Hai Assalamualaikum, terima kasih admin sudi menyiarkan perkongsian kisah suka duka saya hari ini. Sebelum itu, saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Zurya berusia awal 50-an dan bekerja sebagai seorang jururawat di salah sebuah hospital kerajaan. Terus terang saya katakan menjadi seorang jururawat ini tidaklah semudah yang disangkakan.
Terlalu banyak pengorbanan yang dituntut memandangkan komitmen dalam melaksanakan tugas hakiki itu sangat tinggi. Hampir setiap masa sibuk bertugas menguruskan pesakit yang memerlukan. Pengorbanan ini bukan sahaja datang dari diri saya sendiri bahkan daripada keluarga yang amat saya sayangi. Ya mereka juga perlu faham dan berkorban masa yang tidak dapat kami kongsi bersama seperti keluarga-keluarga lain.
Alhamdulillah selepas 29 tahun mendirikan rumahtangga dan anak-anak pun sudah besar panjang, segalanya kami lalui dengan lapang dada dan syukur rumahtangga kami masih berjaya dikekalkan sehingga hari ini. Sebelum bercerita panjang saya nak bagi desclaimer dulu ya, kisah saya ini tiada kaitan sama sekali dengan kisah kecurangan Hanafi dan PPK Raihan hahaha. Berbalik semula kepada kisah saya tadi, suami saya juga begitu memahami terima kasih kerana masih bersama saya dan bersabar menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing dalam melayari bahtera perkahwinan ini.
Bagaimanapun keadaan sedikit sukar dan mencabar dalam kehidupan kami akhir-akhir ini. Hubungan komunikasi kami berada pada keadaan yang amat tidak baik. Pertengkaran sering berlaku walaupun hanya disebabkan oleh perkara-perkara kecil. Sehingga saya merasakan suami saya bersikap melampau, apa sahaja perkara yang saya lakukan seperti tidak kena dimata dia. Paling melukakan hati saya apabila dia selamba sahaja menegur kesilapan saya di hadapan orang lain sehingga membuat saya merasa sangat malu.
Umur saya yang dah hampir pencen ni membuatkan saya lebih mudah terasa. Manakan tidak, kalau hendak menegur sekalipun mengapa perlu di hadapan orang lain, saya kan isterinya yang juga punya maruah diri. Terasa seperti direndah-rendahkan apabila diperlakukan sebegitu rupa, apalah yang orang lain kata di belakang saya, pasti semua orang ingat saya isteri yang looser.
Perbuatan dia membuatkan saya betul-betul rasa sebal, sampai nak tengok muka dia pun saya menyampah. Sebagai seorang isteri sudah pasti saya amat terkesan dengan perubahan diri suami saya, dan instinc saya juga merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Apabila saya berkongsi dengan sahabat di tempat kerja katanya “ suami kalau asyik marah-marah pasti ada something, baik kau siasat”.
Saranan sahabat saya itu benar-benar saya pertimbangkan sebaiknya, sampai bila saya hendak berteka-teki dengan diri sendiri dan bersangka buruk dengan suami. Kalau saya siasat dan tahu perkara sebenar sekurang-kurangnya saya ada bukti dan kepastian. Apabila saya mula menyiasat suami saya, saya check handphone dia, akhirnya saya temui mesej dari seorang wanita. Mesej antara mereka kelihatan mesra siap bersayang-sayang lagi.
Rupa-rupanya benarlah sangkaan saya dan perkara ini jugalah yang menyebabkan dia asyik marah-marah dan cari salah saya sahaja kebelakangan ini. Perubahan dia bukan saya sahaja yang perasan, anak-anak pun pelik tengok kerenah dia. Anak saya kata” ayah ni pelik sikit sekarang, lepas tu selalu sangat takde dekat rumah tak tau pergi mana?”.
Bukan dengan saya sahaja dia meroyan tak tentu pasal dengan anak-anak pun layanannya tak mesra seperti dulu. Kecewa dan sedih memikirkan perkara yang berlaku. Usia kami berdua bukan muda lagi dan kini terpaksa pula berdepan dengan dugaan orang ketiga. Hati saya jadi sangat sakit dan fikiran juga berkecamuk. Sehingga ada waktunya kesedihan dan murung itu terbawa-bawa ke tempat kerja. Apatah lagi apabila perkara kecurangan dia ini saya diamkan sahaja. Saya pendam dengan alasan tidak mahu memalukan dia di hadapan anak-anak dan tidak mahu anak-anak hilang hormat pula pada ayahnya nanti.
Pedih perasaan dicurangi ini memang bukan mudah untuk dirawat dan disembuhkan. Tidak seperti pesakit-pesakit yang saya rawat di hospital. Demam ada ubat dan dosnya, sampai waktu pasti sembuh semula. Sakit kelukaan hati ini pula umpama barah kepada kehidupan, makin dibiar tanpa dirawat makin menyakitkan. Wajah mula kelihatan suram dan kusam, mata bengkak kerana menangis dan hati semakin hari sakitnya semakin parah.
Terdetik juga di hati ini ,” adakah suamiku mencari wanita lain kerana dia tidak bahagia denganku? Adakah kerana aku bukan isteri yang sempurna dan tidak mampu memberikan apa yang suamiku inginkan?”. Pada waktu jiwa saya benar-benar galau Allah temukan saya dengan Ehati ketika saya leka membelek facebook. Video perkongsian berkaitan orang ketiga dari Puan Diyana Tahir, Pakar Perhubungan dan Keintiman benar-benar menyentuh hati saya, tips yang diberikan juga begitu menarik, membuatkan saya ingin mengetahui lebih banyak lagi.
Kebetulan pula pada waktu itu ada promosi untuk Kelas Kembali Bahagia. Kelas dalam talian selama tiga hari dengan harga Cuma RM30 berbaloi untuk saya cuba. Siapa tahu mungkin ilmu yang akan saya peroleh nanti boleh membantu saya menguruskan masalah yang sedang saya hadapi.Hari pertama kelas kami lakukan satu ujian untuk mengenali karektor diri masing-masing. Meneliti kelebihan dan kekurangan diri dengan cara yang ilmiah benar-benar memberikan satu pencerahan buat diri saya berkenaan dengan siapa sebenarnya diri saya.
Mungkin selama ini saya asyik memikirkan kesalahan suami saya yang tiba-tiba berubah hati kerana dia tidak setia dan sanggup bermain kayu tiga dibelakang saya sedangkan saya rasakan saya telah cuba buat yang terbaik sepanjang kami berkahwin. Saya sentiasa mendahulukan suami dan anak-anak kerana saya mahu mereka bahagia.Sehingga selalunya saya ketepikan keperluan dan keinginan diri saya atau dengan kata lain ‘settle for less’ demi membahagiakan mereka.
Pemikiran yang saya tanam dalam diri saya selama ini sebenarnya bukanlah satu pemikiran yang tepat dan sebenarnya menjadi salah satu punca kepada berlakunya permasalah ini. Dalam kelas Kembali Bahagia buat pertama kalinya saya diajar tentang “self Love” dan “self love” ini sebenarnya menjadi tunjang kebahagian seseorang wanita. Macam saya katakan tadi tugas sebagai jururawat memang menuntut saya memberikan komitmen yang sangat tinggi.
Sehingga adakalanya saya tidak cukup rehat dan tidur. Urusan dirumah pula saya lakukan mengikut cara yang saya suka tanpa pernah mengambil kira apa yang diinginkan pasangan. Setiap hari juga saya lakukan rutin yang sama pergi kerja balik kerja, makan minum, cuci baju dan kemas rumah seadanya. Itu sahajalah kehidupan saya, bercuti dan keluar santai bersama keluarga amat jarang kami lakukan.
Baru saya tahu kehidupan sebegitu sebenarnya membuatkan saya jadi penat, jiwa saya jadi kosong. Puncanya adalah kerana saya mengabaikan keperluan diri saya dan fokus kepada kesibukan. Benar bertugas membantu pesakit adalah tugas yang mulia dan baik namun sebagai manusia saya juga tidak sepatutnya mengabaikan diri saya. Saya sewajarnya menjaga diri amanah Allah ini dengan penuh kasih sayang dan syukur.
Tidak ada alasan untuk saya abaikan kerana jika diri kita sendiri tidak menjaga diri kita sebaik mungkin, siapa lagi akan menjaganya?. Rupa-rupanya ‘Self love’ dalam diri ini perlu sentiasa dibajai barulah diri kita dapat merasa bahagia dan tenang, diri yang bahagia, tenang dan penuh cinta adalah diri yang mampu menjadi magnet bahagia dan tenang pada semua orang sekeliling, tidak kira sama ada pasangan, anak-anak, ahli keluarga yang lain, kawan-kawan malah bos ditempat kerja pun boleh jadi berganda-ganda baik tau.
Buktinya saya lakukan sendiri apa yang saya pelajari, saya tolak tepi soal nak percaya atau tidak saya buat tanpa banyak soal, demi kebaikan rumahtangga kami saya berdoa Allah permudahkan. Sekarang perkara pertama yang saya lakukan adalah memastikan diri saya cukup rehat supaya saya bertenaga dan segar. Sekali sekala saya ambil masa untuk merehatkan diri di spa melepaskan segala lelah sepanjang minggu bekerja. Barulah terasa tubuh badan ini segar dan ceria untuk mencuri masa bersama dengan suami dan anak-anak.
Saya tak mahu jadi seperti dahulu, seorang yang sentiasa penat, buat kerja sekadarnya dan terkejar-kejar. Disebabkan penat muka pun dan tak pandai nak senyum dah. Masam mencuka setiap waktu.Rupa-rupanya suami saya tak suka melihat wajah saya yang masam mencuka tu, saya pula tau marah sahaja tak pernah fikir pula apa yang suami inginkan.Kini saya sentiasa ‘being present’ dengan suami dan anak-anak.
Tidak lagi membawa kepenatan dan stress di tempat kerja pulang ke rumah menghadap anak-anak. Siapa sangka perubahan saya dengan fokus kepada self love dan being present ini buat suami saya juga berubah. Selepas saya bajai diri saya dengan ‘Self Love’ dan being present hati saya tenang, wajah semakin berseri dan sentiasa senyum Alhamdulillah. Rasa diri seperti hidup semula.
Hubungan dengan suami pula saya betulkan semula, saya jampi dia dengan memohon maaf atas segala kesilapan saya selama ini, saya ucapkan terima kasih kepada kesabaran dirinya melayani kerenah saya dan anak-anak. Perangai marah-marah dulu saya buang jauh-jauh,saya berusaha untuk berlembut dengan suami bercakap dengan penuh kasih sayang. Tak mengapa kalau ada yang kata saya berpura-pura atau sebagainya kerana saya sedang memperbaiki diri dan hubungan saya dengan suami.
Begitu juga dengan sikap saya yang terlalu berdikari sebelum ini, kalau boleh semua saya lakukan sendiri langsung tidak perlu bantuan suami. Saya fikirkan kalau saya sebagai isteri buat begitu adalah kerana tidak mahu jadi wanita lemah dan terlalu manja sentiasa menyusahkan suami. Rupa-rupanya saya salah, menurut kata Puan Diyana Tahir, lelaki ini secara psikologinya ingin menjadi hero pada isterinya.
Apabila isterinya pula melakukan segalanya sendiri dia merasa dirinya seolah-olah tidak diperlukan dan tidak dihargai. Ini juga adalah antara faktor mereka mula ‘meragam’. Jadi saya ubah, saya sentiasa minta pertolongan dia sekarang “abang boleh tak tolong sayang buat ni? Kalau boleh la kalau tak boleh takpe sayang buat sendiri.” Rupanya dia gembira sangat membantu. Alhamdulillah syukur belajar cara komunikasi hebat ni. Perkara susah jadi begitu mudah.
Bukan itu sahaja, sedihnya kehidupan 29 tahun bersama ni sebanarnya saya tidak kenal suami saya, tak pernah tahu apa yang dia nak dan dia suka. Tidak hairanlah dia selalu marah-marah rupanya dia tidak dapat apa yang dia inginkan. Sekarang semua dah berubah dia dah pandai pesan dan bagitahu dia nak apa contohnya dia bagitahu “ sayang nasi ni nanti panaskan ya, lepas maghrib abang nak makan”. Kalau dulu suka hati saya sahaja nak panaskan bila nak hidangkan makanan bila tak pernah tanya pun suami.
Sedangkan suami tu dah lapar tu. Alahai kasihan suamiku, maafkan sayang kerana tidak berilmu dan tidak tahu apa yang abang inginkan. Perubahan demi perubahan yang baik berlaku selepas menimba ilmu dalam Kelas Kembali Bahagia, suami saya sekarang rajin belikan hadiah tanpa diminta, adakalanya dia belikan baju, beg dan bunga. Walau tak mahal dan bukan besar-besar hadiahnya tapi amat menggembirakan hati saya.
Kalau dahulu dia cuma bagi kad sahaja setiap kali birthday saya, nak bunga pun kena minta. Bila minta dia tanya pula kita “ nak bunga buat apa?” saja nak bunga sebab saya suka bunga” jawab saya. Kalau ada salah faham dan merajuk dia dah pandai pujuk ajak jalan-jalan dan sebagainya. Syukur ya Allah untuk semua rahmat kebaikan ini. Tak sabar rasanya nak explore lagi pelbagai ilmu Ehati. Sangat terinspirasi dengan Puan Diyana dan rakan-rakan lain yang berjaya buat major breakthrough dalam hidup mereka.
Tak sabar nak jadi isteri dambaan suami ni. Pesan saya kepada semua wanita yang membaca perkongsian saya ini adalah cari ilmu yang tepat yang betul supaya kita tahu apa sebenarnya peraturan betul salah dalam hubungan. Tahu ilmu sebenar yang membuatkan kita bahagia tanpa perlu meminta-minta dari orang lain. Ilmu amat penting untuk bahagia, untuk tenang dan rasa amazing dengan hidup kita
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved