6 Perkara yang Buat Pasangan ‘KECIL HATI’


1. MENGUNGKIT

Kemarahan seorang suami mudah tercetus bila isteri mengungkit-ngungkit. Contohnya, mengungkit kebaikan yang pernah dilakukan atau mengungkit kesalahan suami. Ini adalah cara komunikasi yang men-trigger keegoan suami yang paling utama. Dan ramai para isteri kerap melakukannya tanpa sedar.

Tujuan isteri mengungkit adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan menegur. Tapi sedarkah anda bahawa perkara tersebut sebenarnya tidak disenangi suami? Sebab itu amat penting untuk tahu bahasa cinta suami anda, supaya anda tahu cara nak menghargai suami mengikut apa yang suami anda perlukan. Bahasa cinta setiap orang berbeza-beza. Jadi anda perlu ketahui apakah bahasa cinta suami anda dan juga diri anda sendiri. Jaga-jaga mungkin dengan memilih untuk mengungkit mereka mahu rasa dihargai.

2. MENGAJAR-AJAR

Ramai para isteri rajin mencari ilmu dan tanpa sedar mengajar-ajar suami. Seorang suami akan merasa hina, rendah diri, kecewa dan malu bila diri mereka diajar-ajar oleh isteri sedangkan seorang lelaki ingin rasa dihormati dan menjadi HERO dalam hubungan. Ramai yang tanpa sedar menggunakan media sosial sebagai platform untuk mengajar-ajar suami dengan tag suami posting yang sensitif dan kurang menenangkan.

Niat anda dah betul kerana ingin suami menjadi versi yang lebih baik tapi cara anda yang salah. Mulai harini dari anda mengajar-ajar suami mungkin anda boleh menggunakan konsep yang lebih mesra iaitu berkongsi. Kongsikan ilmu yang anda perolehi dengan suami, konsep berkongsi adalah lebih mesra dan lebih mudah untuk suami terbuka hati menerimanya dan lakukan perubahan. Ingat, seorang suami ingin menjadi HERO dalam hubungan jadi elakkan dari mencalarkan keegoannya.

3. MEMBANDINGKAN

Percaya tak anda semua mesti pernah membuat perbandingan suami anda dengan orang lain. Contohnya, membandingkan apa yang orang lain ada dan anda tak ada, mengapa orang lain boleh tapi suami tak boleh, bila anda membuat perbandingan secara tidak langsung suami akan merasa kecil hati dan rendah diri.

Baik suami mahupun isteri elakkan budaya membanding-bandingkan kerana ianya akan membuatkan hubungan semakin buruk. Bila anda ataupun suami membanding-bandingkan pasangan ia adalah tanda bahawa diri merasa tidak disayangi.

4. TINGGI DIRI

Bila suami meninggi diri, isteri merasakan diri mereka seperti meminta-minta dengan setiap pemberian suami. Bila suami meninggi diri sebenarnya ada sesuatu yang mereka inginkan dari anda.Suami sebenarnya sedang memberitahu anda yang diri mereka rasa tidak dihargai sebab itu mereka meninggi diri.

5. MERENDAHKAN PASANGAN

Ramai suami yang tanpa sedar telah melakukan perkara yang sebenarnya trigger isteri iaitu merendah-rendahkan mereka dengan mengkritik contohnya “awak ni gemuk, tak cantik, membangkitkan kekurangan isteri, mengherdik dan mengutuk. Tapi terdapat juga yang sebaliknya di mana para isteri yang merendah-rendahkan suami mereka.

Contohnya pangkat atau pendapatan isteri lebih tinggi berbanding suami, jadi suami tertrigger. Bila suami melihat yang isteri mereka sama level seperti mereka, keegoan

seorang suami akan tercabar dan isteri pula tanpa sedar akan merendah-rendahkan dan hilang hormat pada suami. Seorang suami akan rasa HERO bila diri mereka dihormati.

6. MEMBISU

Membisu atau memberi silent treatment pada pasangan. Boleh jadi pasangan selalu membisu atau memberi silent treatment atau anda sendiri yang melakukan demikian. Contohnya, bila suami sedang menyatakan ketidakpuasan hati, anda tidak respon malah diam seribu bahasa.

Ramai tak sedar silent treatment sebenarnya pencetus pada kemarahan pasangan. Apabila tiada respon, pasangan merasakan anda tidak berminat dan diri mereka tidak penting. Terdapat juga di antara anda memilih untuk membatu kerana tidak mahu membesar-besarkan sesebuah isu.

Jadi, sejujurnya, berhentilah menjadi pencetus kepada masalah seperti di atas dan wujudkan hubungan yang lebih romantik dengan pasangan anda.

Belajar lah cara komunikasi yang lebih sopan supaya masing-masing dapat terima dengan hati yang terbuka dan seterusnya berubah menjadi versi diri yang lebih baik. Dalam kelas online Kembali Bercinta ada kongsikan cara komunikasi yang betul tanpa buat pasangan rasa marah atau terhina.


Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1