Benarkah Perpisahan Jalan Terbaik? Adakah ‘PENCERAIAN’ Itu Perkara Mudah?

Tidak ada pun manusia yang jahat sebenarnya.

Toxic people adalah manusia yang sakit. Tidak ada pun manusia yang sakit itu berdosa. TAKDA!

Toxic people adalah orang yang SAKIT yang perlu dibantu. Toxic relationship adalah dua manusia yang sakit dan saling menyakiti.

Kenapa toxic? Sebab masing-masing triggered dengan satu sama lain.

Kami terima banyak luahan hati isteri2 yang mengadu… “saya buntu samada mahu teruskan perkahwinan ni atau nak bercerai saja.”

Baik perempuan mahupun lelaki banyak sebenarnya pasangan yang begitu mudah melafaz perkataan talak ni. Ada yang suami ugut cerai kalau isteri tak izin poligami. Ada pula isteri ugut cerai kalau suami tak tinggalkan orang ketiga. Ada juga yang merasa dah penat dengan hubungan dan sama-sama setuju nak berpisah.

Persoalannya sekarang,

Apa punca yang membuatkan anda ataupun suami berniat nak bercerai?

SAKIT YANG TAK TERTANGGUNG..

Hati anda terluka sebab anda tak dapat apa yang anda nak. Suami juga tak dapat apa yang dia nak. Bila anda tak dapat apa yang anda nak, anda akan MARAH! Betul tak? Dan tanpa anda sedar sebenarnya tindakan tu sama dengan anda menyakiti suami.

Bila suami tak dapat sesuatu dari anda suami juga akan marah TAPI lebih dasyat lagi suami memilih menjauhkan diri dan cari orang ketiga untuk penuhi kehendak mereka. Anda nak ke macam tu?

INI KESILAPAN!

Ramai manusia kat luar sana bila dengar cerita suami kahwin lain, suami curang, suami itu suami ini. MANUSIA MUDAH JUDGE!

Ramai orang suka label;

“ oh, ceraikan jelah laki kau tu tak guna! “

“ ceraikan jelah bini kau tu jahat! “

“ kau orang tu tak sesuai sebenarnya, cerailah! “

Kebanyakan orang senang untuk JUDGE sebab hanya melihat pada permukaan masalah sahaja tapi orang tak tengok atau tak cuba tengok apa sebenarnya akar sebelum terjadinya toxic tu. Bukan ke semua orang kahwin sebab cinta. Anda pilih suami dan kahwin kerana anda cintakan suami dengan niat yang baik TAPI mana hilangnya cinta tu. Mana hilangnya niat baik tu?

Nak tau?

HILANG sebab takda ilmu bagaimana nak memenuhi kehendak masing-masing dengan cara yang betul. 

Masjid yang anda dan suami bina tu baru ‘crack’ sikit je tapi kenapa anda dan suami bertindak sampai nak runtuhkan dengan membina yang baru? Bukan itu caranya. Sebenarnya masalah yang hadir tu sikit je, crack pada masjid tu sebenarnya boleh je settle tanpa perlu runtuhkan dan bina baru pun. 

Anda hanya perlukan ilmu yang betul untuk hadapi konflik tu. Kesilapan ramai pasangan tak melihat berkah disebalik konflik yang hadir. Bagi mereka konflik adalah konflik. SALAH TU! Konflik adalah peluang yang anda dan pasangan kena ambil untuk lebih mengenali satu sama lain.

Bila hati anda sedang terluka, bila konflik sedang berlaku memang confirm mulut tu berat nak cakap TAK BOLEH, TAK IKHLAS. Anda cuba la macam mana sekalipun memaksakan kehendak tapi bila hati masih sakit, anda takkan mampu.

Sebab itu, bila anda beri dengan penuh keikhlasan kasih sayang pada suami sebenarnya itulah diri sejati setiap manusia termasuk anda sebenarnya. 

Apa yang menyebabkan anda susah nak memaafkan, tak boleh nak ikhlas, tak boleh nak beri, tak boleh nak yakin pada diri adalah kerana ada trauma dan kelukaan dalam diri yang perlu dirawat untuk releasekan trauma tu. 

RAWAT HATI!

Bila hati sedang sakit anda takkan mampu nak maafkan suami seikhlas hati sedangkan antara jampi yang sangat lelaki nak adalah mereka nak DIMAAFKAN. 

Persoalanya sekarang,

Siapa nak bahagia? Kalau anda nak bahagia, ANDA yang kena pertahankan mahligai anda!

Kalau anda tak sanggup kehilangan suami dan perkahwinan anda..

Izinkan kami bantu anda secara PERCUMA sahaja melalui kelas online.

Klik link di bawah kalau nak tahu next step apa patut anda buat

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1