Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami

Nak bahagia dalam hidup berkongsi kasih ni memang tak mudah tapi tak mustahil kalau anda ikhlas. Macam mana nak hadirkan ikhlas tu? Dengan mengurus kehendak anda. Apa yang anda nak? Apa yang anda harapkan?

Isteri yang tenang dan bahagia umpama dadah buat suami..

Sebenarnya kami terima banyak sangat soalan dari isteri2 berkaitan poligami. Ada yang tanya “macam mana nak bahagia dalam berkongsi kasih?” “macam mana nak rasa adil?” “macam mana nak terima hakikat?”.

Biar kami bagitau awal-awal sedangkan poligami yang rela pun menyakitkan inikan tanpa rela. Memang anda akan sakit untuk terima poligami ni tapi kalau anda sayangkan suami dan nak bahagia anda kena berusaha untuk mengikhlaskan hati.

Cuba anda flashback balik hubungan anda dan suami macam mana sebelum orang ketiga hadir? Anda bahagia atau derita? Hubungan seronok atau hambar?

Ramai isteri tak tahu nak urus expectation selepas di madukan. Apa yang anda tau anda nak suami tinggalkan madu atau nak bercerai. Anda hanya fikir untuk diri anda sahaja.

Kesilapan ramai isteri bila suami nak menikah lain, anda terus melatah minta cerai. Bercerai bukan jalan penyelesaian untuk masalah ni.

Kalau anda nak tau a banyak sangatisteri-isteri yang terburu-buru minta cerai, akhirnya meroyan dan menyesal sebab masih sayangkan suami.

Anda nak macam tu? Tak nak kan..

Sebab tu jangan pernah semudahnya ungkap kata cerai, sesungguhnya bergegar tiang arasy bila anda sebut perkataan cerai.

Dalam rumah tangga, seorang suami rasa menang bila dia dapat jadi HERO untuk anda tapi kalau dia tak rasa menjadi HERO dengan anda tu yang dia nak jadi hero untuk orang lain dengan menikah lagi.

Jadi kenapa anda nak melulu attack madu kalau puncanya adalah anda. Bagi suami dengan menikah lagi mereka dapat rasa kemenangan dan ketenangan tu semula.

Ramai orang yang tak tau sebenarnya orang yang menyakiti orang lain ni adalah orang yang sedang sakit. Suami yang sakiti anda dengan hal poligami ni sebab suami nak bagitau yang dia sedang sakit. Dia tak bahagia.

Ramai isteri tanpa sedar bila dah hidup poligami ni, demand macam-macam, nak suami stay rumah anda je, fokus pada anda je, kadang2 sampai berdrama sebab nak perhatian untuk diri anda je. Anda harap suami faham anda, kalau boleh nak suami rasa kesakitan anda tu.

Belajar urus emosi sangat penting saat anda nak mengikhlaskan hidup poligami ni. Elakkan berdrama tak tentu pasal dan lepaskan pada anak2 kerana itu hanya akan membuatkan suami lebih melekat dengan madu berbanding anda.

Nak menang hati suami adalah dengan anak2. Sebab tu jangan sesekali lemparkan kemarahan anda pada anak2 kerana itu hanya akan menjauhkan lagi hubungan anda dengan suami.

Tak dinafikan ada kalanya anda tersakiti dengan tingkah laku suami. Tiada yang sempurna di dunia. Anda dan suami masing2 tak sempurna tapi masih boleh saling melengkapi dengan cipta kesempurnaan dari kekurangan dan kelebihan masing2, itulah kunci hidup bahagia.

Sebab tu kami nak bantu anda dalam kelas online Kembali Bercinta ada kami kongsikan cara mekarkan semula hubungan dengan suami.

 

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1