CINTA TANPA SYARAT BUAT HUBUNGAN RUMAHTANGGA KEKAL BAHAGIA

Bagi pasangan suami isteri hidup bahagia bersama adalah satu ‘couple goal’ yang ingin dicapai oleh semua orang. Menikmati hidup bekeluarga dan sentiasa bersama ketika saat susah dan senang adalah kemanisan yang pasti mengukuhkan lagi hubungan suami isteri. Begitu jugalah kisah rumahtanggaku bersama suamiku. Nama aku cikgu Liya (bukan nama sebenar), itulah nama panggilanku oleh semua kenalan dan sudah tentu semua anak muridku di sekolah. Tugasku sebagai guru membuatkan aku menjadi seorang individu yang sentiasa berpegang kepada adab sopan dan tatasusila seorang manusia yang baik. Aku berkahwin dengan Alwi (bukan nama sebenar) 14 tahun yang lalu atas dasar cinta. Aku bersyukur Allah mengizinkan rumahtanggaku bertahan sehingga lebih satu abad. Alwi merupakan seorang suami yang baik dan bertanggungjawab terhadap aku dan anak-anak kami. Beliau juga bijak menjaga pergaulan dan sama sekali tidak pernah melakukan perkara-perkara yang boleh melukakan hatiku. 

Bagaimanapun ada satu kegusaran di hati kecilku ini yang aku pendamkan sejak sekian lama, bagi menjaga maruah rumahtangga kami. Benarlah kata orang setiap manusia, setiap rumahtangga pasti ada sisi gelap tersendiri. Disebalik kehidupan kami yang kelihatan normal dan bahagia aku punya satu kegusaran yang telah lama aku simpan. Aku mengetahui perkara ini kira-kira selepas lima tahun kami berkahwin dahulu. Pertama kali aku mengetahui berkenaan perkara ini, aku jadi panik, risau dan terkesima kerana aku tidak pernah sama sekali terfikir perkara seumpama ini akan berlaku. 

Share On Your Social Media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1