Suami ada orang lain ke? Suami dah tak sayang saya ke? Suami dah bosan ke?
Tipulah kalau tak pernah terlintas perkara ni dalam fikiran anda kan, nak nak bila dah bersama bertahun-tahun, tiba-tiba rasa kosong, tiba-tiba rasa suami jauh sangat padahal duduk sebumbung, tiba-tiba rasa suami dah berubah..
Kenapa bila rumah tangga tak bahagia mesti dikaitkan dengan kehadiran orang ketiga?
Apa punca sebenarnya ada orang ketiga ni?
Sebab anda dah tak menarik ke?
Atau sebab suami dah bosan?
Atau penangan orang ketiga yang terlalu padu?
Ramai isteri kat luar sana yang tak ada ilmu rumah tangga. So, bila suami ada orang ketiga anda cuba minta maaf dengan suami. “Maafkan saya abang” saya ada buat silap. Suami yang ada orang ketiga anda pula yang salah ke?
“Abang lupakanlah orang sana”. Anda cuba untuk pujuk suami tapi dengan memujuk tu umpama anda beri panadol je, lepas tu gaduh balik. Sebab apa?
Sebab lubang jiwa suami dan lubang jiwa anda masih belum ditimbus lagi. Anda tak de ilmu, anda tak tahu dan anda tak faham apa sebenarnya keperluan jiwa suami anda. Apakah keperluan sebenar fizikal suami anda..
Ramai orang ingat bila dah bersama dah puas so settle masalah. TAK! Bukan simple macam tu. Setiap orang berbeza-beza. Suami anda dengan suami orang lain TAK SAMA! Cara suami anda nak dipuaskan juga tak sama..
Sebab utama lelaki ni mencari hal yang luar sebenarnya sebab dia TAK bahagia dengan anda. Anda kahwin sebab apa? sebab nak mencari kebahagiaan. Cari bahagia sebab hati tu rasa kosong.
Contoh dia macam ni, suami anda datang kepada anda dengan harapan nak bahagia. Masalahnya anda sendiri pun tak bahagia. Jadi bila dua2 tak bahagia dan mengharapkan masing2 membahagiakan tu yang lama-kelamaan hidup anda penuh stress dan marah2.
Memang mula-mula kenal anda dan pasangan rasa okay dan best tapi lama kelamaan anda dah tak boleh nak sorok ketidak bahagiaan diri yang hadir tu.
Suami ada lubang jiwa yang anda nak kena faham dan anda juga ada lubang jiwa yang anda nak kena faham dan macam mana anda dan suami boleh sama2 saling memaafkan walau sebesar mana pun kesalahan tu.
Dan tak cukup sekadar memaafkan ya, kena repair apa yang kosong antara anda dan suami, kena isi apa yang kosong so that bila anda nampak lubang jiwa anda, lubang jiwa suami, anda akan faham.
Bila dah ada kefahaman sebenar barulah anda akan faham kenapa anda macam ni? Kenapa suami macam tu? Barulah anda akan dapat jawapan kenapa rumahtangga anda tak bahagia..
Sebenarnya nak bahagia dalam rumah tangga ni senang saja kalau ada ilmu. Ilmu memahami suami, ilmu memahami diri anda sendiri. Bila masing2 dah saling memahami barulah anda boleh timbus lubang jiwa yang kosong tu..
Nak tahu macam mana nak isi kekosongan hati suami anda? Dalam kelas online Kembali Bercinta ada kongsikan
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved