DARI “OVERTHINKING” MENJADI SEORANG YANG LEBIH TENANG DAN CERIA

“Si suami pun perasan.  Dia pun teruja dan seronok melihat perubahan ini ”

 

Nama saya Kartina, seorang Penolong Jurutera dan telah berkahwin selama 11 tahun. Dalam perkahwinan saya ini, sebenarnya masalah berpunca dari diri sendiri sebenarnya. Hati selalu rasa tak tenang sebab terlalu banyak bersangka-sangka.Puncanya banyak berfikir sangat atau “over thingking”. Jadinya serabut. Sebenarnya saya yang fikir banyak sangat. Sampai satu tahap, akhirnya saya rasa nak ubah diri sendiri dulu.

Sebab itulah saya buat keputusan untuk menyertai program Kembali Bahagia. Hasilnya, suami saya pun seronok dengan perubahan diri saya.Ada satu kelas online dalam program Kembali Bercinta ni, saya belajar dengan dia sekali. Saya buka dan kami dengar dalam kereta. Dia pun gelak sekali dan mood pun gembira sekali. Sebelum ini pun dia dah perasan perubahan pada diri saya ini. Jadi bila dengar sekali lagi seronok dan teruja. 

Sekarang kalau marah pada suami saya, saya cepat “switch” balik. Lepas itu fikir balik, mungkin bukan salah dia. Mungkin dia ada trauma dia juga dan begitu juga pada diri saya. Jadi saya cepat “switch” semula dan cepat berbaik semula.Namun begitu, jika saya marah-marah sekali pun, dia akan cepat-cepat memujuk. Sama ada peluk atau pun buat lawak untuk ceriakan saya semula. Jadi saya pun tak jadi nak marah lagi.

 

 

 

 

Sebelum ni, kalau saya marah-marah, dia akan panaskan hati saya semula. Sekarang ini, tidak lagi, dia akan selalu panggil sayang.Sebenarnya suami saya memang jenis romantik.Tapi bila dah sertai program Kembali Bahagia, dia dah terlebih romantik pula! Sebab dia perasan kita berubah, jadi dia pun teruja. Dia suka perubahan saya ini. Kalau saya kata apa-apa semasa marah, dia tak marah pun. Saya pun berasa hairan, kenapa dia tidak marah pada diri saya ini.

Alhamdulillah, saya cepat bertenang, dan fikir positif. Nasihat yang saya pegang adalah kita kene bersyukur setiap hari. Bersyukur masih ada kaki. Kalau tiada, macam mana nak sayang pada suami dan anak-anak?Syukur rasanya suami sayang pada saya. Pesan Pn. Diyana, setiap hari kita kena ada perkara yang kita perlu syukuri. Bila kita bersyukur Allah tambahkan lagi nikmat.

Ada suatu hari, suami saya berikan kejutan pada saya. Dia tempah baju sampai 2 pasang untuk saya. Ada sekali tu, saya pernah cerita yang saya perlukan blender untuk memudahkan kerja memasak. Tak sangka pula dia beli semua jenis blender untuk saya!Ada suatu pagi, si suami perlu ke kerja lebih awal. Saya dah sedar masa itu. Dia pegang tangan saya. Saya tak lihat wajahnya tapi saya rasa seolah-olah dia menangis. Lepas itu dia cium saya sebelum pergi bekerja. 

Berbaloi sungguh sertai program Kembali Bahagia ini kerana saya rasa saya dah boleh berubah. Si suami pun nampak gembira pada perubahan kita. Sangat berbaloilah. Yang penting diri kita sendiri. Walaupun saya belum praktikkan semua ilmu, tetapi setakat ini, yang dapat ni pun dah banyak dan bermanfaat. Mameng tak rugilah untuk keluarkan duit untuk yuran program ini. 

 

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1