BIODATA

Diyana Tahir - Coach, Speaker, Author

Diyana Tahir

Diyana Tahir merupakan nama yang tidak asing lagi dengan penghasilan video yang kreatif dengan impak audio dan visual untuk kempen pemasaran dan inspirasi. Kini beliau telah mengorak melangkah lebih jauh dengan menciptakan konsep terapi hati yang menggabungkan element multimedia, NLP dan Hipnoterapi yang dikenali sebagai Teknologi eHati.

Melalui pendekatan sains psikoterapi yang holistik dengan impak multimedia, beliau telah memperkenalkan Terapi eHati melalui beberapa siri terapi yang sangat bersistem dan santai seperti Terapi Kuasai Fikiran & Perasaan, Terapi SelfLove, Terapi Maaf dan Terapi Syukur.

Malah ramai yang telah mengalami kesan positif dalam kehidupan mereka secara drastik setelah menghadiri program Terapi eHati dan mengamalkan teknik dan ilmu yang dikongsikan.

Sehingga kini, beliau telah melatih lebih daripada 400 orang secara professional melalui beberapa siri program Terapi eHati secara berkumpulan di seluruh Negara mulai September 2013 seperti :

  • Intensif Terapi eHati, Transformasi Hati Pemulihan Jiwa (iEH)
  • Rahsia Keajaiban Hati, Akses Hati Jana Kebahagiaan (RKH)
  • Rakan Transformasi Hati

Walaupun latarbelakang akademik beliau adalah di dalam bidang Juru Ukur Bangunan, tetapi beliau memilih bidang yang diminati iaitu kreatif dan psikologi sejak 7 tahun yang lepas.

Walaupun awal penglibatan beliau dalam bidang terapi psikologi hanya sebagai inspirasi kehidupan dan minat yang mendalam untuk membangunkan diri, beliau telah menjadi idola kepada ramai golongan wanita berkerjaya, para usahawan dan juga suami isteri.

Berbekalkan kepakaran beliau dalam bidang penghasilan video secara kreatif dan juga sebagai Pakar Terapi maka terciptalah Teknologi eHati yang menggabungkan elemen penyembuhan secara holistik menggunakan impak audio visual.

Beliau yang bergerak di bawah syarikat Aras Design & Multimedia Centre telah menghasilkan banyak video inspirasi secara percuma di youtube dan telah mempunyai ribuan peminat melalui medium internet.

Bagi memenuhi keperluan masyarakat di Malaysia kepada kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna, beliau juga telah menghasilkan beberapa siri CD Audio Terapi di bawah syarikat Heartworks Centre seperti: Terapi Kuasai Fikiran & Perasaan,Terapi Jiwa Sabar dan Terapi Syukur.

Sememangnya Diyana Tahir merupakan orang yang layak untuk anda rujuk bagi transformasi hati dan menjana kebahagiaan yang anda cari.

Untuk pertanyaan & jemputan :

Sila hubungi Pn. Zaama Boss di talian +6 012 5266769 (Pengurus Perhubungan Awam)

“Saya menanam perasaan yang positif di hati untuk mengalami sebuah transformasi di level hati. Memiliki hati yang baru. Hati yang penuh kedamaian dan keikhlasan melalui proses menanam DNA positif di dalam hati setiap hari” ~ Diyana Tahir.