Wanita ni memang tak akan lari dari sifat cemburu. Hati wanita kan lembut sentiasa nak dimanjai dan diberi perhatian, pokok pangkalnya sudah tentu tidak mahu berkongsi dengan orang lain.Kalau tengok dia jaga suami tak ubah macam gambar-gambar singa dalam video tiktok sekarang ni.
Aku cakap ni bukan aku nak mengata wanita lain, tapi itulah aku sebelum ini. Pantang ada silap atau tak kena di hati aku, sah sah aku akan selidik siasat mengalahkan polis pencen handphone suami aku. Waktu tu aku rasa sikap protective aku tu adalah demi menjaga keutuhan rumahtangga kami dari diganggu wanita-wanita lain di luar sana.
Sedangkan tanpa aku sedari sebenarnya tindakan aku itu menjadi faktor suami lebih gemar mencari wanita lain. Teringat pesanan mentor kesayangan dalam kelas “kau tak sedar sebenarnya kau yang hantar laki kau pada perempuan lain”. Tersentap mendengar kata-kata itu, tetapi tanpa ilmu memang kita tak tahu dan takkan pernah faham, yang kita tahu hanyalah ‘play victim’. Memanjanglah jadi mangsa kononnya semua disebabkan salah orang lain, diri sendiri dirasakan begitu suci dari sebarang dosa!.
Lupa nak kenalkan diri nama aku Aina (bukan nama sebenar), berusia 40-an dan sudah berumahtangga kali kedua bersama suami tercinta sejak 14 tahun yang lalu. Berbanding perkahwinan pertama, jauh di sudut hati ini terasa begitu bersyukur dengan jodoh kedua yang Allah berikan mampu bertahan sehingga hari ini. Tapi itulah bercakap soal rumahtangga ini pasti ada sahaja dugaannya.
Suami aku Helmi (bukan nama sebenar) ni pun dah dua kali kantoi curang dengan wanita lain. Reaksi aku? Jangan tanya lah kali pertama tu memang aku mengamuk level halilintar membelah bumi lah. Tak dapat nak menahan sabar atau memujuk hati. Kalau siapa yang pernah merasa kahwin dan bercerai macam aku ni dulu mesti korang faham perasaan aku.
Sakit, takut, kecewa dan segala mak nenek perasaan negatif tu menguasai diri. Sumpah kemarahan aku tu memang buat aku rasa nak meletup. Itu sewaktu kejadian, tak masuk lagi fasa pasca kejadian kan. Selepas pasangan curang sudah pastilah keadaan takkan sama seperti sebelum kejadian. Hubungan jadi semakin dingin sebab sakit hati tu bukan mudah nak disembuhkan. Lagi satu isu kepercayaan, Sudah tentu aku jadi tak percaya dan paranoid dengan semua benda. Mulalah perangai aku sentiasa nak cek handphone dia tiap waktu, selalu call dan cek dia kat mana, pendek kata memang macam ‘under surveilance’ laki aku tu. Memang pasti dia rimas nauzubillah dengan perangai aku.
Tapi aku pun tak mampu nak kawal babe, takut dia bukan main-main.Setiap perkara yang berlaku pasti ada cause and consequences kan, samalah juga dengan hubungan aku ni. Selepas kejadian tu memang kami kurang mesra, sampai aku jadi tak tahu punca kenapa hubungan kami semakin menjauh. Apabila hubungan rumahtangga bermasalah fokus kita terhadap perkara lain pasti lah kelaut kan.
Aku tak dapat nak fokus perniagaan aku, dengan kerja hakiki lagi, melayan anak-anak pun aku buat separuh hati. Sehinggakan pada suatu hari aku rasa aku tak boleh berterusan begini, hati jadi tak tenang dan hidup aku macam tiada kualiti. Ada keluarga tapi tak gembira, ada suami tapi tak bahagia, hati tak tenang, fikiran sentiasa melayang memikirkan segala macam keburukan yang belum berlaku pun lagi. Aku google tips-tips untuk mengembalikan ketenangan dan bahagia.
Sehingga aku terjumpa promosi kelas Kembali Bahagia. Namanya sahaja dah menarik perhatian aku, dan itulah yang aku mahukan sebenarnya. Aku daftar tanpa banyak fikir untuk memberi peluang kepada diri aku untuk berubah dan mengubah rumahtangga kami jadi lebih baik. Syukur Allah gerakkan hati aku untuk mencari penyelesaian, siapa tahu ini asbab kepada kebahagian semula keluarga kami. Kelas tiga hari itu memang amat bermanfaat, terutama sekali kepada diri aku sendiri. Selama ini tanpa ilmu aku rasa hidup aku betul dan bagus.
Cara aku mengendali masalah, cara aku berkomunikasi dan menyesesaikan masalah aku rasa dah terbaik. Sebenarnya aku salah, terlalu banyak perkara yang aku tidak pernah tahu.Ilmu paling penting yang aku sematkan dalam-dalam di dada adalah ilmu self love. Rupa-rupanya aku terlalu memberi fokus kepada suami aku dan meletakkan tanggungjawab membahagiakan diri aku dan keluarga terletak pada suami aku semata-mata.
Apabila suami buat silap atau tidak boleh beri perkara yang aku inginkan aku jadi kecewa, merajuk, tunjuk perasaan dan sebagainya. Dari sini dua kesilapan besar yang aku lakukan. Pertama kerana aku tidak mencintai dan menyayangi diri aku sendiri dan juga tidak memberi perhatian kepada diriku sendiri menyebabkan “bekas cinta dan kasih sayang” aku kosong, sehingga aku rasa tiada hati untuk menyayangi lagi. Diri aku sendiri terabai kerana aku terlalu memberi fokus kepada perkara lain khususnya suami aku.
Aku peluk lembut diriku sendiri dan aku berjanji aku tidak akan mengabaikannya lagi, aku akan lebih memberi perhatian, menyanyangi dan mencintai diriku tanpa berbelah bahagi selepas ini. Keduanya adalah sikap aku yang terlalu menjadi ‘si peminta-minta’. Aku harapkan suamiku membahagiakanku, harapkan dia melayaniku dengan cara yang aku inginkan. Namun apabila aku tak dapat perkara yang aku inginkan aku mula mengamuk, meragam dan buat perangai. Lebih malang apabila aku tidak pernah memberitahu suamiku berkenaan dengan layanan yang aku suka dan inginkan. Aku sentiasa harapkan dia jadi manusia terbijak atau ahli nujum yang mampu meneka sendiri kehendak aku.Kasihan suamiku.
Tapi tak mengapa. Aku percaya, kehadiran aku menuntut ilmu dalam kelas Kembali Bercinta ini merupakan satu anjakan paradigma kepada diri aku serta hidup aku secara keseluruhannya. Aku ubah diri aku, aku jaga diri aku supaya cantik, bagi masa untuk aku berehat dan bertenang betul-betul tanpa memikirkan perkara lain. Paling penting aku maafkan segala kesalahan aku dan suami aku selama ini.
Aku redhakan semuanya dan lepaskan semua yang terbuku di hati dengan ikhlas. Ketika ini aku dapat rasakan damai di hati ini kembali semula selepas sekian lama hilang kerana pelbagai sangkaan buruk pada suami dan diri sendiri. Nak dijadikan cerita rumahtangga kami diuji sekali lagi. Suamiku Helmi kantoi curang sekali lagi dengan seorang wanita yang jauh lebih muda daripadaku.
Cuma kali ini reaksiku sama sekali berbeza, aku tidak lagi jadi makcik petir seperti biasa. Aku terima dengan tenang dan berkomunikasi dengan suamiku dengan tenang. Aku tanya pada dia ‘awak dengan dia ni ke?’ Aku bincang baik-baik sehingga dia mengalir air mata melihat penerimaanku kali ini. Aku nyatakan aku maafkan kesalahan dia dengan ikhlas dan pesan padanya kalau ada masalah atau rasa bosan dan sebagainya bagitahu aku supaya kami sama-sama boleh betulkan masalah kami.
Benarlah kuasa self love dan maaf ini begitu besar ,selepas aku amalkan semuanya kehidupan aku mula berubah. Aku lepaskan semua kerisauan aku, aku berhenti cek telefon suami aku, berhenti update lokasi dia berada.Tidak lagi masam mencuka dan marah-marah. Segalanya tenang dan lebih baik. Perniagaan aku semakin maju sekarang sejak aku lapangkan hatiku dan fokus energy aku pada perniagaan.
Suami aku pula dah tak lagi main sorok-sorok handphone, password pun dah tak rahsia lagi. Dia pun dah semakin berlembut dan melayan saya dengan penuh kasih sayang. Hubungan kami yang dingin dahulu kembali hangat semula, syukur Alhamdulillah. Baru-baru ini aku dapat seutas gelang emas untuk hadiah harijadi dan seutas gelas emas lagi sempena hari ulangtahun perkahwinan kami.
Gembiranya hati tak terkata, rasa begitu dihargai dan disayangi oleh suami. Aku sendiri tak sangka perkara seperti ini akan berlaku kerana selama ini kebanyakkan waktu kami asyik bertengkar dan bermasam muka. Apabila dapat merasai bahagia rasa happy sangat tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Sekarang suami pun rajin bantu perniagaan aku sampai sanggup offer diri pergi COD.
Aku pun bagi hadiah juga kepada suami sebagai menghargai dia menjadi suami yang penuh kasih sayang. Aku hadiahkan dia sebuah superbike memandangkan dia memang peminat superbike dan selalu keluar ride dengan kawan-kawan dia. Ajaibnya tak payah minta dia update lokasi dia sendiri dengan rela hati hantar report pada aku hahah. Kalau aku tahu ada kelas Kembali Bahagia ni dari awal aku dah join. Buat apa aku nk menderita makan hati bersaing dengan “husna’ tu semua, kan bagus hidup bahagia dan manja-manja macam sekarang.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved