BELAJARLAH SAYANG, SESUNGGUHNYA ILMU MENSYUKURI ITU TERLALU INDAH NIKMATNYA

Aku pasti semua orang biasa dengar kata-kata ini “ tuntutlah ilmu dari dalam buaian sehingga ke liang lahad. Menunjukkan peri pentingnya ilmu itu tanpa mengira usia. Sebagai seorang guru pencen sudah pasti kata-kata itu kesematkan di dada sejak dahulu lagi, kerana budaya ilmu itu sudah menjadi budaya rasmi aku. Nak dijadikan cerita pula aku diduga dengan isu poligami. 

Bayangkanlah selepas 30 tahun berkahwin dan melayari bahtera rumahtangga bersama, suami yang amat aku kasihi dan hormati tergamak berkahwin lain dengan seorang ibu tunggal anak tiga. Isteri mana yang mampu melalui dugaan seberat ini, terasa seolah-olah ada batu besar yang menghempap dada ini. Terasa sakit dan begitu sukar untuk bernafas.

Meskipun hati ini rasa begitu terseksa namun apa yang mampu aku lakukan?. Nasi sudah pun menjadi bubur, masakan aku mahu meraung, menangis, merayu untuk mereka berpisah. Kesudahannya kesakitan itu aku pendam sendirian bertemankan air mata dan doa-doa pada Allah semoga diringankan kesakitan hatiku ini. Bagaimanapun hari demi hari sakit ini semakin membarah, tidak pernah sekalipun terasa semakin pulih. 

 

 

 

 

 

Di usia ini aku terpaksa melalui tekanan yang begitu hebat ,sudah pasti kesannya tidak mampu aku kawal dan bendung dengan baik. Sehinggakan semakin lama semakin menyeksa jiwa dan akhirnya doktor mengesahkan aku menghidapi kemurungan yang serius. Bagi mengawal sakit aku, doktor menyediakan perskripsi ubat anti tekanan. 

Makan ubat setiap hari memang boleh membantu aku tenang, namun tenang ini adalah tenang yang dipaksakan bukan ketenangan semulajadi. Apa yang pasti penyelesaian ini bukanlah yang terbaik. Terus terang aku katakan bukan aku tidak pernah bertanya suami aku secara berdepan, punca sebenar dia sanggup menduakan aku. Namun tidak pernah sekalipun dijawab, dia hanya diam seribu bahasa.

Aku benar-benar tidak mengerti, fikiran aku berkecamuk dan terlalu banyak sangkaan-sangkaan yang berlegar di minda aku sendiri. Sehingga aku tidak mampu mengawalnya, sumpah aku rasa terlalu sakit. Aku takut kasih sayang yang sudah beralih arah itu akhirnya nanti akan menyebabkan aku dipinggirkan sepenuhnya. Memang benar hati aku sakit namun aku tidak pernah terfikir untuk berpisah dengan suami. Aku terlalu sayangkan keluarga kami. 

 

 

 

 

Aku mahu segalanya kembali seperti sediakala walau aku tahu itu mustahil. Episod penderitaan aku ini seolah-olah tiada penghujung, sehingga akhirnya aku berusaha mencari altenatif penyelesaian masalah aku  di google sehingga sehingga aku akhirnya bertemu dengan video perkongsian Puan Diyana Tahir, Pakar Perhubungan dan keintiman. Begitu menarik perkongsian yang disiarkan, jujur aku kagum kerana tidak pernah terfikir dalam benakku wujud ilmu sedemikian yang diajar di Malaysia.

Bukan aku tidak faham di Malaysia ini cerita hubungan suami isteri adalah cerita yang ‘haram’ diceritakan dan dikongsi secara umum, nanti dikatakan tidak tahu malu pula bercerita hal dalam kain.Bagaimanapun bukan itu yang perlu aku fikirkan sekarang, aku cuma perlu fikirkan apa yang perlu aku buat dengan ilmu itu. Kalau diikutkan hati memanglah malu juga rasanya, umur dah nak mencecah 60-an tetapi berdepan masalah sebegini rupa.

Demi mengembalikan bahagia yang hilang aku nekadkan hati untuk mendaftar kelas Kembali Bahagia. Berdasarkan maklumat awal yang aku terima, kelas ini amat sesuai untuk wanita yang mempunyai masalah seperti aku. Stuck di dalam hubungan dan buntu untuk mencari penyelesaian. Memandangkan kelas ini dijalankan di dalam talian aku berani mencuba, tiada siapa yang akan kenal dan tahu siapa aku. Lagipun aku memang nekad apa salahnya aku belajar walau  aku sudah sedikit berusia, yang penting niat aku suci ingin memperbaiki keharmonian rumahtangga kami. 

 

 

 

 

Selepas menghadiri kelas hari pertama aku begitu kagum dengan pengisiannya, belum pernah aku jumpa perkongsian seperti ini di mana-mana. Kebiasaannya perkongsian akan lebih menjurus kepada penyelesaian aspek spiritual dengan pelbagai ritual agama seperti zikir, solat, doa dan sebagainya. Tapi kali ini memang lain. Aku amat tertarik dengan teknik terapi syukur yang diajarkan Puan Diyana. Terapi syukur ini terasa begitu dekat dihatiku. Ketika perkongsian terapi syukur ini banyak AHA yang aku dapat. Rupa-rupanya syukur yang aku amalkan dan percaya selama ini tidak cukup berkesan dari segi cara menzahir dan membadani rasa syukur itu sendiri.

Aku fokus dengan konsisten mengamalkan terapi syukur, tanpa gagal aku amalkan setiap hari. Tidak perlu hafal doa panjang-panjang, hanya semudah mensyukuri diriku sendiri. Terasa begitu deep rasa syukur di hatiku. Terasa jahilnya diri ini kerana menyangka selama ini diriku sudah cukup berilmu, cukup baik amalan dalam hidup namun masih diuji masalah suami kahwin lain.

Rupa-rupanya setiap amalan ini ada rohnya sendiri, dengan membadani ilmu itu akan membuatkan kita mengecapi kemanisan kesannya. Syukur Alhamdullillah sejak mengamalkan terapi syukur ini dengan sepenuh hati,cara aku berfikir mula berubah. Terapi syukur membuat aku mensyukuri sekecil-kecil perkara dalam kehidupan ini dengan melihatnya sebagai sebesar-besar nikmat dan rezeki kurniaan Allah.

 

 

 

 

 

Tidak pernah aku terfikir selama ini aku perlu mensyukuri tubuh badan yang Allah anugerahkan  dengan penuh rasa keberlimpahan. Terasa jahilnya aku dengan pemahaman dan pandangan aku sebelum ini. Sebelum ini aku sentiasa meminta bahagia, meminta rezeki yang  pelbagai namun aku lupa syukuri diri aku sendiri. Rasa syukur dengan penuh keberlimpahan ini membuatkan aku rasa cukup dengan apa yang aku ada.

Sekaligus mengusir jauh fikiran-fikiran negatif yang berlegar-legar di kepala selama ini. Aku sentiasa terlalu risau memikirkan suamiku berubah seratus peratus selepas dia berkahwin lain, aku risau dia tidak lagi pulang ke rumah kami, aku risau dia abaikan aku dan anak-anak. Sedangkan pada hakikatnya suamiku baik-baik sahaja. Tidak banyak yang berubah walaupun dia sudah beristeri dua.

Semakin hari aku membadani terapi syukur dibantu juga dengan pelbagai teknik lain yang aku pelajari fikiran aku jadi semakin tenang. Tiada lagi fikiran yang berlebih-lebihan. Sehingga akhirnya aku berjaya survive tanpa ubat penenang dari hospital. Ilmu Ehati yang aku amalkan membuatkan  aku semakin berlembut dengan diriku sendiri. Perubahan baik aku membuatkan suami dan anak-anak juga terkena tempiasnya. 

 

 

 

 

 

 

Suami aku walau beristeri dua tetap akan pulang ke rumahku setiap hari. Pulang kerja dia akan ke rumahku untuk makan dan berehat. Kemudian barulah dia menguruskan perkara-perkara lain. Jujur aku katakan suamiku tidaklah seburuk yang aku fikirkan. Kasih sayang dan perhatiannya tetap sama kepada kami anak beranak. Cuma aku yang berfikir perkara negatif dengan keterlaluan. Terima Kasih Allah untuk ilmu ini, keluarga kami bahagia walau aku bermadu. 

Kepada semua wanita di luar sana tidak kira berapa usia anda, sekiranya berpeluang untuk menimba ilmu rumahtangga berusahalah jangan pernah fikir usia satu penghalang, dengan alasan segan orang lain tengok sudah tua tapi masih bermasalah. Biarkan mereka dengan kata-kata mereka, cintai diri kita, sayangi diri kita, upgrade diri kita. Ingat bahagia itu milik kita yang berusaha memilikinya, sekian kisah cinta Acik Zihan aka Cikgu pencen. 

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1