BENARKAH CURANG 100 % SALAH SUAMI?, TEPUK DADA TANYA DIRI

Sejak berkurun lama kisah curang pasangan lazimnya berpunca dari suami yang sibuk nak menikah lain. Tidak kira muda atau tua lelaki ini sama sahaja. Pantang lihat perempuan berdahi licin ada sahaja helah nak berkenalan atau mengorat. Jarang-jarang kita dengar kisah wanita curang kerana hendak berkahwin dengan lelaki lain. Tidak hairanlah lelaki dilabel buaya darat, pantang ada kesempatan ada sahaja mangsanya. 

Kalau lihat kepada krisis rumah tangga sekarang pun kebanyakan isunya adalah kewujudan orang ketiga yang membuatkan pasangan bercerai-berai atau paling tidak rumahtangga porak peranda. Aku kongsikan di sini kisah yang aku alami sendiri bersama suami. Boleh panggil aku Elvina (bukan nama sebenar) dan aku merupakan seorang usahawan wanita yang berjaya. 

Aku sudah enam tahun mendirikan rumahtangga dengan Kyrel (bukan nama sebenar) yang merupakan seorang penjawat awam. Hubungan rumahtangga kami pada dasarnya baik-baik sahaja dan tidak pernah kami perang besar sepanjang bersama. Walau sentiasa ada turun naik dalam hubungan namun kami masih utuh bersama. 





Keadaan berubah mendadak sekitar tahun 2019 yang lalu. Suami aku Kyrel tiba-tiba jadi begitu pendiam. Jarang mahu berkomunikasi dengan aku. Sekiranya ada perkara yang perlu dibincangkan selalunya dia akan membalas sepatah dua kata sahaja. Paling kerap dia akan jawab “ikot u lah”. Perubahan dia agak mendadak dan ketara menyebabkan aku rasa risau dan curiga. Syaitan mana pula yang merasuk suami aku sehingga berubah begitu rupa.

Hati aku jadi cukup risau, jangan-jangan dia ada perempuan lain di belakang aku. Rupa-rupanya sangkaan aku itu benar belaka, suami aku memang punya hubungan dengan perempuan lain malah bercadang untuk berkahwin dengan wanita itu. Tiba-tiba sahaja katanya dia sudah hilang rasa dengan aku, semuanya kosong sahaja. Tiada lagi rasa cinta dan sayang. Ketika ini aku termangu sendiri mengenang semula dimana silapku. 

Bagaimana krisis rumahtangga kami ini hadir bak tsunami yang menyerang tiba-tiba tanpa amaran sekaligus meranapkan rasa cinta dan sayang antara kami. Aku buntu, terkedu dan amat kecewa dengan perkara yang berlaku. Aku rasakan suamiku bersikap amat tidak adil dan kejam kepadaku. Bagaimana dia boleh mencintai perempuan lain selain aku isterinya yang sah dan sentiasa berkorban jiwa raga dalam memastikan kebahagiaan rumahtangga ini. Aku rasa teraniaya dan dikhianati, sumpah rasa sakit yang suamiku berikan ini buat aku rasa tidak mahu hidup lagi.





Aku cuba bertanya kepadanya sebab yang menyebabkan dia tiba-tiba berubah hati menjadi dingin sedemikian rupa. Bukan sekadar mengelak mahu berkomunikasi, malah lama kelamaan kami tidak lagi tidur bersama. Suami aku dah jarang balik rumah, nafkah zahir batin semua dia abaikan. Masyaallah Allah sahaja yang tahu betapa terlukanya aku saat ini. Namun kesakitan dan kelukaan itu tidak dapat menandingi rasa terkejut dan kecewa aku saat mengetahui rupa-rupanya perasaannya mula berubah sedikit demi sedikit sejak lima tahun lalu. 

Katanya aku yang sudah jauh berubah , langsung tidak sama dengan aku yang mula-mula dia kenal dahulu. Perubahan aku itu membuat hatinya rasa semakin tawar, sehingga kekosongan yang dia rasakan itu diisi oleh perempuan lain. Perhubungan suamiku dengan perempuan itu juga sudah di peringkat serius sehingga mereka memutuskan untuk berkahwin malah suamiku berjanji pada perempuan itu untuk berpisah dengan aku sebelum mereka berkahwin. 

Hati aku pedih dan kecewa tidak tahu dimana untuk aku luahkan dan mengadu. Hanya air mata yang menjadi teman setia saban waktu, dengan setiap malam doa ku titip buat Allah agar aku terus diberi kakuatan untuk terus mengharungi cabaran ini dengan baik demi diri sendiri dan anak-anak. Aku google di internet pelbagai cara untuk aku rawat kekecewaan diriku ini dan kembali menikmati sedikit rasa tenang dan bahagia.





Syukur Alhamdulillah berkat doaku itu, Allah swt temukan aku dengan ilmu eHati yang disampaikan oleh Puan Diyana Tahir, Pakar Perhubungan dan Keintiman. Dapat aku rasakan inilah ilmu yang aku perlukan untuk merawat semula diriku selepas menjadi ‘mangsa‘ kecurangan suami dan orang ketiga. Aku mendaftar ke kelas Kembali Bahagia yang dijalankan selama tiga hari. Sungguh aku tidak sangka kelas tiga hari ini membuka dimensi pemikiran baru buat aku, ilmu yang tidak pernah aku ketahui selama ini.

Mana tidaknya segala yang berlaku selama ini aku anggap kesalahan suamiku seratus peratus. Aku adalah insan yang teraniaya dan sama sekali tidak bersalah. Sedangkan perkara sebenar yang berlaku adalah sebaliknya. Kata Puan Diyana, sikap aku yang sebenarnya menghantar suamiku kepada perempuan lain. Daripada latihan dan analisis yang dibuat rupanya sikap ego dan pemarah aku selama ini membuatkan suamiku rasa dirinya begitu kecil dimata aku.

Dia rasa tidak dihargai dan tidak diperlukan apabila sering marah-marah. Pantang ada silap pasti aku melenting berdentum-dentum seolah-olah tidak ada hari esok lagi. Aku  terkesima dengan hakikat sebenar yang perlu aku telan. Rupanya aku juga punya dosa besar dalam krisis yang berlaku. Sungguh aku kesal dengan segala kesilapanku yang aku lakukan kerana kejahilanku selama ini.






Kesedaran yang wujud dalam diriku ini aku gunakan sebagai titik tolak perubahan dalam diriku. Tidak banyak aku memikirkan soal suamiku lagi, bagi aku tidak ada penyelesaian lain kesedihan dan kekecewaan aku ini selain aku merawat dan mengubah diriku menjadi lebih baik. Pada waktu ini aku tidak begitu mengharapkan suami aku pulang ke pangkuan aku lagi, aku berserah pada takdir Allah andai masih ada jodoh antara kami aku syukur, namun jika disini pengakhiran semuanya aku redha. Diriku yang perlu aku jaga dan sayangi. Aku peluk lembut diriku dan lafazkan setiap hari, “Elvina, semoga kau selamat, semoga kau bahagia, semoga kau disayangi”.

Kata-kata ini yang akan aku lafaz saban hari sebelum memulakan hariku dan kemudiannya aku ikuti pula dengan terapi syukur. Aku syukuri diriku setiap hari, syukuri nafasku dan seluruh kehidupanku setiap hari. Keberlimpahan rasa syukur ini membuatkan aku berhenti melihat kepada kekuranganku,aku syukuri sepenuhnya segala anugerah yang Allah berikan setiap hari. 

Terapi syukur ini buat aku tenang, buat jiwa aku rasa cukup dan rasa keberlimpahan dengan semua nikmat yang aku miliku. Alhamdulillah dalam tempoh sebulan aku praktikkan secara konsisten ilmu-ilmu ini hatiku mula rasa tenang, aku tidak lagi marah-marah seperti dahulu.Aku ajari diriku untuk menjadi seorang wanita pencipta dan tidak lagi meminta-minta atau mendambakan cinta, kasih sayang dan perhatian dari orang lain. Dalam kelas Kembali Bahagia aku faham cinta agung yang aku perlukan  adalah cinta pada diriku sendiri. 







Sikap aku jadi berubah dari periang kepada pemarah selama ini adalah disebabkan aku mengabaikan diriku sendiri,aku terlalu mencari kesempurnaan, memenuhi keinginan yang aku bina sendiri dari orang sekelilingku. Bagaimanapun apabila kehendak itu gagal dipenuhi aku mula memberontak, marah-marah dan sebagainya. Syukur Alhamdulillah melalui ilmu ini aku sedari kesilapanku. Aku persiapkan diri aku untuk berubah, aku mahu jadi Elvina yang yang bahagia dan penuh senyuman seperti dahulu.

Perlahan-lahan aku beri sepenuh perhatian pada diriku, saat aku kepenatan dan stress aku manjakan diriku di spa supaya tubuh badan dan minda yang lesu dapat aku segarkan kembali. Fikiranku seharian aku fokus kepada perkara-perkara positif supaya kehidupan harianku lebih bermakna dan bermanfaat. Kini aku sentiasa sedari setiap tindakanku. Andai ada perkara yang membuatkan aku marah, aku sedari keadaan itu dan kemudiannya aku terima dan transformasikan perasaan itu kepada rasa tenang dan sabar. 

Semakin hari diriku yang pemarah itu aku tinggalkan, raut wajahku kembali ceria dan gembira. Kasih sayang yang ada aku kongsikan dengan anak-anak. Tidak terniat di hati ingin memaksa suami kembali kepadaku.Bagaimanapun beberapa bulan selepas aku benar-benar konsisten mengamalkan teknik-teknik yang aku pelajari pelbagai perubahan mula berlaku. Bukan sahaja kepada diriku bahkan turut memberi kesan kepada suamiku.






Kini dia sudah kembali semula ke rumah kami. Tidak lagi ‘hilang’ seperti dahulu. Jika dahulu waktu tidur dia tidak suka disentuh dan kalau aku tersentuh kaki dia pun dia boleh membentak. Kini dia dah pandai nak berkepit sampai aku pula yang rasa rimas. Sebelum ini suami aku memang jenis tidak pernah ambil kisah  berkaitan urusan kerja aku, meskipun kadangkala aku perlu menghadiri meeting bersama client pada waktu malam dia tenang sahaja. Namun sekarang dia sudah pandai cemburu, aku sibuk dengan handphone pada waktu malam pun dia mula membebel.

Terpaksalah aku letak handphone dan bagi perhatian pada anak kecil dalam dirinya yang nak dimanjai tu. Bukan itu sahaja, sebelum ini suami aku memang jarang nak bagi aku apa-apa. Dia kerja kerajaan kan kalau dapat bonus atau kenaikan gaji dia diam sahaja tak pernah pula dia berkongsi dengan aku. 

Cuma dia berubah kebelakangan ini dia buka dia akaun pelaburan emas menggunakan duit dia tetapi menggunakan nama aku. Ini perubahan besar yang aku benar-benar hargai. Walau aku tidak pernah minta namun perubahan besar ini aku anggap hadiah terindah untuk perkahwinan kami. Hasrat hati nak cari ilmu untuk rawat diri siapa tahu akhirnya aku boleh dapat kedua-duanya. Syukur Alhamdulillah untuk keberlimpahan bahagia ini ya Allah.

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1