Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Kenapa bila suami curang, anda salahkan diri anda?

Kenapa bila suami ketagih video luc*h, anda salahkan diri anda?

Kenapa bila suami culas untuk solat, anda salahkan diri anda?


‘Mesti dia curang sebab aku tak pandai jaga suami, aku tak cukup bagus untuk dia.’

‘Dia tengok video xxx mesti sebab aku dah tak cantik, dah tak macam dulu.’

‘Mesti aku banyak dosa sebab itu tak layak dapat suami soleh.’

Situasi ni dah terlalu biasa sampai dah lali dah kita dengar. “Oh Jemah, laki kau curang sebab kau la ni dah tak cantik!”. “Kau la ni tak reti jaga laki sebab tu dia cari orang lain”.

K.A.U = ISTERI

Ada ke kita dengar ‘Eh Jah, laki kau tu dasar playboy betul tu. Bukan salah kau tau!’. Bila baca rasa pelik kan? Kami pun sama.

Dah terlalu biasa isteri ini menyalahkan dan dipersalahkan. Tapi sekarang kami nak anda BERHENTI jadi ‘racun’ kepada diri sendiri. Berhenti menyalahkan diri sendiri. Kenapa?

Kerana curang itu PILIHAN. Suami anda bukan lagi budak kecil yang perlukan tunjuk ajar untuk membuat keputusan. Jadi berhenti salahkan diri sendiri atas pilihan suami anda. Katakan pada diri anda ‘semua ini berlaku sebab itu pilihan dia’.

Tapi adakah ini bermakna anda hanya perlu terima dan makan hati? TIDAK!

Adakah ini bermakna anda perlu biarkan kebahagiaan anda dipijak-pijak? TIDAK!

BERHENTI letakkan kebahagiaan anda pada tangan orang lain.

Anda perlu cari kebahagiaan diri anda sendiri. Siapa yang akan perjuangkan kebahagiaan diri anda kalau anda tak perjuangkan kebahagiaan diri anda sendiri? Percayalah di saat anda fokus pada diri anda, hargai diri anda, dan sayangi diri anda sepenuhnya, anda akan jadi magnet yang menarik pasangan dan anak-anak untuk kembali berkasih sayang.

Sebenarnya ada CARA untuk jadi pemegang kunci kebahagiaan diri anda. CARA ini akan bantu bagaimana nak jadi lebih tenang dan bahagia walaupun ada dugaan yang melanda hubungan anda sekarang ini. 

Nak tahu ke?

Kami nak kongsikan lebih banyak tips tentang bagaimana untuk ubah konflik yang anda hadapi bersama pasangan jadi romantik. Dalam kelas online Kembali Bercinta kami ada kongsikan bagaimana rumahtangga kekal bahagia dan bagaimana untuk menjadi isteri dan wanita tenang yang mampu menjadi pencipta kebahagiaan.

 

Share

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

“Isteri Syurga: Dambaan Semua Wanita”

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

LOGO EHATI-love

Copyright © 2020 eHati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1