Istilah curang bukanlah perkara baru dalam alam perkahwinan. Seringkali kita dengar dari pihak suami, mereka berlaku curang terhadap isteri kerana sudah tiada lagi jalan penyelesaian. Seolah-olah curang itu merupakan pilihan yang harus dipilih. Adakah curang ini sebenarnya jalan yang terbaik demi menyelesaikan masalah rumahtangga ataupun hanya alasan suami semata-mata demi memenuhi kemahuan dan kehendak yang tersembunyi?
Tahukah anda? Di Malaysia, setakat Oktober 2021, hampir 121 kes pasangan memfailkan perceraian, dengan kadar lima permohonan perceraian setiap sejam diterima (Laporan daripada Jabatan Perdana Menteri, Parlimen dan Undang-Undang). Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menerusi Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) pula, pada tahun ini didapati bahawa, 11.8 peratus lelaki yg ditemui bercerai kerana isteri berlaku curang. Manakala bagi isteri pula, 20.5 peratus mengakui perceraian dialami mereka disebabkan kecurangan suami.
Ketahui Faktor Yang Menyumbang Kepada Kecurangan
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan perbuatan curang ini berlaku. Secara amnya, kehidupan rumahtangga yang hambar dan tidak bermaya selalunya menjadi penyebab utama mengapa suami mula mencari keseronokan diluar berbanding dirumah. Ramai lelaki diluar sana mula mencari wanita lain, kerana ada keinginan untuk mencuba yang baru sehingga melupakan isteri yang setia menanti di rumah.
1/ Kesakitan Yang Tidak Terluah
Ramai pasangan diluar sana yang berada dalam kesakitan tapi sukar nak ungkapkan rasa sakit tu pada pasangan sendiri. Kesakitan yang pada mulanya dianggap biasa, akhirnya memakan diri sedikit demi sedikit. Punca mengapa susah untuk seseorang itu akui kesakitan yang dirasai ialah, tingginya rasa ego dalam diri yang membuatkan susah untuk mengaku akan kelemahan dan kesakitan yang dirasai. Memang menjadi lumrah seorang lelaki, dirinya mahu dianggap sebagai seorang yang boleh diharap dan kelihatan gagah, tidak lemah dan tidak perlukan bantuan. Salah sebenarnya konsep seperti ini. Setiap manusia ada sisi kelemahannya yang memerlukan ruang yang tersendiri. Kesakitan yang dirasai itu haruslah diakui agar dapat membantu hati yang kian lemah dan terlalu sakit.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved