Jatuh cinta adalah hal yang sangat indah. Semua orang nak jatuh cinta dengan orang yang boleh menjanjikan kehidupan yang bahagia. Anda pastinya akan memilih pasangan yang boleh memberikan sepenuh perhatian, keselamatan, masa, tenaga dan komitmen dalam hubungan.
Namun begitu tak dinafikan memang sukar jika anda pernah menghadapi cabaran dalam percintaan. Tetapi jangan risau kerana percayalah semua orang berhak untuk merasa mencintai dan dicintai. Tak ada seorang pun yang terkecuali dari memiliki pasangan. Allah dah susun cantik dah jodoh setiap umatnya.
Untuk anda yang merasakan cinta ni seolah-olah satu ketagihan anda tak keseorangan sebab memang lahiriahnya kita semua ni sering berpegang pada sesuatu yang tidak sesuai untuk kita dan tanpa sedar akan terhegeh-hegeh pada hal itu. Contohnya anda suka pada lelaki yang tak suka pada anda dan anda menolak lelaki yang suka pada anda.
Hasilnya anda akan terlihat sebagai seorang wanita yang mengejar cinta seorang lelaki dan sanggup berusaha keras untuk membuatnya jatuh cinta pada anda. Tapi untuk apa? Untuk apa anda beria dan terhegeh-hegeh pada yang tak sudi sedangkan ada yang sedia memberi sepenuh jiwa dan raga pada anda tanpa perlu anda minta.
Ramai sebenarnya wanita yang terlalu bergantung harap pada lelaki. Terlalu berharap yang lelaki akan membahagiakan, menyenangkan dan memewahkan mereka. Dan bila mereka tak dapat mula lah nak emosi, meroyan seolah-olah kalau tak dapat cinta lelaki mereka akan mati. Takkan semudah tu wanita meletakkan harga sebuah kebahagiaan?
Sebab tu penting sangat untuk anda bahagiakan diri anda. Wanita yang tenang dan bahagia umpama dadah buat lelaki. Bila anda menjadi independent woman anda sebenarnya membuatkan bukan hanya lelaki tapi orang sekeliling anda mencemburui anda kerana anda bijak dalam mengurus emosi walau sedang diuji hebat sekalipun.
Anda cantiklah macam mana sekalipun tapi kalau dalaman anda lemah, anda akan gagal dalam membuatkan lelaki tertarik pada anda. Jangankan tertarik, hanya dengan melihat pun lelaki boleh hilang minat sebab dapat merasakan energi negatif yang ada dalam diri anda.
Kesilapan terbesar wanita dalam mentafsir lelaki adalah bila anda menganggap yang lelaki hanya melihat pada rupa. Memang tak dinafikan first impression adalah pada luaran tapi selama mana ianya akan bertahan. Lama kelamaan yang lelaki mahukan adalah yang menenangkan. Lelaki akan mengejar wanita yang akan membuatnya rasa nyaman seperti di rumah.
Wanita yang boleh diajak berbual seperti seorang sahabat. Wanita yang boleh diajak bergurau seperti seorang adik. Wanita yang boleh memanjakan mereka seperti seorang ibu. Wanita yang sanggup menerima kekurangan dan kelebihan mereka tanpa perlu mengubah apa-apa pun.
Sebab tu kami terpanggil untuk membantu anda wanita-wanita yang ingin membuat lelaki jatuh cinta dengan anda dengan cara yang betul. Anda memang tidak boleh membuat seseorang melakukan atau merasakan sesuatu dengan paksaan. Ini hanya akan menjadikan matlamat anda tidak dapat dicapai dan membuat anda merasa seperti anda sentiasa berusaha mengejar.
Dengan itu, kami akan berkongsikan tips dan ilmu bagaimana untuk membuat lelaki jatuh cinta dengan anda secara semulajadi, tanpa perlu memaksa apa-apa yang tidak dimaksudkan. Kadang-kadang lelaki perlukan tolakan untuk mereka sedar akan kewujudan anda tapi macam mana nak pastikan anda tak terlihat terdesak pula?
Siapa kat sini nak ada ‘beauty package’? Tipulah kalau tak nak kan. Ramai wanita sekarang berlumba-lumba nak jadi cantik. Dari produk putih melepak sampailah ke produk kurus. Ni semua tanda-tanda wanita makin agresif menjaga kecantikan mereka. Ada yang ingin menjadi cantik untuk kepuasan diri sendiri, ada yang untuk pasangan dan ada juga untuk tontonan umum.
Kami tahu anda nak dipandang, dipuji dan disukai ramai sebab itu kami nak share something yang ‘advance’ sikit. Jom ikuti perkongsian 3 kunci utama untuk cantik ‘full package’ yang semua wanita WAJIB tahu..
Beauty body ni bukanlah bermaksud anda perlu kurus, tinggi dan putih melepak baru anda cantik. Kecantikan luaran tidak kekal abadi akan sampai masa dimamah usia juga. Dan cantik tu kan subjektif. Yang paling penting ialah bagaimana anda menghargai diri anda. Cara anda menyayangi diri. Bila anda sayang diri anda, secara automatik anda akan lebih ‘menjaga’ semua aset-aset anda dan orang sekeliling terutama pasangan anda akan dapat melihat sinar kecantikan anda yang tersendiri. Nak cantik? Sayang diri sendiri dulu. Peluk diri anda dan ucapkan sayang. Boleh?
Hanya orang yang sayang diri je mampu mencintai orang lain. Macam mana anda nak harapkan orang lain mencintai dan menyayangi anda kalau anda sendiri tak sayang dan jaga diri anda. Sebab tu pentingnya fokus pada diri. Fokus pada menciptakan kebahagiaan diri. Bila anda menghargai diri percayalah pasangan anda akan mengejar cinta anda.
Bila anda dah mampu menyayangi dan menghargai diri baru anda fokus pada membentuk fikiran dan mentaliti anda. Fikirkan hal-hal yang positif dan singkirkan lembu-lembu yang nak sabotaj diri anda dari terus positif. Pernah dengar tak orang cakap “biar muka hodoh tapi jangan bodoh”. Ungkapan ni sebenarnya nak menegaskan betapa pentingnya beauty mind tu.
Beauty mind ini merujuk kepada kebijaksanaan ya. Untuk dapat beauty mind ini, anda haruslah sentiasa mencari ilmu-ilmu yang boleh ‘upgrade’ diri anda. Dan kene ingat! Ilmu ni sifatnya hidup. Sebab tu lah anda perlu ‘top up’ ilmu anda dari masa ke semasa. Lagi-lagi ilmu yang melibatkan kewanitaan. Barulah diri anda ‘up to date’ dengan peredaran ilmu. Zaman sekarang ni kan zaman media sosial, setiap saat ada je sharing tentang kecantikan. Anda boleh jadikan platform ni untuk anda upgrade ‘ilmu kewanitaan anda’ tau! Bila anda ada ilmu, anda bukan sahaja disegani orang sekeliling tapi anda juga dapat tingkatkan keyakinan diri tau.. Tak nak ke?
Bila dah ada ilmu baru lah datang keyakinan diri tu. bila yakin senang lah anda nak pikat si dia untuk jatuh cinta pada anda. Tapi anda takkan buat si dia jatuh cinta dengan anda dengan hanya beauty body and beauty mind tanpa beauty soul. Beauty soul yang tak ramai orang ada tapi boleh diwujudkan.
Ni part paling penting. Pernah tengok tak orang yang jenis senyum je dengan cabaran yang datang? Tu maksudnya jiwa dia kental. Biasa dengar kecantikan yang sebenar ni lahir dari dalam hati yang bersih. Hati yang tiada dendam. Jiwa yang tenang dan sudi memaafkan. Semangat yang kuat dalam mengharungi apa juga cabaran. Bila hati anda tenang, fikiran akan lapang dan dibuktikan dengan perbuatan yang baik. Barulah kecantikan dalaman melambangkan kecantikan luaran. Inilah yang baru dikatakan kecantikan hakiki.. Setuju tak?
So, anda ada tak kesemua elemen-elemen ni?
Kalau tak ada, sekarang lah masanya untuk anda mengambil langkah pertama dengan memperbaiki diri dan menjadi versi diri yang lebih baik lagi. Menjemput getaran positif dalam diri dan mencapai ke semua ‘beauty package’..
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved