“KENAPA SEMANGAT DIRI SUSAH NAK KONSISTEN?”

 

Sebenarnya bila cakap bab semangat ni memang akan ada masa kita rasa betul-betul bersemangat.

Bersemangat nak kurus, bersemangat nak cantik, bersemangat nak kaya, bersemangat nak berjaya tapi tu masa tengah bersemangat laa..lepas tu patah balik kepada diri yang asal, akhirnya perkataan yang keluar dari mulut, “MALAS LAH..”

Persoalannya sekarang..

Kenapa semangat ni susah nak konsisten?

Dulu energetic, ceria, happy, hati kental, tak peduli apa orang cakap, gigih nak buat juga langsung tak peduli sebab masa tu tengah berkobar-kobar.

Tiba-tiba..

Jadi lebih sensitif, cepat sentap, sedih, takda semangat, hilang keyakinan diri dan rasa diri loser sangat.

Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mana pergi hilangnya semangat tadi?

Apa sebenarnya ubat untuk hati yang dah hilang semangat ni?

Ramai orang fokus pada macam mana nak kembalikan semangat tapi tak tahu punca kenapa semangat diri boleh hilang.

Anda kena tahu rootcause dulu lepas tu bila dah tahu punca kenapa hilang semangat barulah anda mula cari ubat.

Contoh anda sakit. Anda pergi klinik jumpa doktor, lepas tu doktor bukan terus-terus bagi ubat. Doktor akan periksa, tanya dulu lepastu dah tahu punca baru bagi ubat. Betul tak?

Sebab apa?

Sebab kalau rootcause tak di rawat masalah akan berulang dan berulang, jadi sampai bila nak rasa kejap semangat kejap tak.. Lama-kelamaan badan akan kehabisan energi sebab melayan perkara yang tak settle.

Ramai sebenarnya orang yang mempunyai masalah yang macam ni. Ya, bagus fokus pada solusi tapi kena tahu juga rootcause dia apa, tak boleh main terjah je.

Bila main terjah tak tahu punca kenapa hilang semangat tu yang tiba-tiba terdetik “dulu aku macam tu sekarang aku dah tak macam tu dah”.

Anda tiba-tiba rasa rindu dengan diri anda dan kehidupan anda yang lama, yang happy, yang bersemangat.. TAPI.. sekarang semua sudah hilang.

Ramai orang tak tau nak buat apa sebab takda ilmu jadi tu yang stuck dalam kehidupan yang mati, lemau, sendu dan bosan.

Ada 2 sebab sebenarnya kenapa anda tiba-tiba hilang semangat.

Yang pertama adalah sebab luaran, yang kedua adalah sebab dalaman.

Luaran tu adalah berkaitan dengan fizikal anda.

Maksudnya ada sesuatu gangguan dalam hormon anda sebenarnya.

Bila bercakap pasal hormon ni sebenarnya bila kita happy, kita semangat, itu banyak bergantung kepada hormon dalam diri kita yang sebenarnya kita tak tahu.

Ada satu hormon dalam badan yang dipanggil hormon kortisol ni yang bila dia terlebih sangat ataupun terkurang sangat boleh menyebabkan kita depresi dan kemurungan.

Sebab yang kedua adalah sebab emosi tentang hati kita.

Dalam diri semua orang sebenarnya ada sesuatu iaitu anak kecil ataupun trauma ataupun memori-memori dalaman yang kita panggil anak kecil yang merajuk.

Merajuk? Sebab apa?

Sebab mungkin dalam hidup kita sebelum ni ada banyak kehilangan, kegagalan dan kekecewaan yang kita rasa, yang kita buat salah jadi kita marah diri kita.

Kita HUKUM diri kita.

Ramai tak tahu yang sebenarnya dalam jiwa setiap dari kita ni ada sesuatu yang masih muda yang dahagakan perhatian dan penghargaan.

Bila diri rasa disyukuri, dihargai, dan disayangi, seseorang itu akan bersemangat.

Jadi anak kecil ini lah sebenarnya yang dah hilang.

Dan tanpa kita sedar benda ni dah jadi macam berterusan sebab jiwa yang dulu sering dihukum, dimarahi, dan disalahkan sehingga semangat ni jatuh.

Sebab tu penting sangat untuk anda cari semula semangat anda yang hilang tu. Jangan biarkan ia terus memakan diri kerana hidup terlalu singkat untuk biarkan ia berlalu tanpa anda menikmatinya.

 

Share

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

LOGO EHATI-love

Copyright © 2020 eHati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1