usia. Sebagai seorang guru pencen sudah pasti kata-kata itu kesematkan di dada sejak dahulu lagi, kerana budaya ilmu itu sudah menjadi budaya rasmi aku. Nak dijadikan cerita pula aku diduga dengan isu poligami. Bayangkanlah selepas 30 tahun berkahwin dan melayari bahtera rumahtangga bersama, suami yang amat aku kasihi dan hormati tergamak berkahwin lain dengan seorang ibu tunggal anak tiga. Isteri mana yang mampu melalui dugaan seberat ini, terasa seolah-olah ada batu besar yang menghempap dada ini. Terasa sakit dan begitu sukar untuk bernafas. Meskipun hati ini rasa begitu terseksa namun apa yang mampu aku lakukan?. Nasi sudah pun menjadi bubur, masakan aku mahu meraung, menangis, merayu untuk mereka berpisah. Kesudahannya kesakitan itu aku pendam sendirian bertemankan air mata dan doa-doa pada Allah semoga diringankan kesakitan hatiku ini. Bagaimanapun hari demi hari sakit ini semakin membarah, tidak pernah sekalipun terasa semakin pulih. Di usia ini aku terpaksa melalui tekanan yang begitu hebat ,sudah pasti kesannya tidak mampu aku kawal dan bendung dengan baik. Sehinggakan semakin lama semakin menyeksa jiwa dan akhirnya doktor mengesahkan aku menghidapi kemurungan yang serius. Bagi mengawal sakit aku, doktor menyediakan perskripsi ubat anti tekanan. 

Share On Your Social Media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1