BENARKAH UNTUK BAHAGIA KITA PERLU KORBANKAN JIWA?

Ini persoalan yang sering bermain di fikiran aku sejak 10 tahun lalu. Sejak aku mula mengenali  suami aku sehingga akhirnya kami selamat disatukan dalam majlis yang serba meriah dua tahun  selepas kami berkenalan.Aku yang pada ketika itu bekerja sebagai seorang wartawan penyiaran  di sebuah agensi berita terkemuka di ibu kota merupakan seorang gadis yang sentiasa ceria dan  penuh bersemangat dalam menjalankan segala tugasanaku sebagai wartawan jenayah ketika itu. 

Segalanya begitu indah dan berjalan lancar buat aku, apatah lagi kerjaya aku pada waktu itu  merupakan kerjaya idaman selepas aku berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda  Komunikasi di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang penyiaran dahulu. Segalanya  berjalan sangat lancar dan terbaik bagi aku, segala yang aku impikan terjadi sebagaimana yang  aku harapkan.  

Keadaan hidup aku mula berubah apabila aku mula mengenali suami aku yang aku namakan di  sini sebagai Iskandar (bukan nama sebenar). Pertemuan aku dengan Iskandar pada awalnya  hanyalah sebagai kenalan biasa memandangkan dia merupakan kawan kepada salah seorang  kenalan aku. Perkenalan kami berjalan biasa kerana bagi aku ketika itu, Iskandar tidaklah begitu  menarik kerana bukan “taste” aku lelaki sepertinya.

Share On Your Social Media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1