Semua orang tau syurga isteri terletak pada suami, tapi macam mana nak meraih syurga Allah ni?
Dalam Al-quran ada menceritakan tentang wanita syurga. Siapakah wanita syurga yang Rasulullah jumpa, yang Rasulullah nampak ketika isra’ mi’raj?
Tak lain dan tak bukan ialah ASIAH..
Ada contoh dalam Al-quran yang terang2 bagitau wanita yang mulia yang paling hebat adalah Asiah. Siapakah pemilik nama Asiah? Semestinya isteri firaun.
Sebenarnya ramai sangat wanita yang sedang sakit diuji dengan masalah rumah tangga. Suami curang, suami mohon poligami, suami tak bertanggungjawab, terlalu banyak derita wanita2 abad ni.
Allah hadirkan suami2 yang sebegini sebenarnya nak beri peluang kepada anda untuk go to the next level. Untuk menjadi baka2 Asiah..
Hidup ni penuh dengan pilihan. Anda mungkin tak nampak atau terlepas pandang peluang yang sedang menanti anda. Bila anda diuji dengan suami yang sebegini dalam hidup, anda sebenarnya ada 2 pilihan..
Pilihan yang pertama adalah seperti yang ramai orang selalu cakap “minta cerai jelah” “tinggalkan jelah laki kau tu” “laki tak guna macam tu elok tinggalkan je”. Pilihan yang kebanyakan dari anda rasa adalah jalan terbaik kerana nak menghentikan kelukaan dari terus merebak.
Tapi jangan anda terlalu yakin sebab ramai orang yang selepas bercerai masih juga tak bahagia, sebaliknya mencipta luka baru sebab sebenarnya deep down anda tak bersedia untuk melepaskan pun.
So pilihan pertama pastikan kalau anda nak keluar, keluarlah dengan bahagia. Keluarlah dengan kedamaian. Keluar dalam keadaan anda dah bersedia dengan cabaran menjadi janda atau ibu tunggal yang selalunya mendapat cemuhan dari belas kasih.
Sebab tu jangan buat keputusan ketika sedang marah kerana boleh jadi bukan anda sahaja yang terseksa tapi anak2 juga terkena tempiasnya. Kalau anda rasa berpisah adalah jalan yang terbaik, keluarlah dengan damai untuk mengelakkan dari terciptanya trauma yang memakan diri.
Pilihan yang kedua adalah jadikan proses ini sebagai arena. Medan untuk anda upgrade diri anda untuk menjadi wanita luar biasa. Wanita luar biasa yang mampu kekal tenang dan menang walau dilanda ombak sekalipun, masih teguh berdiri. Seperti siapa?
Seperti yang disebut2 oleh Rasulullah, yang di sebut2 dalam alquran.
The Next Asiah..wanita syurga!
Wanita biasa adalah isteri yang menyayangi suami yang sempurna. Suami yang baik, penyayang dan bertanggungjawab.
Menyayangi orang yang menyayangi kita, yang baik dengan kita itu BIASA.
Tapi..
Menyayangi orang yang menyakiti kita itu adalah wanita yang luar biasa, wanita baka asiah, wanita syurga!
Hidup ini pilihan kita, dan kita ada hak untuk bahagia. Mengikut cara kita sendiri. Biarkan orang mengata dan mengeji. Manusia memang takkan pernah puas. Jangan ambil peduli pasal mulut orang sebab boleh jadi sampai anda menutup mata pun mereka masih giat mengata.
Jadilah seperti Asiah yang menjadi penyeri syurga bukan kerana kecantikan, kekayaan dan pangkat tetapi kerana akhlaq, iman dan ketaatan kepada Allah walau dikurniakan suami sezalim firaun.
Nak tahu macam mana nak jadi wanita dambaan syurga?
Klik link dibawah untuk mendapatkan lebih banyak tips yang padu untuk kembalikan hormon cinta dalam hubungan bersama pasangan..
Kembali Bercinta | Kelas Percuma Secara Online | eHati
Kembali Bercinta | Kelas Percuma Secara Online | eHati
Kembali Bercinta | Kelas Percuma Secara Online | eHati
Jumpa anda di kelas online okay! Jom jadi pejuang cinta!
#eHati
#kembaliBercinta
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved