BENARKAH UNTUK BAHAGIA KITA PERLU KORBANKAN JIWA?

Ini persoalan yang sering bermain di fikiran aku sejak 10 tahun lalu. Sejak aku mula mengenali  suami aku sehingga akhirnya kami selamat disatukan dalam majlis yang serba meriah dua tahun  selepas kami berkenalan.Aku yang pada ketika itu bekerja sebagai seorang wartawan penyiaran  di sebuah agensi berita terkemuka di ibu kota merupakan seorang gadis yang sentiasa ceria dan  penuh bersemangat dalam menjalankan segala tugasanaku sebagai wartawan jenayah ketika itu. 

Segalanya begitu indah dan berjalan lancar buat aku, apatah lagi kerjaya aku pada waktu itu  merupakan kerjaya idaman selepas aku berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda  Komunikasi di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang penyiaran dahulu. Segalanya  berjalan sangat lancar dan terbaik bagi aku, segala yang aku impikan terjadi sebagaimana yang  aku harapkan.  

Keadaan hidup aku mula berubah apabila aku mula mengenali suami aku yang aku namakan di  sini sebagai Iskandar (bukan nama sebenar). Pertemuan aku dengan Iskandar pada awalnya  hanyalah sebagai kenalan biasa memandangkan dia merupakan kawan kepada salah seorang  kenalan aku. Perkenalan kami berjalan biasa kerana bagi aku ketika itu, Iskandar tidaklah begitu  menarik kerana bukan “taste” aku lelaki sepertinya.

Bagaimanapun personaliti aku yang sentiasa  ceria dan bijak bergaul menyebabkan Iskandar menunjukkan minat untuk mengenali aku dengan  lebih dekat. Niat murninya itu pada awalnya aku tolak secara baik dan jelas bahawa aku cuma  menganggapnya sebagai kawan dan tak lebih dari itu.

Iskandar bagaimanapun kelihatan tidak  berputus asa begitu sahaja sebaliknya terus berusaha memenangi hati aku. Sehingga dia berjaya  membuatkan aku percaya dirinya merupakan seorang lelaki bijak, matang, berkarisma dan  bertanggungjawab. 

Usaha Iskandar ternyata tidak sia-sia sehingga akhirnya kami disatukan dalam satu majlis  pernikahan yang serba meriah. Ya, aku katakana majlis itu cukup sempurna bagi aku kerana  segala yang aku impikan selama ini benar-benar tertunai. Baik dari segi kenduri-kendara,  hantaran, pelamin , persalinan pernikahan semuanya cukup sempurna. Seolah-olah petanda  kebahagiaan adalah milik kami hingga akhir hayat.

Namun panas yang diharap sampai kepetang  rupanya tidak kesampaian. Rumahtangga yang kami bina belum sampai setahun sudahpun  dilanda badai bak laut musim tengkujuh. Ketika awal aku mengenali Iskandar aku sememangnya  sudah sedia maklum dengan statusnya sebagai seorang duda beranak tiga.

Namun pada aku ketika itu, aku terima dengan hati terbuka, apa salahnya berkahwin duda asalkan bukan suami  orang. Itulah falsafah yang aku pegang dan akhirnya berubah menjadi sampah semata-mata.

Pada ketika itu fikiran aku yang naif dan penuh berbaik sangka ini hanya memikirkan soal  keikhlasan kami bersama mendirikan rumah tangga dan aku bersedia menjadi ibu tiri kepada anak anaknya. Aku juga bersedia menerima dan menyayangi anak-anak Iskandar sama seperti anak  aku sendiri.

Perkara ini tidak kekok untuk aku lakukan memandangkan aku anak sulong kepada  lapan beradik. Soal menguruskan rumahtangga dan anak-anak bukanlah perkara yang sukar bagi  aku. Namun perubahan Iskandar semakin ketara hari demi hari apabila kebanyakan waktunya  dihabiskan dengan memegang telefon pintarnya. Melayan whats apps dan pelbagai aplikasi  perbualan yang ada sehingga larut malam sehingga ada kalanya sampai pagi.

Bukan itu sahaja  bahasanya yang dahulu manis dan sentiasa lembut kini berubah kepada nada yang semakin kasar  dan kata-kata caci maki juga kerap keluar dari mulutnya. Apatah lagi apabila aku mula  mempersoal tindakannya yang bergayut dengan telefon pintarnya saban waktu. Pertengkaran  mulut kami berlarutan, hubungan yang dahulunya penuh kasih sayang kini semakin dingin dan  penuh kelukaan. 

Luka kerana perubahan diri Iskandar ibarat ditambah lagi dengan luka baru apabila aku  mengetahui Iskandar sebenarnya masih berhubung rapat dengan bekas isterinya. Apabila aku  persoalkan hubungan mereka, alasan yang sama diberikan iaitu mereka berbincang soal anak anak. Iya aku faham soal anak-anak memang sentiasa perlu diberi perhatian bersama namun ada  kalanya tindakan mereka berdua keterlaluan.

Sebagai seorang isteri pastilah aku sangat kecewa  dan ego aku tercalar dengan perbuatannya dan menyebabkan aku rasa sangat dikhianati. Drama  orang ketiga bersama bekas isterinya ini tidak berakhir disitu, atas rasa tidak selamat “insecure”  sudah tentu aku dengan bijak dan cekap menjadi detektif menyelongkar dan mencari segala bukti  hubungan mereka lebih dari sekadar soal anak-anak. Sangkaan aku memang benar, bukan  setakat soal anak malah soal kasih sayang dan cinta lama, janji-janji lama antara mereka seolah olah tiada penghujungnya. 

Krisis rumahtangga kami menjadi semakin buruk dari masa ke semasa, pertengkaran pergaduhan  sudah menjadi rutin harian. Malah lebih memburukkan keadaan Iskandar mula naik tangan. Ya  pernah sekali dia memukul aku sehingga muka aku penuh kesan darah. Ketika kami bergaduh  Iskandar seolah-olah hilang akal dan memukul aku bertubi-tubi tanpa rasa belas kasihan. Ya aku  faham dia marah kerana aku sering melawan dan menyanggah kata-katanya. Tetapi tidak adakah  sedikit belas kasihan dihatinya melihat darah aku menitis ke bumi saat dia memukul aku. 

Kehidupan kami memang tidak sama dengan pasangan lain lagi, kebanyakkan waktu kami hanya  bertengkar dan bertumbuk, ya bertumbuk. Akibat tidak tahan dipukul dan tak mampu melawan  kerana tubuh aku yang kecik molek berbanding Iskandar aku akhirnya bertindak mencapai pisau  pemotong daging,pedang samurai atau apa sahaja yang boleh aku capai ketika itu dan aku  letakkan ke lehernya setiap waktu kami  bergaduh. Akibat kehadiran orang ketiga rumahtangga yang kuharap ibarat syurga untuk aku  benar-benar bertukar menjadi neraka.  

Isu orang ketiga antara aku dan Iskandar memang tiada penghujung. Semakin lama kami  berkahwin semakin ramai orang ketiga yang muncul. Bekas isteri Iskandar, bekas teman wanita,  bekas skandal, anak-anak serta ibunya juga mula menjadi orang ketiga antara kami. Sejujurnya  aku katakan diri aku yang dahulunya ceria dan gembira kini hanya dipenuhi kemarahan,  kekecewaan, dendam dan naluri aku yang memberontak saban waktu.

Ada ketikanya aku  menagis teresak-esak, meraung melepaskan beban perasaan aku yang terlalu berat untuk  ditanggung, tidak keterlaluan jika aku katakan kesakitan aku ketika itu mungkin lebih sakit dari  mati. Aku mula mempersoalkan keadilan tuhan, mempertikaikan apa dosa aku sehingga aku  terpaksa melalui pembalasan sebegitu rupa.

Hanya Allah yang maha mengetahui kekecewaan  aku ketika itu. Ajaibnya disebalik segala kesakitan dan kekecewaan yang maha hebat aku masih  mahu dan mampu bertahan. Dengan alasan aku sanggup berkorban demi bahagia suatu hari  nanti. Ya bahagia yang aku sendiri tidak pasti wujud atau tidak. 

Episod penderitaan aku ini turut aku kongsikan kepada rakan-rakan sehingga pada suatu hari  salah seorang rakan sekerjaku memperkenalkan aku dengan program online Kembali Bahagia.  Tanpa membuang masa aku terus cari di Facebook dan mula mengikuti kelas-kelas yang  disediakan.

Saban hari aku semakin teruja untuk mencari lebih banyak ilmu berkaitan  rumahtangga dan hubungan suami isteri. Ketika itu Allah sahaja yang tahun betapa aku rasa  beruntung untuk bersama-sama menyertai kelas yang menemukan aku dengan ramai wanita  yang juga punya masalah rumahtangga sepertiku dan harapan aku untuk kembali bahagia  bersama Iskandar kembali bersinar.

Syukur Ya Allah untuk segala rezeki ilmu yang engkau  berikan. Sepanjang kelas berlangsung baru aku sedari sebenarnya terlalu banyak program program salah berkaitan hubungan yang telah tertanam di dalam minda dan diri kita sejak sekian  lama dan terlalu banyak ilmu untuk mengenali, menyintai dan menghargai pasangan yang kita  tidak pernah tahu selama ini.

Program Kembali Bahagia benar-benar mengajar aku untuk hidup semula, kenapa aku katakan  begitu? Dalam kelas kami diajar tentang “Self Love” sayang diri, cintai diri sendiri sebelum  menyayangi dan menyintai orang lain. Aku paling terkesan dengan kata-kata guru aku “lihat ke  dalam cermin dan renung sedalamnya”, sudah berapa lama aku tidak benar-benar melihat  wajahku ini, kurenungi mataku dengan dalam dan setiap pelusuk wajahku dan aku sedari bahawa  terlalu lama aku telah mengabaikan diriku, meninggalkan diriku, membiarkan diriku tidak  disayangi.

Allah khilafnya aku dalam menjaga diri aku sendiri, sedangkan saban hari aku sentiasa  menyalahkan Iskandar kerana tidak menyayangi aku, tidak menyintai aku, tidak menghargai aku.  Sedangkan hakikatnya aku sendiri gagal menjaga diriku sebaik mungkin. Selepas komited  menimba pelbagai ilmu yang diajar hubungan rumahtangga kami sedikit tenang, tidak lagi  bergolak sehebat dahulu. Iskandar juga semakin berlembut. Tidak kurang juga dia memuji aku  yang kini semakin tenang dan lemah lembut berbanding dahulu.  

Sejak 2019 proses pembelajaran aku bersama eHati tak pernah berhenti. Hubungan aku dengan  Iskandar juga tidaklah terus jadi sempurna masih bergolak kadangkala mungkin juga kerana kami  terlalu lama menyakiti antara satu sama lain, terlalu lama juga cuba mengubah pasangan menjadi  yang kami inginkan.

Aku mengambil kesempatan dalam kelas Kembali Bercinta untuk aku  memberi lebih perhatian kepada diriku sendiri. Sesungguhnya aku akui terlalu banyak yang perlu  aku ubah dalam diriku untuk menjadi seorang wanita yang lebih baik sebelum menjadi isteri yang  terbaik.

Selepas satu tempoh masa pelbagai perubahan dapat aku rasakan dan lihat sendiri. Jika  dahulu saban hari aku dipenuhi dengan segala perkara negative, memikirkan kecurangan  Iskandar dahulu, aku memberi tekanan kepada diriku sendiri sehingga berat badanku naik  mendadak daripada 58kg kepada 71kg. Rupa yang dahulu kecil molek kini hilang entah kemana. 

Program Kembali Bahagia ini aku anggap sebagai medan perubahan terbaik aku dimana ramai  wanita-wanita sepertiku yang semakin positif setiap hari sentiasa memberikan galakkan antara  satu sama lain. Kami akhirnya jadi lebih positif dan sentiasa “being present”. Sokongan daripada  kumpulan wanita di dalam program Kembali Bahagia ini benar-benar meletakkan kami ke  landasan hubungan yang betul . Kami jadi positif,masing-masing berlumba-lumba 

menambahbaik diri. Hasilnya, Alhamdulillah aku berjaya menurunkan berat kepada 58kg kini.  Hubungan dengan komunikasi aku dan Iskandar juga semakin manis. Kasih sayang & cinta yang  hilang akibat kecurangan Iskandar dahulu kini dapat dikembalikan sedikit demi sedikit. Aku yakin  bahagia sebenar milik kami suatu hari nanti.

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1