Hai Assalamualaikum, terima kasih admin sudi menyiarkan perkongsian kisah suka duka saya hari ini. Sebelum itu, saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Zurya berusia awal 50-an dan bekerja sebagai seorang jururawat di salah sebuah hospital kerajaan. Terus terang saya katakan menjadi seorang jururawat ini tidaklah semudah yang disangkakan. Terlalu banyak pengorbanan yang dituntut memandangkan komitmen dalam melaksanakan tugas hakiki itu sangat tinggi. Hampir setiap masa sibuk bertugas menguruskan pesakit yang memerlukan. Pengorbanan ini bukan sahaja datang dari diri saya sendiri bahkan daripada keluarga yang amat saya sayangi. Ya mereka juga perlu faham dan berkorban masa yang tidak dapat kami kongsi bersama seperti keluarga-keluarga lain. Alhamdulillah selepas 29 tahun mendirikan rumahtangga dan anak-anak pun sudah besar panjang, segalanya kami lalui dengan lapang dada dan syukur rumahtangga kami masih berjaya dikekalkan sehingga hari ini. Sebelum bercerita panjang saya nak bagi desclaimer dulu ya, kisah saya ini tiada kaitan sama sekali dengan kisah kecurangan Hanafi dan PPK Raihan hahaha. Berbalik semula kepada kisah saya tadi, suami saya juga begitu memahami terima kasih kerana masih bersama saya dan bersabar menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing dalam melayari bahtera perkahwinan ini.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved