Macam Mana Nak Konsisten Bahagia Saat Diuji?

Mesti pernah dengarkan “Allah menguji hambanya sebab rindu”. Tapi kenapa ramai yang mengeluh, menangis dan marah? Bukan sepatutnya kita suka ke kalau ada yang rindu kita?

Bila kena uji dalam hidup, pekerjaan, dan hubungan apa yang ramai selalu buat? Menyalahkan! Betul? Anda salahkan takdir, nasib, orang sekeliling dan diri sendiri.

Allah hantar ujian bukan sebab Allah tak peduli atau nak menyeksa kita tapi Allah nak beritahu yang Dia menyayangi kita.

Allah cemburu kerana mungkin selama ni kita leka dari mengingatiNya dengan sebenar-benarnya, mungkin selama ini kita kurang bersyukur dengan apa yang telah Dia berikan.

 

 

Percaya atau tidak sebenarnya di antara kita ada yang masih boleh berbahagia walau sedang diuji. Mesti anda pernah jumpa orang yang masih boleh tersenyum riang walaupun sedang dalam 1001 masalah.

Kenapa? Apa agaknya rahsia konsisten bahagia walau sedang diuji..

Sebenarnya kita ni kalau nak bahagia tak perlu dapat or tunggu dapat sesuatu pun.

Tak perlu bahagia dengan hilang sesuatu.

Suami jahat mati, baru bahagia? Tak!

Suami dah tinggalkan orang ketiga baru nak bahagia? Tak!

Sebenarnya kita boleh bahagia walaupun apa yang kita nak tu kita belum dapat atau apa yang kita tak suka or tak nak tetap ada TAPI kita tetap juga boleh bahagia.

 Haa.. That is GOOD NEWS!

 Kenapa good news?

Sebab kalau suami dah berubah baik baru kita bahagia. Susah! Sebab hati manusia ni Allah yang pegang, bila2 masa Allah boleh bolak balikkan.

Kalau dah kaya baru bahagia? Susah!

Kalau sihat baru bahagia? Susah!

 Sebab semua hal itu adalah in the future. Hal2 yang di luar kawalan manusia.

Contoh, hati suami kita bukan hak kita. Hati kita sendiri pun susah nak control apatah lagi hati suami kita. Setuju?

 So persoalan sekarang,

Bagaimana nak bahagia walaupun sedang diuji?

Bahagia walaupun ada orang ketiga?

Bahagia walaupun susah?

Bahagia walaupun sakit?

 Haa.. macam mana tu?

So, dekat sini kami nak beritahu yang walau apa pun yang jadi anda tetap boleh bahagia, walaupun sakit.

Dalam hidup ni semua orang diuji berbeza2 mengikut kemampuan diri. Allah tu Maha Adil, Allah telah berjanji tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan yang ada pada hamba dia.

Jadi kenapa anda nak kena rasa down, gagal, dan hilang semangat kalau Allah sendiri dah janji macam tu.

Ramai orang tak sedar berkah dari ujian yang Allah hantar tu sebenarnya tersembunyi kebahagiaan.

Bila anda betul2 connect dengan diri dan kehidupan anda masa tu la anda dapat rasa kemanisan ujian tu.

Betul lah bila kita kembali kepada diri kita yang fitrah, the natural state of our being. Sakit macam mana sekalipun ujian tu, anda masih boleh rasa bahagia.

Dan amazingnya bila kita penuh sedar dan kembali pada diri kita yang fitrah, apa saja cabaran yang datang tu akan cepat evolve dan move to the next level. Masalah akan cepat resolve.

Itu yang dipanggil bahagia, dengan MENERIMA..

Menerima present moment

Menikmati present moment

Jadi mulai saat ini jika anda sedang dalam masalah, kembalilah kepada diri anda yang fitrah dan menerima dan menikmati setiap saat anda yang sedang diuji tu. percayalah anda akan dapat rasa keindahan ujian tu dan kenapa anda dipilih..

Dalam kelas Kembali Bercinta kami guide wanita-wanita yang betul-betul nak keluar dari kemelut rumah tangga yang semakin teruk dan rasa tiada jalan penyelesiaan selain perceraian. Kami bantu mereka secara PERCUMA untuk kembalikan semula kebahagiaan dan rasa cinta suami pada mereka hingga tiada lagi rasa menderita malah jadi lebih bahagia seperti mula-mula kahwin dulu.

Jika nak jadi salah seorang seperti mereka sertai Kelas Online Kembali Bercinta secara PERCUMA di link ini

 

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1