4 RAHSIA RUMAHTANGGA KEKAL BAHAGIA

 

Siapa je tak nak bahagia kan lagi2 bila dapat melayari gerbang perkahwinan dengan orang yang kita cintai. Tapi apakah erti kebahagiaan sebenar dalam perkahwinan? Ada yang merasa cukup bahagia hanya dengan memiliki pasangan yang saling memahami, ada yang merasa bahagia dengan dijanjikan kemewahan hidup dan ada yang cukup dengan hanya beserdahana tapi saling melengkapi. Anda yang mana?

Sebenarnya tak de siapa pun boleh tentukan nilai sesebuah kebahagiaan tu kecuali pasangan tu sendiri je tahu samada rumah tangga mereka bahagia atau tak. Dan jangan pernah membanding-bandingkan kebahagiaan anda dengan orang lain sebab setiap orang berbeza dari sudut pandang dan cara.

Tapi dengan 4 rahsia ni semua orang mampu menjadikan rumahtangga mereka kekal bahagia. Nak tau ke? Jom ikut perkongsian ini..

1. HORMATI PASANGAN

Hormati pasangan anda. Walau apa pun dia tetap suami/isteri anda dan ibu/bapa kepada anak2 anda. Belajar kawal emosi ketika dalam kemarahan. Setiap orang ada masalah masing2 tapi itu bukan alasan untuk anda melepaskan amarah anda tu sesuka hati. Sebab itu lebih baik diam ketika sedang marah kerana kata2 yang keluar itu boleh melukakan hati orang yang mendengar.

Jadi penting sangat untuk anda menyalurkan kemarahan tu dengan betul terutama bila berhadapan dengan pasangan dan anak2. Dan jangan pernah mengungkit kebaikan dan pengorbanan yang pernah anda buat selama dengan pasangan. Redhalah dengan apa yang telah diberikan. Cari ilmu bagaimana untuk merawat hati, mengurus emosi, konflik dan berkomunikasilah secara bijak. Jadilah pencipta dan bukan pengemis kebahagiaan.

2. WUJUDKAN HUBUNGAN HATI DENGAN PASANGAN

Sebenarnya ramai yang terlepas pandang betapa pentingnya untuk ada deep connection dengan pasangan, ramai ingat dengan sentuhan fizikal sahaja dah cukup. Hubungan hati dengan pasangan pun sangat penting. Bila anda ada hubungan hati yang sangat mendalam dengan pasangan ia akan menjadi sesuatu kekuatan, malah akan membangkitkan dan mengintimkan lagi hubungan fizikal berbanding jika anda hanya fokus pada hubungan fizikal semata yang memberi keseronokkan hanya sementara.

Jadi penting untuk anda buat suatu aktiviti atau ritual untuk membina dan menjalinkan hubungan yang mendalam antara anda dan suami. Bukan sahaja se*ual connection, tetapi heart to heart connection pun sangat penting..

3. BERI PELUANG DAN PENGHARGAAN

Sentiasa berikan pasangan anda peluang untuk berubah menjadi baik dan penghargaan atas setiap kebaikan yang telah di berikan. Elakkan diri dari fokus pada kelemahan dan kekurangan sahaja. Cuba ingat kembali setiap kebaikan2 yang telah pasangan lakukan dan berikan penghargaan walaupun sekecil2 hal seperti ucapkan “Terima Kasih” dan “Minta Maaf”.

Jangan pentingkan diri, bukan anda sahaja yang sukakan pujian dan penghargaan, pasangan anda juga sukakannya. Ramai sebenarnya isteri yang terlepas pandang pengorbanan suami, yang mereka tahu hanya mencari kesalahan dan komplain. Betul tak? Hentikan drama anda dan mula belajar menghargai suami anda atau orang yang akan mula menghargai suami anda. Nak ke macam tu?

Jadi buang ego anda dan mulakan dengan memuji suami bila suami menolong anda walaupun sekecil2 hal sekalipun. Tunjukkan yang anda menghargai effort mereka. Ringankan mulut dengan mengucapkan terima kasih dan sentiasa ingat betapa beruntungnya anda memiliki seorang suami, berapa ramai yang masih belum menamatkan zaman bujang tapi anda dah ada tapi tak hargai. Rugi kan? Walaupun ianya nampak kecil tapi ianya membawa impak yang sangat besar.

4. LIHAT MASALAH SEBAGAI PELUANG

Masalah yang hadir dalam hidup anda tu bukan datang saja2 tau, kehadirannya bersebab. Masalah tu sebenarnya adalah satu peluang untuk anda transform menjadi versi diri yang lebih baik dan peluang untuk anda dan pasangan go to the next level. Masalah dalam rumah tangga bukanlah musibah semata tapi ia adalah hadiah dan berkah dari Allah SWT untuk anda go to the next level supaya anda menjadi isteri yang bukan sekadar bercinta dengan suami saja tetapi menjadi pencinta sejati dan pencipta kebahagiaan.

Jadilah pejuang dalam rumahtangga anda. Bila ditimpa masalah, ambil peluang untuk menyelamatkan bukannya diam menjadi mangsa. Bangkit dan bina semula perkahwinan anda. Katakan pada diri anda, “kalau bukan aku yang akan menyelamatkan rumahtangga aku, siapa lagi?”

Ada dapat sesuatu dari perkongsian ini?

Tak dinafikan ada kalanya kita tak suka dengan perangai dan tingkah laku suami. Namun, anda perlu berusaha menerima dia seadanya sepertimana suami menerima anda seadanya. Belajar bersama dan sentiasa menambah baik diri masing-masing dengan mencari ilmu.

Bila dah ada kefahaman sebenar barulah anda akan faham kenapa anda macam ni? Kenapa suami macam tu? Barulah anda akan dapat jawapan kenapa rumahtangga anda tak bahagia..

Sebenarnya nak bahagia dalam rumah tangga ni senang je kalau ada ilmu. Ilmu memahami suami, ilmu memahami diri anda sendiri. Bila masing2 dah saling memahami barulah anda boleh timbus lubang jiwa yang kosong tu..

Nak tahu macam mana nak jampi hati suami anda?

Klik link dibawah untuk mendapatkan lebih banyak tips yang padu untuk kembalikan hormon cinta dalam hubungan bersama pasangan..

https://www.kembalibercinta.com/cinta/

https://www.kembalibercinta.com/cinta/

https://www.kembalibercinta.com/cinta/

Jumpa anda di kelas online okay! Jom jadi pejuang cinta!

#eHati

#kembaliBercinta

 

 

Share

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

“Isteri Syurga: Dambaan Semua Wanita”

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

LOGO EHATI-love

Copyright © 2020 eHati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1