BERUNTUNGKAH JADI MAKCIK PETIR ATAU SEKADAR MENAMBAH LUKA HATI SENDIRI?
Wanita ni memang tak akan lari dari sifat cemburu. Hati wanita kan lembut sentiasa nak dimanjai dan diberi perhatian, pokok pangkalnya sudah tentu tidak mahu berkongsi dengan orang lain.Kalau tengok dia jaga suami tak ubah macam gambar-gambar singa dalam video tiktok sekarang ni. Aku cakap ni bukan aku nak mengata wanita lain, tapi itulah aku sebelum ini. Pantang ada silap atau tak kena di hati aku, sah sah aku akan selidik siasat mengalahkan polis pencen handphone suami aku. Waktu tu aku rasa sikap protective aku tu adalah demi menjaga keutuhan rumahtangga kami dari diganggu wanita-wanita lain di luar sana. Sedangkan tanpa aku sedari sebenarnya tindakan aku itu menjadi faktor suami lebih gemar mencari wanita lain. Teringat pesanan mentor kesayangan dalam kelas “kau tak sedar sebenarnya kau yang hantar laki kau pada perempuan lain”. Tersentap mendengar kata-kata itu, tetapi tanpa ilmu memang kita tak tahu dan takkan pernah faham, yang kita tahu hanyalah ‘play victim’. Memanjanglah jadi mangsa kononnya semua disebabkan salah orang lain, diri sendiri dirasakan begitu suci dari sebarang dosa!.