“SYUKURI PASANGAN ADALAH KUNCI KEBERLIMPAHAN REZEKI”


Bila bercakap soal rezeki ni semua orang mesti doa nak diperluaskan pintu rezeki, rezeki yang tak putus-putus, rezeki yang diberkati. Betul?

Kerja pagi petang siang malam sebab nak hidup senang, nak hidup serba mewah.

Tapi tak ramai yang tahu kunci keberlimpahan rezeki adalah bila anda mensyukuri pasangan.

Apa kena mengena?

Penting sebenarnya untuk kita sentiasa mensyukuri orang-orang yang berada disekeliling kita terutama pasangan kita.

Kesilapan ramai orang kadang-kadang selalu tengok pada hal yang tak ada, betul?

Contoh suami aku ni bisnes tak menentu. Berjaya tak menentu. Bilalah agaknya suami aku tu nak kaya, nak ada bisnes yang bagus supaya aku tak perlu kerja kononnya kan.

Cuba anda tanya pada diri anda..

Kalau anda dapat pasangan yang memang kaya yang lebih hebat dari anda, anda nak ke?

Sebenarnya apa sahaja yang anda dapat dalam hidup ni adalah apa yang anda minta.

Anda tak sedar tapi itulah yang sebenarnya anda perlukan.

Dan..

Apa yang anda tak ada tu sebab anda tak perlukannya.

Sebenarnya wanita-wanita yang pendapatan dia lebih hebat daripada suami dia tu sebenarnya dia tak perlukan suami yang kaya pun.

Sebab apa?

Sebab dia dah kaya dah, so dah tak perlukan suami yang kaya.

TAPI

Anda perlukan suami yang menyokong anda. Suami yang menyayangi anda. Suami yang menjaga keselamatan anda. Suami yang memberi semangat dan kekuatan pada anda.

Dan sebab itu juga lah kenapa anda berkahwin dengan orang tersebut.

Kalau anda memang perlukan lelaki yang kaya-raya dah lama dah anda kahwin dengan orang kaya, betul?

Tapi anda tetap memilih suami anda.. Anda yang buat pilihan tu tapi kenapa nak menyalahkan suami?

Anda mungkin terlepas pandang tapi bila suami anda tak kaya-kaya, macam-macam cuba pun, anda juga yang kaya.

Macam-macam bisnes anda juga yang berjaya. Macam-macam buat tapi suami anda tak berjaya-berjaya maknanya memang peranan anda lah untuk mengkayakan keluarga anda.

Dan pasangan anda tu sebenarnya hadir dalam hidup anda adalah sebagai support system anda.

Dan support system itu sangat penting, tanpa support system, tanpa orang yang support anda di belakang, anda pun tak akan boleh bergerak ke hadapan.

Sedarilah, kehebatan yang kita ada sekarang adalah sebab suami kita sebab orang-orang yang support kita. Kita tak ada apa-apa tanpa mereka. Mereka ibarat tulang belakang kita.

Jadi selalu bersyukur, selalu berterima kasih, selalu refleksi.

Sebelum nak marah, mengeluh dan menyalahkan tu sentiasa ingat balik jasa-jasa orang yang support anda.

Bila anda mensyukuri pasangan anda, bila anda hargai pasangan anda, lagi semangat dia akan support anda, setuju?

Dan anda pun akan rasa lebih bersemangat untuk lakukan yang lebih baik lagi, dan bila anda buat kerja yang baik dan ikhlas kerana Allah.

insyaAllah rezeki pun menjadi semakin bertambah.

“Sesungguhnya, ALLAH menyukai orang yang penat mencari rezeki yang halal kerana ia juga merupakan satu ibadah yang wajib selepas solat fardu.”

So sayangi pasangan dan syukurilah pasangan kerana itu adalah kunci untuk keberkatan dan keberlimpahan rezeki. 


Share

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

LOGO EHATI-love

Copyright © 2020 eHati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1