Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

Bila suami berlaku curang, ramai wanita buat keputusan untuk serang orang ketiga. Nak selamatkan rumahtangga kan. Tapi kami tak nak anda buat macam tu okay? Tahu tak sebenarnya Allah mengangkat darjat anda dengan ujian sedemikian. Jadi anda kena be proud of it!

Ingat! Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jadi jangan rendahkan diri pada mereka sebab memang sudah terang lagi bersuluh yang martabat anda lebih tinggi dari kekasih gelap suami. Dia hanya heroin suami yang tidak halal. Anda berhak dan lebih layak. Jangan tertipu dengan permainan diorang ni.

Apa je yang anda boleh buat?

Tak payah buang masa, serabut-serabut kepala untuk fikir tentang pihak ke 3.

Anda tahu tak bila anda mula fikir tentang orang ketiga, anda akan dibayangi ketakutan-ketakutan yang tidak pasti? Banyak perkataan ‘Kalau’ yang akan pop-up di fikiran anda. Dan ‘Kalau’ itu yang akan buat anda sukar untuk fikir dengan positif. Yang akan halang anda untuk fikir dengan waras dan bijak. Yang akan buat anda tenggelam dalam lautan emosi. Yang akan menyebabkan anda salahkan diri anda atas kesalahan yang bukan anda lakukan.

Isteri yang hebat akan sentiasa tenang dan steady walau ada dugaan yang datang. Jadi kami nak anda jadi wanita yang bijak, kental dan rasional.

Anda kena ingat.. Kita bukan Malaikat yang mampu untuk menarik tangan suami untuk meninggalkan kesalahannya serta-merta. Jangan menyeksa diri dan emosi dengan memikirkan orang yang tidak peduli hati dan perasaan anda. Cipta bahagia untuk diri anda sendiri. Kesilapan anda adalah bila anda meletakkan kebahagiaan anda pada tangan orang lain. Jadi apa bila anda tak dapat apa yang anda perlukan, anda mula rasa tak gembira.

You are more than that!

Mulakan dengan jadi Pencipta dan magnet cinta suami. Tak perlu rendahkan diri anda pun tapi dalam masa yang sama tarik suami untuk kembali setia pada anda. Dalam kelas online Kembali Bercinta ni ada topik untuk mudahkan anda tawan balik hati suami ni dari cengkaman orang ketiga!

Ingat! Kalau anda sendiri masih terfikir-fikirkan kebahagiaan anda, kalau anda pun was-was nak baiki hubungan anda, siapa lagi yang nak fight untuk diri anda?

 

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1